Doa Terbaik pada Hari Arafah
Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير
“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir.”
Maksudnya:
“Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
[Riwayat At-Tirmidzi]
Zikir pada hari Arafah bukan hanya amalan rohani, tetapi juga satu pengakuan bahawa Allah ialah satu-satunya tempat bergantung dan tujuan utama kehidupan. Setiap kali lafaz itu diulang, ia mengingatkan bahawa tiada sandaran selain-Nya, dan tiada pedoman hidup yang lebih benar selain ketetapan-Nya.
Hari Arafah juga membawa makna pembebasan yang hakiki — membebaskan jiwa daripada bergantung kepada selain Allah, daripada pengaruh nilai dan ukuran hidup ciptaan manusia, serta daripada ketaatan yang menyimpang daripada syariat. Di sisi Allah, segala pangkat dan kedudukan tidak lagi bererti; yang tinggal hanyalah hamba yang tunduk, taat dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya.
#DayofArafah #HariArafah