UMAT ISLAM WAJIB BERSATU, HARAM BERCERAI-BERAI
Marilah kita kembali meneguhkan takwa. Takwa bukan hanya rasa takut. Ia adalah kesedaran. Kesedaran bahawa Allah melihat kita, mengawasi kita, menilai setiap langkah kita.
Di tengah dunia yang penuh ketidakpastian, takwa adalah kompas kehidupan. Tanpa takwa, kita mudah tersesat jalan.
Ada kalanya sejarah berbicara dengan suara yang perlahan, tetapi menggetarkan hati. Ada saat peristiwa dunia terasa jauh, tetapi sesungguhnya sangat dekat dengan keadaan kita di sini.
Hari ini, dunia kembali dipenuhi konflik. Perang, kepentingan dan perebutan pengaruh berlaku di berbagai penjuru. Namun, di tengah semua itu, ada satu pertanyaan yang menggema: Di manakah kedudukan umat Islam? Adakah kita hanya menjadi penonton? Ataukah kita, tanpa kita sedari, kita malah menjadi sebahagian daripada mangsa?
Kita menyaksikan kekuatan besar saling berlawan. Negara-negara dengan teknologi tinggi, senjata canggih dan pengaruh global. Di sisi lain, umat Islam yang jumlahnya besar dan sumber alamnya melimpah justeru terpecah dan lemah. Akibatnya, mereka sering hanya menjadi mangsa dan terjajah.
Mengapa ini boleh terjadi? Adakah kerana kita kekurangan kekuatan? Tidak. Adakah kerana kita kekurangan sumber alam. Tidak. Lalu apa yang kita tiada? Kita tiada kesatuan dan kepemimpinan yang menyatukan.
Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَلَا تَفَرَّقُوْا
“Dan berpeganglah teguhlah kamu sekalian pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.” [TMQ Ali Imran: 103].
Ayat ini bukan sekadar anjuran. Ini adalah perintah. Perintah untuk bersatu. Perintah untuk tidak bercerai-berai oleh sempadan-sempadan buatan manusia.
Hari ini kita hidup dalam sempadan-sempadan. Sempadan negara. Sempadan kebangsaan. Sempadan kepentingan. Sempadan politik. Bahkan sempadan mazhab dan kelompok yang kadang-kadang menjadikan kita tidak saling peduli bahkan saling menjatuhkan.
Sedang Allah SWT telah berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya kaum Mukmin itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” [TMQ al-Hujurat: 10].
Rasulullah ﷺ juga telah memberikan gambaran:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum Mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi dan berempati adalah seperti satu tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan tidak boleh tidur dan demam.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Bayangkan jika satu tubuh itu terisah-pisah. Mata berjalan sendiri. Tangan bergerak sendiri. Kaki melangkah sendiri. Apa yang terjadi? Bukan kekuatan, tetapi kehancuran. Begitulah keadaan umat hari ini.
Hari ini, saudara-saudara kita di Palestin, Gaza dan berbagai negeri lainnya banyak yang menderita. Siapa yang datang membela? Mengapa Dunia Islam yang luas ini diam seribu bahasa? Pertanyaan ini bukan untuk menyalahkan siapa-siapa, tetapi untuk menyedarkan kita semua. Betapa umat Islam sedunia hari ini masih tanggungjawab yang sepatutnya boleh diselesaikan secara bersama-sama.
Islam sepatutnya bukan hanya tampak dalam ibadah individu. Hal ini kerana, Islam adalah sistem yang mengatur kehidupan secara menyeluruh. Ia mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat hingga negara. Jangan sampai hukum-hukum Allah SWT kita campakkan begitu saja. Ini kerana Allah SWT telah menegaskan:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللّٰهُ فَأُوْلٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ
“Siapa yang tidak berhukum dengan wahyu yang telah Allah turunkan, maka mereka itulah kaum yang zalim.” [TMQ al-Baqarah: 45].
Ayat ini mengingatkan kita: keadilan tidak akan pernah tegak tanpa hukum Allah. Tanpa hukum-hukum Allah, apa yang akan berlaku adalah kezaliman. Begitu juga dengan kesatuan umat yang akan lemah tanpa sistem Islam. Kekuatan tidak akan lahir tanpa kepemimpinan yang tunduk pada wahyu yang telah Allah turunkan.
Hari ini kita memerlukan lebih daripada sekadar simpati kepada saudara-saudara kita yang menderita. Kita memerlukan kesedaran. Kesedaran bahawa umat ini mesti bangkit. Bangkit dengan iman. Bangkit dengan ilmu. Bangkit dengan persatuan. Sudah tentu dengan persatuan umat Islam sedunia.
Kita hendaklah mula dengan diri kita, keluarga kita, dan persekitaran kita. Dengan menanamkan kembali keyakinan bahawa Islam adalah solusi. Hukum Allah adalah rahmat. Persatuan umat Islam sedunia adalah kewajipan.
Bukankah Allah SWT telah berjanji?
إِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.” [TMQ Muhammad: 7].
Persoalannya: Adakah kita telah menolong agama Allah? Atau adakah kita masih ragu? Atau kita masih sibuk dengan urusan-urusan kecil, sementara umat ini menghadapi banyak masalah besar?
Sudah sampai masanya kita kembali. Kembali pada al-Quran. Kembali pada as-Sunnah. Kembali pada sistem Islam yang menyeluruh. Tanpa itu semua, umat ini akan terus terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Seperti bangunan tanpa asasnya.
Semoga Allah membangkitkan kesedaran kita. Menguatkan persatuan kita. Juga mengembalikan kemuliaan umat ini seperti sebelumnya.
Hari ini, umat Islam menghadapi cabaran besar. Bukan hanya dari luar. Tetapi juga dari dalam. Perpecahan, ketergantungan dan hilangnya arah.
Namun, harapan itu masih ada. Selama al-Quran masih dibaca. Selama as-Sunnah masih dipegang teguh. Selama hati masih dipenuhi iman. Harapan itu tidak akan padam.
Kita hendaklah yakin: masa depan umat ini tidak ditentukan oleh kekuatan asing. Tetapi oleh sejauh mana kita kembali kepada Allah. Sejauh mana kita menjadikan Islam sebagai sistem hidup. Bukan sekadar identiti. Bukan sekadar simbol.
Kita juga merindukan hadirnya kepemimpinan Islam yang adil. Pemimpin yang menyatukan umat. Pemimpin yang melindungi. Pemimpin yang menegakkan hukum-hukum Allah secara kaffah. Kepemimpinan seperti inilah yang pernah ada selama berabad-abad lamanya di era Kekhilafahan Islam. Mulai dari Khulafaur Rasyidin, diteruskan dengan Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyah hingga Khilafah Uthmaniyah yang terakhir.
Dalam era kepimpinan Islam global ini, umat Islam suatu ketika dahulu merupakan umat yang dipandang tinggi oleh bangsa lain.
Hari ini kita mendambakan kepimpinan seperti itu. Kerinduan terhadap kepimpinan global yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia, seperti di era Khilafah Islamiyah dahulu, bukanlah mimpi kosong. Ia adalah sebahagian daripada janji Allah. Tugas kita adalah berusaha, berdoa dan istiqamah.
Sumber: Tim Media IDAROH [Ikatan Da’i Rohmatan lil ‘Aalamiin]
#KesatuanUmat #UmatBangkit #TegakKhilafah #TerapIslamKaffah