Islam Melindungi Wanita dan Anak-anak dalam Perang
Penulis: Arini Retnaningsih, S.P.
Biadab! Hanya kata inilah yang boleh menggambarkan kekejian Zion*s dan AS ketika menjatuhkan bom dua kali berturut-turut di sebuah sekolah khusus anak perempuan di Minab, Iran. Tidak terperikan perihnya hati kita melihat satu per satu jenazah anak-anak kecil dikeluarkan dari runtuhan bangunan. Jumlah mereka ratusan, dengan umur baru mencecah 7-12 tahun.
Apakah Zion*s dan AS salah sasaran? Tidak! Bagaimana mungkin senjata yang mereka katakan sangat canggih boleh meleset? Anak-anak itu memang menjadi sasaran. Kesalahan mereka hanyalah kerana mereka anak-anak perempuan yang kelak dari rahim mereka akan lahir para pejuang yang menentang keangkuhan AS-Yahudi Zion*s.
Ini juga yang menjadi latar belakang aksi genosid Zion*s di Gaza yang menyasarkan wanita dan kanak-kanak. Data terbaru dari UN Women menyebutkan antara Oktober 2023 hingga Disember 2025 lebih dari 38,000 orang wanita dan anak perempuan terkorban di Gaza sebagai akibat pengeboman udara Zion*s dan operasi ketenteraan darat. Data ini disampaikan oleh juru cakap badan UN Women Sofia Calltorp dalam sidang media di Geneva, Swiss (17-4-2026). Angka ini mencakupi lebih dari 22,000 orang wanita dan 16,000 orang anak perempuan. Dari data itu, UN Women menyatakan purata lebih kurang 47 orang wanita dan anak perempuan maut di Gaza setiap hari. (ungeneva.org , 17-4-2026).
Walaupun sudah terang lagi bersuluh kejahatan perang yang dilakukan AS dan Zion*s, dan banyak pihak yang menuduh dua negara tersebut melanggar Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law), tetapi tidak ada yang mampu mencegah atau menghentikannya, apalagi menyeretnya ke hadapan Mahkamah Antarabangsa untuk mendapatkan hukuman. Betapa tempangnya dunia ini berhadapan dengan sang adidaya kapitalis.
Aturan Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law) tentang Wanita dan Kanak-kanak
Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah hukum yang isinya mencakup segala peraturan dan ketentuan yang berlaku semasa perang agar pihak yang terlibat dalam peperangan tetap memperhatikan asas kemanusiaan dan tidak menggunakan cara dan metod perang yang menyimpang dan membabi buta. Dalam pengaturan perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak, hukum yang terkait di antaranya terdapat dalam Konvensyen Geneva 1949 dan diperjelas dalam Protokol Tambahan I 1977. Pasal 51(2) Protokol Tambahan I menyatakan “Penduduk sivil tidak boleh menjadi objek serangan.”
Khusus untuk golongan wanita, Perkara 27 Konvensyen Geneva IV 1949 menyatakan bahawa pihak-pihak yang berkonflik wajib menjamin keselamatan orang awam, terutamanya wanita, daripada sebarang bentuk serangan terhadap maruah diri seperti jenayah rogol atau pelacuran paksa. Orang-orang yang dilindungi ini mestilah dilayan dengan berperikemanusiaan tanpa sebarang diskriminasi berdasarkan kaum, agama atau pandangan politik. Bagi golongan kanak-kanak pula, Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 menegaskan bahawa negara anggota wajib melindungi kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan dilarang sama sekali daripada merekrut kanak-kanak di bawah usia 15 tahun sebagai tentera.
Pada tahun 1974, Perhimpunan Agung PBB telah mengisytiharkan The Declaration on the Protection of Women and Children in Emergency and Armed Conflict (Deklarasi Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak dalam Keadaan Darurat dan Konflik Bersenjata), iaitu dokumen yang memberikan perlindungan khusus kepada golongan wanita dan kanak-kanak semasa situasi darurat dan peperangan. Deklarasi tersebut menyatakan bahawa sebarang bentuk penindasan serta layanan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap wanita dan kanak-kanak—termasuk pemenjaraan, pembunuhan, penyeksaan, penembakan, penangkapan beramai-ramai, jenayah rogol, pemusnahan tempat tinggal dan pengusiran paksa yang dilakukan dalam peperangan sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan atau penjajahan sesebuah wilayah—adalah dianggap sebagai tindakan jenayah perang (war crimes) (Ismilati Ikromah, et al., 2024, unusultra.ac.id).
