Iran Umumkan Perincian Draf Memorandum Persefahaman dengan AS
Pada 27 Mei 2026, televisyen pemerintah Iran mengumumkan perincian draf rangka kerja tidak rasmi bagi memorandum persefahaman dengan Amerika Syarikat, yang dimediasi oleh Pakistan, yang bertujuan untuk menamatkan peperangan. Draf tersebut menetapkan bahawa Iran akan mengurus lalu lintas pelayaran melalui Selat Hormuz bekerjasama Oman, dan Iran akan berkomitmen untuk memulihkan pelayaran komersial melalui Selat Hormuz ke tahap sebelum perang dalam tempoh satu bulan.
Televisyen Iran melaporkan bahawa “rangka awal persefahaman Islamabad, yang boleh menjadi titik perubahan dalam usaha menamatkan perang yang dipaksakan ke atas Iran, ketika ini sedang disemak dan diselesaikan teksnya, yang masih belum final.”
Namun, Trump menafikan hal ini, dengan mengatakan, “Itu sama sekali direka-reka. Selat Hormuz akan terbuka untuk semua orang dan tidak seorang pun akan mengawalnya.” Beliau menambahkan, “Tiada sebarang wang yang akan dikembalikan kepada Iran sehingga mereka memperbaiki tingkah laku mereka,” merujuk kepada aset Iran yang dibekukan. Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa persediaan uranium Iran yang diperkaya pada tahap tinggi mungkin jatuh ke tangan Rusia atau China, serta menegaskan bahawa beliau “tidak akan membiarkan Iran memiliki senjata nuklear kerana mereka akan menggunakannya dengan segera dan tanpa ragu-ragu.”
Namun begitu, Setiausaha Negara AS, Rubio, berkata: “Rundingan mungkin mengambil masa beberapa hari, dan telah berlaku pertukaran pandangan mengenai rumusan beberapa perkataan tertentu dalam dokumen awal.”
Nasib program nuklear Iran masih belum pasti, kerana Amerika Syarikat menuntut pembekuan selama 20 tahun, suatu tempoh yang ditolak oleh Iran, sebaliknya Iran meminta tempoh yang lebih singkat. Nasib uranium yang diperkaya oleh Iran juga masih belum diselesaikan, kerana Iran memiliki kira-kira 440 kilogram uranium yang diperkaya sehingga 60%. Selain itu, draf perjanjian tersebut tidak menyentuh mengenai program persenjataan peluru berpandu Iran.
Dengan demikian, Trump telah memburukkan keadaan, mencipta masalah di tempat yang sebenarnya tidak wujud, dan mendakwa akan menyelesaikan apa yang gagal diselesaikan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelumnya. Dia seperti seorang bodoh, yang mencetuskan kekacauan, kemudian berpura-pura memperbaikinya.
Perjanjian nuklear Iran pada tahun 2015, yang mengehadkan pengayaan uranium Iran kepada 3.67%, berada dalam keadaan stabil, tetapi selepas penarikan dirinya daripada perjanjian tersebut pada tahun 2018, Iran mula meningkatkan pengayaan sehingga mencapai 60%.
Selat Hormuz tidak ditutup, bukan sebuah kem tentera, dan tidak berada di bawah kawalan mana-mana pihak. Akan tetapi, selepas pencerobohan yang dilancarkan pada 28 Februari 2026, situasinya berubah, dan kini rundingan sedang berlangsung mengenainya.
Kini, semua pihak mengejek Amerika Syarikat, mereka mengharapkan kehancurannya serta kehancuran instrumen kejinya, iaitu entiti Yahudi. Sesungguhnya kehancurannya akan segera berlaku, insya-Allah, di tangan Negara Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 28/5/2026.
#Iran #SelatHormuz #PolitikGlobal