Doa Pada Hari Tasyrik
Allah Taala berfirman:
{فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْراً}
“Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah kepada Allah sebagaimana kamu menyebut nenek moyang kamu, bahkan berzikirlah lebih daripada itu.” (TMQ al-Baqarah [2]: 200) hingga akhir ayat.
Banyak ulama salaf yang menganjurkan untuk memperbanyak doa tersebut pada hari-hari Tasyrik.
‘Ikrimah berkata, “Dianjurkan untuk mengucapkan pada hari-hari Tasyrik:
{رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
‘Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.’ ” (TMQ al-Baqarah [2]: 201).
Doa ini termasuk doa yang paling mencakup segala kebaikan, dan Nabi ﷺ dahulu sering memperbanyaknya. Dan diriwayatkan: bahawa doa ini adalah doa yang paling sering baginda baca, dan apabila baginda memanjatkan suatu doa, baginda akan menyertakan doa ini bersamanya, kerana doa ini mengumpulkan kebaikan dunia dan akhirat.
Al-Hasan berkata, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan ibadah, sedangkan di akhirat adalah syurga.”
Sufyân berkata, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan rezeki yang tayyib (baik), sedangkan di akhirat adalah syurga.”
Selain itu, doa ini juga termasuk zikir kepada Allah ﷻ yang paling utama. Abû Mûsâ al-Asy’arî berkata dalam khutbahnya pada hari Nahar, “Selepas hari Nahar ada 3 hari yang Allah sebut sebagai hari-hari yang terbilang, yang tidak akan ditolak doa di dalamnya, maka angkatlah harapan kalian kepada Allah ﷻ.”
Sumber: “Lathâ`if al-Ma’ârif” – Ibnu Rajab al-Hambali
#doa #zikir #haritasyriq