Sistem Sosial dalam Islam: Struktur Sempurna untuk Keluarga dan Asas Kesejahteraan Masyarakat
Allah telah memberkati kita dan menyelamatkan kita, sebagai umat Islam, daripada kesukaran mencari sistem yang mampu membimbing dan mengatur kehidupan kita secara sempurna tanpa cacat cela. Dia telah mengutuskan kepada kita satu perlembagaan Ilahi yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad (saw), yang menjamin bahawa kita tidak akan sesat dan tidak akan sengsara selagi kita berpegang teguh dengannya serta tidak meninggalkannya.
«تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَداً: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِي»
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Berpegang kepada al-Quran yang mulia dan mengikuti Sunnah Nabi (saw) adalah benteng yang melindungi seseorang daripada kesesatan dan penyimpangan. Ia merupakan penyelamat daripada kegelapan dan petunjuk ke jalan yang lurus. Ia juga merupakan jaminan untuk mencapai kebahagiaan dalam dunia ini, serta kejayaan dan keselamatan di akhirat. Bagaimana mungkin tidak, sedangkan ia adalah sistem yang datang daripada Al-Hakeem Al-Khabeer (Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui)? Bagaimana mungkin tidak, sedangkan ia berasal daripada Al-Aleem Al-Qadeer (Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa)?
Allah (swt) menciptakan hamba-hamba-Nya dan mengutuskan Rasul-Nya (saw) untuk menunjukkan jalan kebenaran serta membimbing mereka ke arah syurga tertinggi pada hari kiamat. Dia (swt) menetapkan bagi mereka satu sistem yang komprehensif yang mengatur kehidupan mereka, dan menyediakan penyelesaian serta perawatan bagi setiap masalah, agar mereka dapat hidup dengan cara yang diredai-Nya—kehidupan yang tenang, selari dengan fitrah manusia dan memuaskan akal, sehingga mencapai keseimbangan yang sempurna.
Sistem yang komprehensif ini merangkumi seluruh aspek kehidupan—politik, ekonomi dan sosial—dan hukum-hukumnya menangani setiap isu yang timbul dalam kehidupan manusia. Para ulama telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan hukum bagi setiap permasalahan berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah.
Daripada sistem yang lengkap dan komprehensif ini lahirlah sistem sosial, yang diperincikan oleh Allah (swt) dengan hukum-hukum yang jelas, yang menggalakkan perkahwinan dan pembinaan institusi keluarga Muslim. Hukum-hukum ini memastikan perpaduan dan keharmonian keluarga, serta mengukuhkan kehidupan berkeluarga.
Sistem sosial ialah sistem yang mengatur interaksi antara lelaki dan wanita serta hubungan yang terhasil daripadanya. Ia menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan hubungan tersebut. Ia menjadi penyelesaian bagi lelaki dan wanita Muslim yang hidup dalam kerangka khusus yang ditetapkan oleh Islam dan berpegang teguh dalam mematuhi hukum-hukumnya.
Sistem sosial dalam Islam—yang datang daripada Al-Khabeer Al-Aleem (Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana)—adalah satu-satunya sistem yang menjamin kehidupan sejahtera. Asasnya adalah ketaatan kepada syariat Islam dan usaha untuk meraih keredhaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Sistem ini melayan setiap manusia sebagai insan tanpa mengira jantina (lelaki atau perempuan), dan menunjukkan kepada mereka cara menikmati kehidupan tanpa memudaratkan masyarakat dan umat. Ia membina hubungan antara jantina atas yang bersifat kerjasama dan saling melengkapi, agar kebaikan tersebar dan dapat dicapai oleh seluruh masyarakat.
