Kesatuan Negeri-negeri Umat Islam adalah Kewajipan, Bukan Pilihan!
Presiden Iran Masoud Pezeshkian percaya bahwa jika dunia Islam bersatu, Entiti Zionis tidak akan berani menyerang negeri-negeri umat Islam. Pernyataan itu disampaikan saat beliau menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi di Teheran, Ahad (17-5-2026).
Pezeshkian menegaskan bahawa Iran ingin membina hubungan yang tulus dan berterusan dengan negeri-negeri umat Islam di rantau ini, khususnya dengan negara jiran di Teluk Parsi. Namun menurutnya, Amerika Syarikat (AS) dan Zionis Yahudi selama ini terus berusaha memecah-belahkan negeri-negeri umat Islam melalui projek-projek yang menimbulkan ketidakpercayaan antara satu sama lain.
Sebelum ini, Iran melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS yang tersebar di seluruh negara Teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain kerana Iran melihat negara tersebut sebagai pusat operasi dan unjuran kuasa tentera AS di Timur Tengah. Iran menuduh negara-negara ini memberi kebenaran kepada AS untuk memudahkan serangan ke atas wilayahnya pada akhir Februari lalu.
Walau bagaimanapun, pada awal Mac 2026, Iran meminta maaf kepada negara-negara tersebut dan menyatakan bahawa Iran tidak akan menyasarkan serangan ke atas rantau itu, melainkan rantau itu digunakan sebagai batu loncatan untuk menyerang Iran. Iran berusaha untuk mengekalkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Teluk sebagai jiran yang baik, dan memilih diplomasi berbanding konfrontasi.
Mengubah Peta Kekuatan
Iran sedang giat berusaha untuk mengubah peta kuasa di Timur Tengah melalui strategi tidak simetri, perang proksi dan diplomasi serantau. Cita-cita utamanya adalah untuk melawan hegemoni AS dan Zionis Yahudi. Iran menjalankan strategi tidak simetri dengan bergantung pada senjata yang agak murah tetapi berkesan seperti dron kamikaze dan peluru berpandu balistik untuk menembusi sistem pertahanan musuh. Iran juga mampu menekan ekonomi global dengan mengawal Selat Hormuz.
Selain itu, Iran sedang membina rangkaian proksi dengan membiayai, mempersenjatai, dan melatih pelbagai kumpulan militan di pelbagai wilayah, seperti Hizbullah di Lubnan, Houthi di Yaman, dan militan di Syria. Gerakan Iran ini menunjukkan bahawa Iran bukanlah sebuah negara yang boleh ditekan oleh AS dan Zionis.
Gesaan Presiden Iran agar negara-negara Teluk bersatu adalah strategi diplomatik untuk memecahkan pakatan Barat-Arab, melindungi rejim daripada serangan luar, dan mengukuhkan kedudukan Tehran sebagai kuasa utama di Timur Tengah. Sentimen awam di negara-negara Teluk yang menentang keras pembunuhan beramai-ramai Zionis di Palestin memberikan Teheran momentum politik untuk berkempen bagi “kesatuan Muslim” menentang ancaman Zionis. Iran mahu mewujudkan sistem keselamatan serantau tanpa campur tangan asing. Jika negara-negara Teluk bersatu dengan Iran, keperluan mendesak untuk mempunyai pangkalan tentera AS di rantau itu akan menjadi lemah.
Bagaimanapun, negara-negara Teluk tetap skeptikal kerana Iran tidak menghentikan sokongan dana dan senjata untuk militan “Paksi Perlawanan” yang sering mengancam kestabilan dalaman. Mereka bimbang kesatuan yang ditawarkan oleh Iran hanyalah penutup untuk menguasai wilayah itu dari segi politik dan ketenteraan dengan peluru berpandu dan dron yang unggul. Sebaliknya, negara Teluk masih terikat dengan Barat, bergantung kepada sistem senjata, risikan dan pelaburan ekonomi, terutama dari Amerika.
Di sisi lain, AS tidak akan pernah membiarkan sekutunya bekerjasama dengan Iran. Ancaman Trump baru-baru ini untuk menyerang Oman jika berkolaborasi dengan Iran dalam menguasai Selat Hormuz menjadi bukti nyata.
Nasionalisme Penghalang Persatuan
Seruan Iran untuk menyatukan dunia Islam bukan kali ini sahaja. Sebelumnya, pada April 2025 Presiden Pezeshkian juga mengajak Arab Saudi dan negara-negara Islam lain untuk bersatu. Negara-negara Teluk yang tergabung dalam GCC (Majlis Kerjasama Teluk) yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, dan Oman tidak menolak ajakan Iran kerana mempunyai kepentingan ekonomi serta kestabilan Selat Hormuz.
