BIADAB DAN KHIANAT: WAJAH ASLI ENTITI YAHUDI YANG TAK PERNAH DISEMBUNYIKAN
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
DI PANGGUNG dunia, kata-kata sering terdengar indah. Gencatan senjata diumumkan. Perjanjian diumbar. Diplomasi dipamerkan seolah-olah menjadi jalan menuju damai.
Akan tetapi, pada malam 8 April 2026 lalu, satu fakta kembali ditelanjangi tanpa sebarang maaf: bahawa di hadapan entiti penjajah, diplomasi sering hanyalah topeng, sementara bom adalah wajah aslinya.
Belum sempat orang awam memahami isi kesepakatan antara Amerika, entiti Yahudi dan Iran, langit Lubnan telah lebih dulu berbicara. Bukan dengan kata-kata, tetapi dengan ledakan. Dalam hitungan minit, lebih dari seratus serangan udara Zionis Yahudi menghujani seluruh penjuru negeri. Sepuluh minit cukup untuk mengubah rumah menjadi puing-puing, keluarga menjadi korban dan kota menjadi lautan ketakutan.
Hampir seribu jiwa tersungkur, gugur atau terluka. Ribuan kehilangan tempat tinggal. Puluhan ribu hidup dalam bayang-bayang ketakutan. Ini bukan sekadar serangan. Ini adalah deklarasi terang-terangan: bahawa perjanjian tidak pernah benar-benar ada dalam kamus mereka.
Watak yang Tak Pernah Berubah
Peristiwa ini bukan kejutan. Ia hanya pengulangan. Sejarah telah lama mencatat. Wahyu pun telah lebih dulu menegaskan: bahawa pengkhianatan bukanlah penyimpangan, melainkan karakter asli Yahudi.
Allah SWT berfirman (yang ertinya): “Sungguh, engkau akan mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah kaum Yahudi dan kaum musyrik”. (TMQ al-Maidah: 82).
Allah SWT juga berfirman (yang maksudnya): “Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya.” (TMQ at-Taubah: 8).
Ayat-ayat ini bukan sekadar sejarah. Ia adalah kunci membaca realiti. Maka dari itu setiap optimisme terhadap perjanjian dengan mereka, sejatinya bukanlah harapan, melainkan pengulangan kesalahan demi kesalahan.
Tatkala dunia sibuk menyusun kalimat diplomasi, mereka menyusun koordinat target. Ketika dunia berbicara tentang perdamaian, mereka menyiapkan pembantaian. Inilah ironi terbesar: dunia berharap pada kata-kata, sementara mereka bergerak dengan senjata.
Rundingan: Jalan Buntu yang Terus Diulang
Yang lebih menyayat hati, sebahagian penguasa masih menggantungkan nasib rakyatnya di meja rundingan. Seolah-olah sejarah belum cukup memberikan pelajaran. Seolah-olah darah yang tumpah belum cukup menyedarkan. Padahal satu kaedah sederhana telah terbukti secara berulang kali: penjajah tidak pernah berhenti kerana diminta berhenti. Apatah lagi ketika ia didukung oleh kekuatan besar dunia.
Ketika darah umat ditumpahkan di Lubnan oleh Zionis Yahudi, seorang pemimpin dunia bahkan dengan mudah menyebut hal itu sekadar “pertempuran kecil”. Kalimat itu sederhana, tetapi maknanya menghina: bahawa nyawa kaum Muslim tidak lebih dari statistik yang boleh diabaikan.
Bahasa yang Mereka Fahami
Realiti ini menuntun pada satu kesimpulan yang tidak menyenangkan, tetapi tidak boleh dihindari: bahawa entiti Yahudi ini tidak memahami kecuali satu bahasa: kekuatan. Kecaman tidak menakutkan mereka. Resolusi tidak menghentikan mereka. Perundingan tidak mengikat mereka.
Selagi mereka ada, ketidakstabilan adalah kenescayaan. Mereka bukan sekadar aktor konflik. Mereka adalah sumber konflik itu sendiri.
Darah Menjadi Saksi
Dari Gaza hingga Lubnan. Dari reruntuhan rumah hingga tangisan anak-anak. Semuanya menyatu dalam satu kesaksian besar: tidak ada keamanan bersama mereka; tidak ada kepercayaan kepada mereka; tidak ada masa depan yang damai selama mereka tetap bersatu. Darah itu berbicara. Ia tidak pernah berdusta.
Mengakhiri Ilusi
Sebab itu menghentikan tragedi ini tidak cukup dengan retorik. Masalah ini bukan sekadar konflik biasa. Ia adalah penyakit kronik. Penyakit ini tidak disembuhkan dengan menenangkan gejala, tetapi dengan menghilangkan sumbernya.
Rasulullah SAW bersabda, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi, lalu kalian akan menguasai mereka…”(HR Muslim).
Ini bukan sekadar narasi masa depan. Ini adalah arah perjuangan.
Umat Sedunia Wajib Bersatu
Sejarah Islam bukan sejarah kelemahan. Ketika umat ini bersatu sebagaimana di masa lalu di sepanjang era Kekhilafahan Islam selama berabad-abad, mereka bukan hanya bertahan. Mereka bahkan senantiasa memimpin pertandingan. Bukan hanya melawan. Mereka bahkan selalu memenangkan pertempuran.
Jika potensi umat hari ini disatukan kembali, sudah tentu dalam satu institusi pemerintahan Islam global (Khilafah) sebagaimana dulu, maka bukanlah hal yang mustahil bagi: Al-Aqsa kembali; para tawanan dibebaskan; tanah yang diberkahi kembali ke tangan pemiliknya; dan pelbagai ragam kezaliman dipaksa berhenti.
Allah SWT berfirman (yang bermaksud): “Pada hari itu bergembiralah kaum Mukmin.” (TMQ. Ar-Rum: 4).
Penutup
Hari ini dunia masih terjebak dalam ilusi: bahawa diplomasi boleh menjinakkan kezaliman. Akan tetapi, faktanya sejarah tidak menunggu. Ia terus bergerak menuju satu titik yang pasti: bahawa kezaliman akan runtuh, pengkhianatan akan berakhir dan umat ini akan bangkit. Tentu, apabila umat Islam sedunia bersatu dan bergerak bersama menuju satu cita-cita: menegakkan kembali Khilafah Islam global sebagaimana dahulu. Inilah satu-satunya cara/metode (manhaj) yang rasional dan syarie yang dapat mewujudkan kembali kemuliaan Islam dan kaum Muslim seperti sebelumnya.
Pertanyaannya: Adakah kita akan menjadi sebahagian daripada kebangkitan itu atau hanya menjadi penonton yang selalu saja terlambat menyedari?
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.
Sumber: ABI-FOCUS/Forum on Contemporary Ummah Studies (10 April 2026)
#AyuhUmatBangkit #WakeUpMuslim #SaveUmmah #Lubnan #Palestine
#WeNeedKhilafah