Begitu banyak aturan perang yang bertujuan melindungi wanita, kanak-kanak dan warga sivil, tetapi begitu banyak juga pelanggarannya. Undang-undang tersebut mandul kerana hukuman yang tidak tegas dan tidak jelas juga siapa yang wajib menerapkannya.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan surat perintah penangkapan Perdana Menteri Zion*s Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Zion*s Yoav Gallant atas tuduhan kejahatan perang Gaza pada November 2024, tetapi faktanya mereka berdua tetap bergerak bebas sehingga sekarang. PBB sebagai badan kesatuan bangsa-bangsa di dunia pun sudah tidak berdaya, kerana selama ini PBB menggantungkan hidupnya dari dana AS, maka di depan AS, PBB tidak ubahnya seperti ayam kehilangan taji.
Keadaan ini terjadi kerana dalam konstelasi politik antarabangsa sekarang, AS merupakan negara adidaya. Dengan dolar yang dikeluarkan sebagai pinjaman ke banyak negara, kekuasaannya dalam pelbagai lembaga antarabangsa, pemegang hak veto Dewan Keselamatan PBB, serta ejen-ejennya yang tersebar di pelbagai negara, membuatkan AS berleluasa membuat keputusan tanpa ada yang berani bertindak.
Memang negara-negara merdeka seperti Perancis, United Kingdom, Sepanyol dan Itali bersuara lantang menentang serangan AS ke atas Iran dan Zionis ke atas Gaza, tetapi itu hanyalah reaksi di permukaan sahaja. Tiada sebarang tindakan yang boleh mereka lakukan untuk menghentikan negara adikuasa tersebut.
Menghadapi kebiadaban luar biasa AS dan Zion*s terhadap wanita dan kanak-kanak yang terasa menyesakkan dada, mari kita lihat, ada aturan yang justeru melindungi dan memuliakan wanita dan kanak-kanak di tengah kemelut peperangan. Sewaktu orang Barat menyebut Islam sebagai agama barbar, sejarah membuktikan sebaliknya.
Aturan Islam Melarang Pembunuhan Wanita dan Kanak-kanak dalam Peperangan
Islam sebagai agama yang sempurna memiliki peraturan yang menyeluruh, termasuk peraturan dalam berperang. Di antara peraturan tersebut adalah peraturan yang terkait dengan perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak.
Dalam Kitab Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz II bab “As-Siyasah al-Harbiyah” Syeikh Taqiyudin an-Nabhani menjelaskan banyak sekali etika perang dalam Islam. Beliau mengutip beberapa hadis tentang hal tersebut, termasuk hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak. Di antaranya terdapat riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Umar RA bahawa dalam salah satu peperangan Rasulullah SAW pernah menemukan jasad seorang wanita, maka Rasulullah SAW pun melarang pembunuhan wanita dan kanak-kanak. (Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz II, Taqiyudin an-Nabhani, hlm. 194). Boleh kita bayangkan, hanya kerana ditemukannya mayat satu perempuan sahaja, Rasulullah SAW kemudian mengeluarkan larangan membunuh perempuan.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW secara khusus melarang membunuh anak-anak dalam perang. Rasulullah SAW bersabda, “Mengapa orang-orang itu melampaui batas dalam berperang sehingga membunuh anak-anak.” Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka adalah anak-anak kaum musyrik.” Rasul menjawab, “Ingatlah sesungguhnya orang-orang terbaik dari kamu adalah anak-anak kaum musyrik.“
Hadis riwayat Abu Dawud dari Anas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Pergilah kalian dengan nama Allah, dengan Allah, dan atas agama Rasulullah, jangan kalian membunuh orang tua yang sudah tidak berdaya, anak kecil dan orang perempuan, dan janganlah kalian berkhianat, kumpulkan ghanimah-ghanimahmu, dan berbuatlah maslahat, serta berbuatlah yang baik, kerana sesungguhnya Allah senang kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Ibid.)
Namun, jika perempuan ikut terlibat dalam peperangan sebagai anggota pasukan yang ikut bertempur, dibolehkan untuk membunuhnya sebagaimana lelaki. Imam Taqiyudin an-Nabhani menjelaskan hal ini berdasarkan hadis riwayat Abu Dawud dari Ikrimah bahawa Nabi SAW menemukan seorang perempuan terbunuh dalam Perang Hunain. Lalu baginda bersabda, ”Siapa yang membunuh perempuan ini?” Salah seorang menjawab, ”Saya menjadikannya ghanimah, lalu memboncengkannya di belakang saya. Namun, ketika dia melihat kekalahan kami, dia berusaha mengambil pedang untuk membunuhku. Maka aku pun membunuhnya.” Maka Nabi SAW tidak mengingkari perbuatannya. Hal ini menunjukkan bolehnya perempuan dibunuh jika ikut berperang. Jika tidak ikut perang, maka tidak boleh (Ibid., hlm. 195—196).
Aturan Islam tentang Tawanan Wanita dan kanak-kanak
Bagaimanakah dengan pandangan Barat yang mengatakan bahawa Islam akan memperhambakan para wanita dan kanak-kanak yang ditangkap dalam perang? Memang dalam Islam ada yang dikenal sebagai as-sabiy. Imam Al-Mawardi menjelaskan bahawa as-sabiy adalah tawanan perang yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak (Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sulthaniyah hlm. 134). Demikian juga Imam Taqiyudin an-Nabhani menyebutkan bahawa Rasulullah SAW.menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai as-sabiy (Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz II, Taqiyudin an-Nabhani, hlm. 187).
