Zikir Jika Waswas Ketika Beramal
Utsman bin Ash berkata kepada Nabi ﷺ: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menghalangi antara aku dengan solatku dan bacaanku, dia menyebabkan bacaanku jadi kacau bilau’. Maka Nabi ﷺ bersabda, “Itu adalah ulah syaitan Khinzab, apabila engkau merasa waswas, berlindunglah kepada Allah daripada gangguannya dan meludahlah ke arah kirimu sebanyak tiga kali.” Aku terus melakukan hal itu, kemudian Allah menghilangkan gangguan itu daripadaku.” (HR. Muslim)
Abu Zumail berkata: “Aku berkata kepada Ibnu Abbas ra., tentang apa yang ada dalam hatiku, dia kembali bertanya: ‘Apa yang engkau rasakan?’ Aku katakan: ‘Demi Allah, aku tidak akan memberitahunya.’ Dia kembali bertanya: ‘Adakah ada satu keraguan?’ Lalu dia tertawa kemudian berkata: ‘Tidak ada orang yang selamat daripadanya, sehingga Allah menurunkan ayat: “Maka jika engkau Muhammad berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelum-mu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu daripada Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau termasuk orang yang ragu.” (TMQ Yunus: 94).
Kemudian dia berkata kepadaku: “Apabila engkau merasakan keraguan dalam hatimu, maka bacalah:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir, dan Yang Batin; dan Dia-lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu” (TMQ al-Hadid: 3)
Disunnahkan juga mengucapkan Lâ ilâha illAllâh, bagi orang yang diuji dengan rasa waswas semasa berwudhuk, solat, atau lainnya, kerana jika syaitan mendengarkan kalimat zikir, dia akan lari menjauh. Sedangkan kalimat tauhid Lâ ilâha illAllâh adalah puncak zikir. Oleh sebab itu para ulama sufi memilih zikir ini dalam khalwat-nya, dan menganjurkan agar selalu dibaca dalam zikir. Mereka mengatakan bahawa ubat yang paling bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit waswas adalah dengan berzikir kepada Allah ﷻ dan memperbanyakkannya.
Sebahagian imam berkata: “Sesungguhnya waswas itu hanya diujikan pada orang yang sempurna imannya, kerana pencuri tidak akan menyasar rumah yang roboh.”
Sumber: “Al-Adzkar” – Imam Abu Zakaria An-Nawawi
#waswas #zikir #doa