Perang Kita Hari Ini Adalah Perang Pemikiran, Sebelum Perang Senjata
Jika umat ini telah memperoleh kembali kesedaran politiknya yang berlandaskan Islam, maka dia tidak akan mencari keuntungan segera, melainkan perubahan radikal yang membina kembali entiti politik di atas asas akidah. Perubahan ini tidak bersandarkan pada reaksi emosional, tetapi pada tindakan politik yang berideologi dan terorganisi, perjuangan pemikiran yang mengungkap kepalsuan konsep-konsep yang dibawa masuk, dan perjuangan politik yang mengungkap hubungan rejim dengan agenda asing.
Inilah mengapa rejim gementar ketakutan di hadapan pemikiran yang jelas dan koheren; kerana mereka tahu bahawa jika umat telah menyedari bahawa keberadaan pemimpin tunggal yang menerapkan hukum Islam adalah wajib, dan menyedari bahawa umat yang tetap terpecah belah di bawah sistem yang tidak memerintah berdasarkan Islam ini adalah kemaksiatan kolektif, maka umat akan berusaha untuk membangun alternatif yang mendasar dan berideologi. Pada titik itu, kemudian pemikiran berubah menjadi kekuatan, keyakinan menjadi pendapat awam (public opinion), dan pendapat awam menjadi kemahuan untuk berubah.
Perang umat masa kini sebelum memasuki perang senjata adalah perang pemikiran dan kesedaran. Jika pemikiran dan kesedaran menang, maka legitimasi palsu akan runtuh, dan legitimasi sejati yang berasal dari akidah Islam akan tegak. Jika umat ini kembali pada projek politik yang berideologi, maka ia akan mengambil langkah pertama di jalan menuju kebangkitan kehidupan Islam, bukan sebagai slogan emosional, tetapi sebagai realiti politik komprehensif yang memulihkan persatuan, martabat, dan kepimpinannya
Sumber: media umat