Selanjutnya baginda juga menjelaskan bahawa yang dijadikan sebagai as-sabiy adalah wanita dan kanak-kanak yang dibawa berperang, iaitu berada di medan pertempuran. Sedangkan yang tidak berada di medan tempur tidak boleh diambil sebagai as-sabiy (Ibid.).
Nasib as-sabiy ini sepenuhnya diserahkan kepada imam (khalifah) seperti dikatakan Syeikh Taqiyudin an-Nabhani bahawa seorang khalifah diberi pilihan antara melepaskan mereka atau menjadikan mereka hamba, dan tidak ada tebusan bagi mereka. (Ibid., hlm. 277).
Dalam pelaksanaannya Rasulullah SAW lebih sering memilih membebaskan para sabiy. Dalam perang melawan Bani Musthaliq, Rasulullah membayarkan tebusan untuk memerdekakan Juwairiyah, puteri Haris bin Abu Dhirar yang merupakan pemimpin kaumnya, kemudian menawarkan untuk menikahinya. Juwairiyah setuju dan sebagaimana yang Rasulullah perkirakan, dengan segera sahabat yang lain membebaskan tawanan-tawanan perempuan yang sudah dibahagikan kerana kekerabatan mereka dengan Ummul Mukminin Juwairiyah. Bahkan, jumlah yang dibebaskan mencapai lebih dari 100 orang (Rawwas Qal’ahji, 2018, Sirah Nabawiyah, hlm. 299).
Hal yang sama ketika perang Hunain, Rasulullah memilih untuk membebaskan as–sabiy. Diriwayatkan bahawa ketika perang, kabilah Hawazin membawa bersama isteri dan anak-anak mereka dalam perang untuk menguatkan semangat dalam berperang. Apabila mereka kalah, isteri dan anak-anak mereka menjadi as–sabiy bagi kaum muslim.
Mereka kemudian memohon pertolongan kepada Rasulullah untuk membebaskan anak isteri mereka. Rasulullah bersetuju membebaskan as–sabiy yang menjadi bahagiannya, dan hal ini diikuti oleh para sahabat sehingga semua as–sabiy dibebaskan. Hal inilah yang kemudian mendorong kaum Hawazin masuk Islam dan mencintai Rasulullah SAW dengan ikhlas (Ibid., hlm. 398). Sedangkan semasa Perang Khaibar, Rasulullah SAW memilih untuk membiarkan para wanita dan kanak-kanak tetap merdeka dan tidak memperhambakan mereka sama sekali (Asy-Syakhsiyah al-Islamiyah Juz II, Taqiyuddin an-Nabhani, hlm. 277).
Para pemimpin Islam setelah Rasulullah SAW diriwayatkan memperlakukan as-sabiy dengan baik. Bahkan, semasa Sultan Salahudin Al-Ayubi, beliau membebaskan Ratu Sibylla dari Juresalem dan memerintahkan pasukannya untuk mengawal sang ratu serta para wanita bangsawan kembali ke kediamannya dengan selamat tanpa mengambil tebusan (wikipedia.org ). Walhal, sebelumnya, kaum salib merebut Jerusalem dan membantai penduduk muslim, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kemuliaan aturan Islam dalam melindungi wanita dan kanak-kanak juga dipraktikkan oleh Hamas. Saat pembebasan tebusan, warga Yahudi Zion*s yang ditebus Hamas malah mengucapkan terima kasih. Salah satunya Danielle Aloni, ibu dari Emilia Aloni yang berusia 5 tahun. Dia menulis surat berterima kasih kepada Hamas kerana telah merawat puterinya dengan sangat baik selama 49 hari penahanan mereka di Gaza dan bahkan memperlakukannya seumpama seorang ratu (cnnindonesia, 28-10-2023).
Inilah sistem terbaik dengan peraturan terbaik. Kita tidak perlu mencari undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Walaupun ada peraturan, tetapi tidak dilaksanakan, apalagi bila berlaku peperangan berhadapan dengan kaum muslim. Sebaliknya, sekalipun berhadapan dengan musuh yang bukan muslim, kaum muslim tetap memperlakukan mereka dengan sebaik-baik perlakuan. Adakah sistem kehidupan yang lebih baik daripada Islam ketika diterapkan dalam institusi negara?
Dengan demikian, jika para wanita dunia menginginkan untuk mendapatkan perlindungan sempurna, mereka selayaknya hanya perlu mengambil satu peraturan, iaitu peraturan Islam yang diterapkan secara kaffah di bawah institusi Daulah Islamiah.
#Perang #TawananPerang #KeadilanIslam #FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah