Tujuan-Tujuan Luhur untuk Menjaga Masyarakat Islam
Bagi memelihara kelestarian masyarakat Islam, syariat Islam telah menetapkan tujuan-tujuan luhur yang berkaitan dengan hukum-hukumnya untuk menjaga tujuan-tujuan luhur tersebut, iaitu:
- Memelihara keturunan.
Islam menetapkan hukum-hukum berserta tindakan demi memelihara keturunan manusia dan nasabnya. Contohnya, Islam mengharamkan zina dan memberi hukuman kepada pelakunya.
- Memelihara akal
Islam melarang pengambilan segala sesuatu yang boleh merosakkan akal manusia. Contohnya, diharamkannya segala sesuatu yang boleh memabukkan dan melemahkan ingatan. Dalam masa yang sama, Islam menganjurkan umatnya untuk menuntut ilmu, merenung (tadabbur), dan berijtihad sebagai usaha untuk mengembangkan kemampuan akal pada diri manusia.
- Memelihara kemuliaan/kehormatan.
Contohnya, Islam melarang menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti, dan pelakunya akan dikenakan hukum sebatan. Islam juga menggalakkan manusia untuk menolong orang yang dizalimi, memuliakan tetamu, mengharamkan tajassus (mengintip), ghibah, dan menganjurkan pembebasan hamba.
- Memelihara jiwa manusia.
Islam menetapkan hukuman terhadap pembunuhan tanpa sebab yang sah, demi menjaga kelestarian hidup manusia.
- Memelihara harta.
Islam mensyariatkan hukuman bagi kes kecurian, melarang pengurusan harta oleh orang yang bodoh, serta mengharamkan israf, iaitu membelanjakan harta pada perkara yang diharamkan.
- Memelihara agama.
Syariat Islam tidak pernah memaksa seseorang untuk memeluk Islam. Namun, jika seseorang murtad dari Islam, maka dia akan diajak berdialog dan diminta bertaubat selama tiga hari. Jika dia masih tetap dalam kemurtadannya, maka dia akan dikenakan hukuman bunuh.
- Memelihara keamanan.
Islam menetapkan hukum untuk menghentikan sesiapa saja yang mengganggu keamanan, contohnya hukuman terhadap perompak, dsb.
- Memelihara negara.
Dalam pandangan Islam, negara bertanggungjawab bagi penerapan hukum syarak terhadap rakyatnya, dan bertanggungjawab untuk mengemban dakwah Islam ke luar wilayah daulah. Oleh itu, Allah telah menetapkan beberapa hukum untuk memelihara negara dan kesatuannya.
Sumber: “Dirâsât fî al-Fikr al-Islâmiy” (Muhammad Husain Abdullah)