Contoh 19 Syariat Yang Tidak Boleh Diamalkan Tanpa Khilafah
Oleh: Prof. Fahmi Amhar
Syariat yang dikenakan ke atas individu (fardhu ‘ain) jelas boleh dilaksanakan serta-merta, tanpa perlu menunggu negara Khilafah.
Contohnya, syariat solat, puasa, makanan dan minuman yang halal, menutup aurat, menuntut ilmu, ahlaqul karimah terhadap ibu bapa atau jiran tetangga dan sebagainya.
Syariat yang dikenakan secara kolektif ke atas masyarakat (fardhu kifayah)ada yang boleh dilaksanakan tanpa menunggu negara Khilafah.
Contohnya, mengurus jenazah, mengadakan solat Jumaat, berdakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Tetapi, memang ada syariat yang dikenakan secara kolektif ke atas negara sebagai wakil masyarakat (fardhu kifayah khas) yang tidak boleh dilaksanakan tanpa Khilafah, contohnya:
- Memungut zakat secara paksa daripada pembayar zakat yang degil.
- Mengejar suami yang tidak bertanggungjawab menafkahi isteri mereka.
- Memaksa pusat membeli-belah menyediakan ruang solat yang sesuai.
- Memaksa kilang-kilang mengatur jadual para pekerja mereka supaya dapat melaksanakan ibadah solat dan solat Jumaat.
- Menutup kilang arak.
- Mengharamkan televisyen daripada menyiarkan program yang menjejaskan akidah dan moral.
- Mengurus aset awam (lombong, hutan dan infrastruktur).
- Mengubah semua bank riba kepada bank berdasarkan prinsip syariah.
- Menyediakan pendidikan percuma atau berpatutan dengan kurikulum Islam.
- Menyediakan jaminan kesihatan untuk semua orang dan tindakan tegas terhadap pengedar barang haram.
- Mewujudkan sistem birokrasi yang tidak memberi ruang untuk menerima rasuah dan melakukan rasuah.
- Mewujudkan badan kehakiman berasaskan syariah.
- Menghukum penista agama.
- Merejam penzina.
- Memotong tangan pencuri.
- Menjalankan qisas ke atas pelaku keganasan dan pembunuhan.
- Melindungi kebebasan beragama ahlu dzimmah.
- Melindungi umat Islam di seluruh dunia daripada kezaliman.
- Politik luar negeri yang berorientasikan dakwah dan jihad untuk mewujudkan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Allahu alam bissawab
#syariatIslam #IslamKaffah