Bagaimanapun, baik Iran mahupun GCC tidak menjadikan ideologi Islam sebagai ikatan kesatuan, sebaliknya kepentingan pragmatik. Walaupun mereka mengaku sebagai negara berteraskan Islam, negara-negara tersebut masih lagi berteraskan negara bangsa. Kesatuan yang direka untuk menjaga kepentingan setiap wilayah. Mereka tidak mempedulikan keadaan umat Islam. Diamnya para pemimpin berhubung pembunuhan beramai-ramai di Gaza, serangan ke atas Iran dan Lubnan, dan penyeksaan aktivis GSF (Global North Sumatera Flotilla) membuktikan hal tersebut.
Nasionalisme berasaskan negara bangsa direka oleh penjajah untuk memecah belahkan dunia Islam. Sejak kekalahan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I, negara bangsa dilahirkan di Timur Tengah berdasarkan nasionalisme. Akibatnya, umat Islam lebih terikat dengan bangsa masing-masing berbanding Islam. Serangan ke atas Palestin, Iran dan Lubnan dianggap isu negara, bukan isu umat Islam. Kepedulian hanya timbul apabila ia melibatkan kepentingan atau ancaman kepada negara sendiri.
Lebih menyedihkan, negara-negara Teluk justeru membenarkan pangkalan tentera AS berdiri di wilayah mereka. Hanya Oman yang tidak memiliki pangkalan tetap. Dari pangkalan itu, Amerika menyerang negeri-negeri Islam, bahkan membuka ruang udara bagi pesawat tempur dan drone AS serta Zionis untuk menyerang negeri umat Islam.
Para penguasa tunduk pada arahan Amerika kerana takut kehilangan kuasa. Akibatnya, AS dan Zionis bebas menyerang negara umat Islam satu per satu—sesuatu yang sukar dilakukan jika umat Islam bersatu. Para penguasa sepatutnya ingat pesanan Rasulullah SAW dalam khutbah wada’ agar menjaga harta, darah, dan kehormatan kaum Muslim. Inilah kelemahan asas negara bangsa yang memecah-belahkan umat, melemahkan kekuatan, dan menjadikan mereka mudah diperdaya oleh negara adidaya.
Wajib Bersatu
Dalam pandangan Islam, seluruh negeri muslim di dunia ini merupakan satu wilayah. Dalam kitab Nizham al-Hukmi fi al-Islam subbab “Kesatuan Khilafah” disebutkan, “Kaum Muslim di seluruh dunia wajib memiliki hanya satu negara Khilafah. Mereka juga wajib memiliki hanya seorang khalifah, tidak lebih. Secara syarie, haram bagi kaum Muslim memiliki lebih daripada satu negara dan lebih daripada seorang khalifah. Kita juga wajib menjadikan sistem pemerintahan Khilafah dengan sistem kesatuan serta mengharamkan sistem persekutuan.”
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa umat Islam itu adalah bersaudara ibarat satu tubuh. “Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit, seluruh tubuh akan terjaga (tidak boleh tidur) dan merasakan demam.” (HR Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Janganlah dia menzalimi dan menyerahkan saudaranya (kepada musuh).” (HR Bukhari).
Membiarkan sesama Muslim ditindas adalah dosa dan mengundang ancaman Allah SWT berupa bencana besar. Allah Taala berfirman, “Dan orang-orang kafir itu, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu (kaum Muslim) tidak mendirikan apa yang telah Allah perintahkan itu (saling melindungi), nescaya akan terjadi gangguan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (TMQ Al-Anfal [8]: 73).
Imam Ath-Thabari menjelaskan bahawa kalimat “tidak mendirikan apa yang telah Allah perintahkan itu” bermakna tidak memberikan pertolongan. Padahal, Allah SWT telah memerintahkan untuk menolong kaum mukmin yang meminta pertolongan. “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan (pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.” (TMQ Al-Anfal [8]: 72).
Oleh sebab itu, sikap para penguasa negeri umat Islam yang menjadikan nasionalisme sebagai dasar bernegara adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak termasuk golongan kami orang yang menyerukan asabiyyah. Tidak termasuk golong kami orang yang berperang atas dasar asabiyyah. Tidak termasuk golongan kami orang yang mati di atas dasar asabiyyah.” (HR Abu Dawud).
Sepatutnya para pemerintah Muslim bersikap tegas untuk tidak bekerjasama dengan negara-negara penjajah, seperti dalam Abraham Accord atau BoP (Board of Peace), termasuk menyediakan wilayahnya sebagai pangkalan tentera AS. Islam melarang pemerintah Muslim menyewakan lapangan terbang, pelabuhan, ruang udara, laluan air, dan seumpamanya kepada orang kafir, terutamanya kafir harbi seperti AS dan Zionis yang jelas-jelas memerangi Islam. Allah SWT berfirman,
وَلَن يَجْعَلَ ٱللَّهُ لِلْكَٰفِرِينَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
“Dan Allah sekali-kali tidak pernah akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman.” (TMQ An-Nisa [4]: 141).
