Khilafah Adalah Hukum Syarak, Bukan Sekadar Nostalgia Sejarah
Ketika topik Khilafah diangkat dalam wacana umum , sering kali disajikan sebagai nostalgia masa lalu, atau kebangkitan semula citra sejarah masa lalu. Ia disempitkan menjadi adegan simbolik: panji-panji, penaklukan, dan kegemilangan. Namun, dalam pemahaman yang benar, Khilafah bukanlah sekadar halaman sejarah, melainkan kerangka kerja eksekutif untuk menerapkan hukum Islam (syariah) dalam realiti. Jadi, inti pentingnya di sini bukanlah “nama”, tetapi “fungsi”.
Apakah fungsi negara dalam Islam? Fungsinya adalah untuk mengatur urusan rakyat sesuai dengan hukum Islam, sama ada dalam negeri mahupun luar negeri. Ertinya, negara bukanlah entiti perundangan yang berkecuali, melainkan mekanisme untuk menerapkan sistem hukum yang sumbernya adalah wahyu Ilahi.
Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW, perbincangan pertama di antara para sahabat bukanlah tentang perincian ibadah atau pembahagian harta rampasan perang, melainkan tentang siapa yang akan meneruskan kepimpinan. Pertemuan di Saqifah Bani Sa’idah merupakan perbincangan politik yang sangat penting. Kaum Ansar mencalonkan Sa’d bin Ubadah, manakala kaum Muhajirin mencalonkan Abu Bakar, dan pertemuan tersebut berakhir dengan pembaiatan Abu Bakar. Peristiwa ini telah dikutip sebagai bukti bahawa penunjukan pengganti Nabi Muhammad SAW dalam menguruskan pemerintahan bukanlah hal yang remeh, melainkan salah satu kewajipan terpenting dan suatu keharusan yang tidak dapat ditangguhkan.
Dalam kitabnya “Al-Ahkām Al-Sulthāniyyah”, Imam Al-Mawardi membahas imamah, bahawa imamah “didirikan untuk melanjutkan peranan Khilafah Nubuwah dalam menjaga agama dan mengatur urusan duniawi.” Ibnu Khaldun menggambarkan imamah sebagai “membimbing semua orang untuk bertindak sesuai dengan hukum Islam mengenai kepentingan duniawi dan rohani mereka.” Definisi-definisi ini tidak berbicara tentang simbol rohani, melainkan tentang sistem pemerintahan yang mempunyai kekuasaan penuh dalam kerangka wahyu dan tafsiran yang berdisiplin berdasarkan wahyu tersebut.
Ketika negeri Syam menjadi sasaran Perang Salib, maka pertembungan ini bukanlah antara kota-kota yang tersebar, melainkan dalam kesatuan politik yang lebih luas, bahkan dengan konflik dalamannya. Dan ketika Mongol menyerbu Baghdad pada tahun 656 H (1257 M), dan jatuhnya ibu kota, maka ini merupakan peristiwa penting kerana hal itu menandakan runtuhnya pemerintahan pusat.
Dapat dikatakan bahawa sejarah Islam tidaklah sempurna, dan mengandungi ketidakadilan serta konflik. Ini benar; tidak ada yang mendakwa bahawa pengalaman sejarah tidak pernah salah. Namun, keberadaan landasan dan ikatan yang sama, bahkan di tengah perbezaan antara negara-negara yang berturut-turut, sungguh telah menciptakan kerangka hukum bersama. Hukum Islam diajarkan dan diterapkan di pelbagai wilayah negara, terdapat mata wang yang seragam untuk jangka waktu yang lama, dan jaringan perdagangan yang membentang dari Andalusia hingga India tanpa sekatan nasional dalam pengertian moden.
Bandingkan hal ini dengan realiti masa kini, lebih daripada lima puluh negara majoriti Muslim, masing-masing dengan sempadan, pasport, bendera, lagu kebangsaan, dan dasar sendiri yang mungkin secara asasnya bertentangan dengan dasar negara jiran. Konflik antara negara bukanlah hal yang jarang berlaku, dan pakatan sering dibentuk berdasarkan kepentingan sementara. Dalam konteks ini, para penyokong persatuan politik berpendapat bahawa perpecahan telah melemahkan kemampuan untuk pembuatan keputusan yang bebas dan berdaulat, baik dalam bidang ekonomi, pertahanan, mahupun dasar luar negeri.
Jika sumber alam negeri-negeri kaum Muslim, seperti minyak, gas, mineral, dan laluan laut, diuruskan sebagai milik awam untuk kepentingan umat, dalam visi politik bersepadu yang berasal daripada akidahnya, maka keseimbangan kuasa dalam menghadapi kuasa-kuasa besar akan sepenuhnya berbeza. Adapun di bawah perpecahan politik dan sempadan buatan, setiap kesatuan bertindak secara bebas, berunding daripada kedudukan yang terpecah, dan sumber dayanya terjejas oleh sistem antarabangsa dan susunan global yang tidak mencerminkan kepentingan umat atau tidak menzahirkan kedaulatan sejatinya.
Dari sisi ketenteraan, pengeluaran senjata memerlukan pasaran yang besar, pelaburan besar-besaran, dan kepakaran yang bersepadu. Perpecahan membuat setiap negara menjadi lemah, masing-masing berusaha membangunkan keupayaannya dalam skala terhad, sehingga dengan demikian tetap bergantung pada negara lain.
Dalam perspektif Islam, di bawah Khilafah yang menyatukan umat, masalahnya bukan hanya soal kekuatan material, melainkan soal kedaulatan syarak. Ketika suatu negara diperintah dengan undang-undang yang berasal daripada hukum positif buatan manusia (sistem sekular), sementara majoriti penduduknya menganuti akidah (keyakinan) yang berbeza, maka ketegangan dalaman akan terus membayangi dan perpecahan semula jadi akan terus terjadi. Namun, ketika sistem dan hukum berasal daripada teks-teks yang diyakini oleh masyarakat, maka kerangka hukum tersebut akan memperoleh keharmonian semula jadi dan kesahan yang lebih kukuh dalam kesedaran bersama.
Namun, cabaran terbesar bukanlah pada pelaksanaan model sejarah, melainkan pada bagaimana membayangkannya dalam dunia moden negara-bangsa dan sistem antarabangsa yang didasarkan pada kedaulatan negara-bangsa. Pembentukan kesatuan politik rentas negara memerlukan takrif semula semula konsep kedaulatan dan identiti, serta menghapuskan kewarganegaraan.
Selain itu, tidak ada sistem, apa pun namanya, yang berjaya hanya dengan diisytiharkan. Kuncinya terletak pada asas sistem, institusi-institusinya, prinsip yang menjadi sumbernya, mekanisme kebertanggungjawabannya, dan jaminannya terhadap penghakisan kuasa melalui kezaliman atas nama agama. Sejarah sendiri memberikan contoh adanya para pemerintah yang mengangkat slogan-slogan agama namun melakukan kezaliman politik. Oleh itu, Islam menekankan pentingnya melaksanakan hukum-hukumnya dengan betul dan mewajibkan kebertanggungjawaban para pemerintah yang gagal melaksanakannya, serta memberi hak kepada umat untuk memberhentikan pemerintah jika ia melanggar ketentuan-ketentuannya.
Bagi mereka yang mengguna pakai Khilafah sebagai sistem politik, maka membicarakannya bukanlah kerinduan emosi, melainkan pengajuan pertanyaan mendalam. Dapatkah umat ini hidup dengan identiti politik yang bersatu yang berasal daripada akidahnya, ataukah perpecahan dan banyaknya kuasa telah menjadi takdir yang tidak dapat dielakkan?
Pertanyaan ini akan tetap menjadi topik perdebatan pemikiran selama masih ada orang yang percaya bahawa Islam bukan sekadar sistem ibadah, tetapi kerangka menyeluruh untuk pemerintahan. Jawapannya bukan terletak pada mencemuh sejarah, atau pada pemujaannya tanpa kritik, tetapi pada pemahaman sejarah, menganalisis realiti semasa, dan secara sedar serta bertanggungjawab mempertimbangkan realiti masa kini.
Pada akhirnya, ini membawa kita pada suatu kemestian yang tidak dapat dielakkan bahawa kembalinya Khilafah Rasyidah, bukan hanya untuk menyelamatkan umat Islam tetapi juga untuk menyelamatkan umat manusia secara keseluruhan daripada bahaya kapitalisme rosak yang terus menenggelamkan dunia bersamanya.
Ya Allah, selamatkan kami dengan Islam dan negaranya, Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah, dan jadikan kami termasuk pejuang dan pelaku sejarah dalam perjuangan untuk tegaknya kembali Khilafah.
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 25/2/2026.
#KhazanahIslam #Khilafah #KhilafahSistemIslam