Islam telah menetapkan bahawa hubungan antara lelaki dan wanita disalurkan melalui perkahwinan, agar ia diliputi kesucian dan ketakwaan, serta memastikan pembinaan masyarakat yang bebas daripada kerosakan dan hubungan terlarang yang memusnahkan institusi keluarga, dan sekaligus meruntuhkan asas masyarakat. Islam juga memerintahkan golongan muda supaya menjaga kehormatan diri mereka:
Abdullah bin Mas’ūd (r.a) meriwayatkan, `Kami pernah bersama Nabi (saw), baginda lalu bersabda, “Siapa di antara kalian yang telah mampu menikah, maka hendaklah dia menikah, kerana hal itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan menjadi peredam syahwatnya.” [Muttafaq ‘alaih]
Perkahwinan memelihara kelangsungan umat manusia, memakmurkan dan memperbaiki bumi, dan melaluinya, menjadi jalan kepada kesinambungan zuriat manusia. Islam menggalakkan perkahwinan, sebagaimana diriwayatkan oleh sahabat Anas bin Malik (r.a), beliau berkata,
“Rasulullah (saw) memerintahkan kita untuk menikah dan melarang dari hidup membujang (tabattul) dengan larangan yang keras. Beliau bersabda, “Menikahlah dengan wanita yang al-wadud (penyayang) dan al-walud (subur atau banyak anak). Kerana sesungguhnya aku akan membanggakan diri dengan sebab (banyaknya jumlah) kalian di depan para Nabi pada hari kiamat.” [HR. Ahmad.]
Hukum-hukum Islam yang mengatur hubungan antara lelaki dan wanita adalah satu-satunya hukum atau peraturan yang menjamin kebahagiaan mereka, dan memastikan kehidupan yang berkah untuk mereka. Sebaliknya, mana-mana peraturan ciptaan manusia yang tidak sempurna hanya akan membawa mereka kepada kehancuran, mengejar hawa nafsu, dan tergoda dengan duniawi. Oleh itu, Allah menetapkan pelbagai hukum agar hubungan ini tidak sekadar menjadi hubungan fizikal (seksual) semata-mata, di mana naluri dilepaskan, dan rasa takut kepada Allah atas akibat melanggar batas-Nya tidak wujud.
Islam menetapkan hukum-hukum syariah untuk menjaga kesucian dan akhlak. Ia memerintahkan lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan, melarang khalwat, serta memisahkan mereka dalam kehidupan peribadi mereka. Dalam masa yang sama, Islam mewujudkan ikatan kerjasama antara mereka dalam urusan sebagai tanggungjawab awam, yang menyatukan mereka dalam perjanjian untuk berkhidmat dengan menanamkan rasa takut kepada Allah (swt) dalam hubungan antara satu sama lain. Hal inilah yang akan memastikan agar mereka saling tidak berbuat kesalahan.
Islam sangat teliti dalam mengatur interaksi lelaki dan perempuan ini, memberikan hukum yang membahas semua aspek persatuan mereka. Ini emmastikan agar memastikan agar hubungan tersebut melangkaui batas sempit keintiman seksual semata-mata, dan mengangkat mereka kepada kehidupan yang didedikasikan hanya untuk beribadah kepada Allah. Perkahwinan menjadi asas kehidupan yang sihat dan sejahtera, di mana kasih sayang, ketenangan dan rahmat direalisasikan, serta pasangan saling berkerjasama mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah.
Perkahwinan juga membawa rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan keperluan. Allah berfirman: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nuur:32)
Dalam Islam, keluarga dibina atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab. Rasulullah (saw) bersabda:
“Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari]
Tanggungjawab dikongsi di antara keluarga. Setiap pasangan bertanggungjawab memenuhi peranan dan tugas masing-masing, saling menghormati hak dan memenuhi keperluan mereka secara harmoni dan selaras. Ini melahirkan generasi yang seimbang dan berpegang kepada ajaran Islam dalam kehidupan keluarga. Hal ini akan memupuk amalan asuhan anak-anak dalam keluarga yang harmoni, penuh kasih sayang dan serasi, seterusnya melahirkan generasi seimbang yang menghayati serta mengamalkan prinsip agama dalam kehidupan keluarga.
Dengan membina keluarga berdasarkan hukum syariat dan ketetapan ini, Islam memastikan terbinanya masyarakat yang kukuh yang ahlinya jujur dan soleh, berusaha untuk mencapai keredhaan Allah dan Syurga-Nya, mematuhi hukum-hukum-Nya dan tidak melanggar batas-batas-Nya.
Namun, jika keharmonian antara pasangan menjadi mustahil untuk dicapai, dan kehidupan mereka bersama menjadi sengsara dan dukacita, maka perceraian dan perpisahan dibenarkan. Keputusan yang tepat telah ditetapkan untuk menangani masalah sedemikian dengan berkesan:
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri…” (Surah Al-Baqarah :231)
Allah menjelaskan bahawa jika perpisahan berlaku akibat perselisihan yang berterusan dan kegagalan mencapai perdamaian, maka Dia menjamin rezeki yang melimpah daripada kurnia-Nya serta memudahkan urusan kedua-dua pihak. Hal ini dapat menghilangkan kesusahan akibat perkahwinan yang tidak stabil, di samping menegaskan keluasan ilmu, rahmat dan kebijaksanaan-Nya.
“Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’ :130)
Islam juga menetapkan seperangkat hukum bagi menjaminan kebajikan wanita yang diceraikan, dengan meletakkan tanggungjawab hidup mereka di bawah jagaan saudara lelaki mereka, yang wajib menyara mereka. Sekiranya tiada pihak sedemikian, maka negara bertanggungjawab menyediakan keperluan mereka serta golongan lain yang tidak mempunyai penanggung dan tidak mampu menyara diri.
Sistem sosial ini menjamin keselamatan dan perpaduan keluarga, memelihara hak ibu bapa, menggalakkan hubungan silaturrahim, serta memupuk hubungan baik terhadap jiran tetangga (masyarakat). Bahkan Islam menganggap senyuman seorang Muslim kepada saudaranya sebagai satu tindakan Kebajikan. Oleh itu, sistem Islam adalah sistem yang tepat, yang menjadikan hidup menyenangkan, membawa kebahagiaan kepada manusia, dan menguatkan ikatan dan hubungan baik berdasarkan mencari keredhaan Allah. Ia adalah satu-satunya sistem yang menjamin hak, menjelaskan kewajipan, dan membina serta mengukuhkan hubungan.
Kita di sini bukan untuk berteori atau membincangkan sesuatu yang mustahil, atau khayalan. Sebaliknya, kita membincangkan sistem yang ditubuhkan oleh Pencipta alam semesta ini, yang membentuk dan mentadbir kehidupan ini. Segalanya milik-Nya; Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Ketetapan terperinci yang diturunkan-Nya, menjelaskan sistem sosial, hukum yang mengatur interaksi jantina dan hubungan antara mereka, dan sistem komprehensif yang dianugerahkan-Nya kepada kita untuk kehidupan kita dalam semua aspeknya, adalah maksum dan bebas daripada sebarang kekurangan. Ia berasal dari Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Hanya Allah sahaja yang berhak menetapkan sistem yang mentadbir kehidupan ciptaan-Nya. Sebarang undang-undang selain ini hanyalah kesesatan, kegelapan, dan penyimpangan daripada ketetapan Allah.
Kerana sistem ini adalah yang terbaik yang telah diturunkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya dan yang terbaik yang telah dikurniakan-Nya kepada umat Islam. Allah (swt) menghendaki agar kebaikan ini tersebar luas dan agar makhluk terbaik ciptaan-Nya, menjadi tuan (khalifah) kepada alam semesta-Nya, dengan mengikuti perintah-perintah-Nya dan menyebarkannya sebagai rahmat dan petunjuk kepada manusia.
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. “ (Surah Al-Baqarah: 143)
Oleh itu, umat Islam diperintahkan untuk memelihara agama dan ketetapan-Nya serta menyebarkannya ke seluruh dunia agar ia menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan dan membimbing mereka keluar daripada kerosakan yang menular dalam diri.
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Al-Hajj :41)
Hendaklah setiap orang yang celik akal, mempertimbangkan dan memahami bahawa—di tengah-tengah peperangan, kemusnahan, kekeliruan, dan kerugian yang melanda manusia, serta tragedi dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam—tiada jalan menuju keselamatan kecuali dengan mengikuti hukum-hukum Allah yang diturunkan kepada hamba-hamba-Nya, berpegang teguh pada jalan dan petunjuk Nabi (saw), dan menghindari semua yang tidak Islamik, walaupun ia kelihatan sesuai dengannya. Kewajipannya adalah untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah (swt) dan menghindari apa yang dilarang-Nya, dalam ketaatan kepada-Nya, dan bukan untuk mencari petunjuk daripada hukum buatan manusia.
Allah berfirman: “…Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?..” (Surah Al-Baqarah: 61)
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Zeina As-Samit
#TrueVision4Change #VisiSejatiDemiPerubahan #MasyarakatMuslimIdeal #KhayraUmmah #SistemSosialIslam #SistemPergaulanIslam