Sebaliknya penguasa Muslim wajib memerangi orang-orang kafir itu. Sayangnya, sikap asabiyyah yang bersemayam di dada para penguasa Muslim itu telah meracuni pemikirannya sehingga rela meninggalkan tuntutan agama dalam bernegara, dan mengambil arahan Barat sebagai panduan. Oleh sebab itu, umat Islam wajib menyedari bahawa nasionalisme adalah racun yang mesti ditinggalkan, dan bahawa umat Islam adalah satu kesatuan dengan akidah dan syariat yang sama.
Umat Islam ibarat satu tubuh, tetapi kesatuan itu hanya akan terwujud ketika ada yang menyatukannya dalam satu negara, iaitu Daulah Khilafah. Negara adidaya global berlandaskan akidah Islam ini akan menyatukan umat di seluruh dunia, serta menyelamatkan Palestin dan negeri-negeri Muslim yang tertindas melalui jihad fisabilillah. Di sinilah pentingnya umat Islam wajib bersatu di bawah satu kepemimpinan Islam.
Khilafah Wajib Ditegakkan
Kewajipan menegakkan Khilafah didasarkan pada Al-Quran, Sunnah, dan ijmak sahabat, dengan perintah yang tegas. Al-Quran memerintahkan untuk mengangkat seorang pemimpin/khalifah. Di antara ayat yang berbicara tentang wajibnya mengangkat seorang khalifah adalah,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ
‟Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah, taatilah Rasul, dan ulul amri di antara kamu.” (TMQ An-Nisa [4]: 59).
Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentaati ulul amri. Di sisi lain, Allah tidak pernah memerintahkan taat kepada yang tidak ada. Oleh sebab itu, berdasarkan dalalah al-iltizam, perintah mentaati ulul amri juga merupakan perintah mewujudkannya sehingga kewajipan tersebut terlaksana. Ayat tersebut juga mengandung petunjuk (dalalah), keberadaan ulul amri adalah wajib dan wajib pula mengadakan ulul amri (khalifah) dan sistem syarie-nya (Khilafah). Adanya ulul amri mempunyai konsekuensi tegaknya hukum syarak, dan dengan tidak mewujudkan ulul amri membawa konsekuensi lenyapnya hukum syarak.
Terkait kewajipan menegakkan Khilafah, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang mati dan di lehernya tidak ada baiat maka dia mati dalam keadaan jahiliah.” (HR Muslim).
Hadis ini menunjukkan yang wajib itu adalah adanya baiat di pundak kaum Muslim, bukan aktiviti membaiatnya. Baiat akan ada di pundak kaum Muslim jika ada khalifah yang memimpin Khilafah. Jika khalifahnya belum tegak, ia wajib untuk ditegakkan.
Jika kekhalifahan tegak, khalifah hanya akan mengambil dan menerapkan hukum-hukum Islam dalam pemerintahannya. Syariat mewajibkan agar seluruh umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya mentaati perintah Khalifah. KH Rokhmat S. Labib saat menjelaskan tafsir surah An-Nisa ayat 59 berkenaan dengan ulul amri menerangkan bahawa ulul amri adalah umara atau khulafa, yang menurut Ibnu ’Athiyah dan Al-Qurthubi ini merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat jumhur ulama ini lebih tepat kerana jika dikaitkan dengan asbabunnuzul ayat tersebut turun berkenaan dengan komandan pasukan.
Objek pembahasan ayat ini tidak terlepas daripada kepemimpinan, dan kepemimpinan tertinggi dalam Islam adalah khalifah. Rasulullah SAW bersabda, “Mendengar dan taat terhadap seorang (pemimpin) Muslim adalah wajib, baik dalam perkara yang disenangi atau dibenci selama tidak diperintah untuk maksiat. Apabila diperintah untuk maksiat maka tidak boleh mendengar dan taat.” (HR Bukhari).
Dalam surah Al-Maidah ayat 49, Allah Taala menyeru Rasulullah memutuskan perkara menurut apa yang Allah turunkan. Seruan ini juga berlaku untuk umatnya sehingga umat Islam wajib mewujudkan seorang penguasa setelah Rasulullah SAW untuk memutuskan perkara sesuai wahyu Allah.
Perintah dalam ayat ini bersifat tegas kerana objek seruannya adalah kewajipan. Hakim yang memutuskan perkara di tengah umat Islam setelah wafatnya Rasulullah adalah khalifah, dengan sistem pemerintahan Khilafah. Oleh sebab itu, negeri-negeri umat Islam wajib memiliki visi menyatukan umat di bawah Khilafah.
Bersatu di bawah satu kepimpinan Islam adalah satu kewajipan, bukan satu pilihan. Kesatuan ini akan menjadikan kekuatan ketenteraan yang besar, kedudukan geostrategik, dan sumber semula jadi dan manusia yang banyak digunakan untuk menyokong jihad di bawah pimpinan khalifah untuk memerangi penjajah dan menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia.
#TegakKhilafah #TerapIslamKaffah #KesatuanUmat