Saat Anak Gaza Kehilangan Kata
Genosid oleh Zionis bukan sahaja mencederakan kanak-kanak Gaza secara fizikal, tetapi juga mental. Ramai kanak-kanak tiba-tiba kehilangan kata dan tidak dapat bercakap, sedangkan sebelum ini mereka ceria. Mereka bertindak balas terhadap penderitaan yang amat besar akibat keganasan, kemusnahan, dan kematian dengan diam.
BBC memberitakan, seorang kanak-kanak bernama Adam (5) yang awalnya ceria dan banyak bercakap, tiba-tiba diam dan berhenti berinteraksi dengan dunia setelah menyaksikan depan mata kematian ayahnya akibat bom. Dia sendiri tercedera dan kehilangan kakinya. Kini Adam membisu, hampir tidak makan, dan perkembangannya terhenti.
Adam bukan satu-satunya kes. Pakar psikoterapi kanak-kanak yang berasal dari Norway, Katrin Glatz Brubakk berkata, tidak ada seorang pun kanak-kanak di Gaza yang tidak mengalami trauma. Malah, lebih sejuta kanak-kanak Gaza mengalami trauma yang teruk.
Katrin tidak mempunyai data tepat mengenai jumlah kanak-kanak Gaza yang berhenti berkomunikasi, tetapi dia telah menemui berpuluh-puluh kes yang sama. Doktor tempatan memberitahu rangkaian Al Jazeera bahawa jumlah kes sedemikian terus meningkat.
Katrin menjelaskan bahawa kanak-kanak Gaza hidup dalam trauma yang teruk dalam keadaan yang penuh ketidakpastian sejak sekian lama. Semua kanak-kanak merasakan kehilangan ahli keluarga, rakan sekolah, guru dan jiran. Mereka menyaksikan kematian tragis orang tersayang, mayat yang terpotong-potong, dan terhidu bau darah yang tumpah. Sesetengah kanak-kanak membantu mengumpul sisa-sisa mayat manusia atau serpihan otak di jalanan. Ia menyebabkan trauma yang ekstrem.
Trauma ini berlaku bukan hanya sekali, malah berkali-kali dan majoriti kanak-kanak mengalaminya. Hal ini memberi tekanan kepada mereka dan mempunyai kesan yang besar terhadap sistem saraf mereka. Sesetengah kanak-kanak bertindak balas terhadap tekanan dengan gelisah, sukar tidur, beremosi dan menjerit supaya ia dapat dikesan. Sesetengah kanak-kanak lain bertindak balas dengan senyap, sistem saraf mereka tidak lagi kuat dan cuba melindungi diri mereka dengan menarik diri.
Berdiam diri adalah cara untuk kanak-kanak Gaza tidak berinteraksi dengan dunia yang terus menerus membuat mereka menderita. Berdiam diri bukanlah pilihan yang mereka sedar, tetapi tindak balas neurologi terhadap tekanan dan trauma yang ekstrem.
Sengaja Menyasar Kanak-kanak
Realiti yang kanak-kanak Gaza alami merupakan akibat genosid yang dilakukan Zionis. Data UNICEF menunjukkan, sejak Oktober 2023 pasukan Zionis telah membunuh lebih daripada 20,000 kanak-kanak di Gaza dan menyebabkan lebih daripada 41,000 kanak-kanak yang tercedera. Secara total, data Kementerian Kesihatan Gaza menyebutkan bahawa serangan Zionis telah mengorbankan lebih daripada 72,000 warga awam dan lebih daripada 172,000 lainnya cedera.
Akibat genosid, kanak-kanak Gaza yang awalnya ceria menjadi menderita, baik secara fizikal mahupun batinnya. Luka batin ini akan terus membekas hingga mereka dewasa.
Sungguh sedih membayangkan masa depan kanak-kanak Gaza. Pada saat kanak-kanak di belahan bumi yang lain boleh bebas bermain dengan teman-teman, berkumpul dan bercengkerama bersama keluarga, tidur di rumah yang nyaman, belajar di sekolah, serta menikmati keindahan alam dengan rasa aman, kanak-kanak Gaza pula tidak dapat merasakannya. Hari-hari mereka dipenuhi dengan menyaksikan kematian demi kematian. Bahkan, setiap hari mereka berlumba-lumba dengan kematian.
Saat ini nasib mereka ada di antara dua kemungkinan, iaitu mati kerana serangan; atau selamat, tetapi cedera, cacat, dan trauma. Sungguh bukan pilihan yang diinginkan oleh siapa pun.
Entiti Zionis sengaja menyasarkan kanak-kanak dalam serangan mereka. Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir didakwa menggesa tentera melepaskan tembakan ke arah setiap anak Palestin yang mendekati apa yang dipanggil “garisan kuning” di Semenanjung Gaza. (Maariv, 25-10-2025).
Menyaksikan penderitaan kanak-kanak Gaza, timbul persoalan, sampai bilakah tragedi ini akan terus berlaku? Sampai bila anak-anak yang tidak berdosa ini perlu menanggung penderitaan yang tidak terkata ini? Soalan ini tidak kunjung terjawab.
Tidak Cukup dengan Bantuan Kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan telah mengalir dari pelbagai pelusuk dunia ke Palestin. Sekiranya bantuan ini benar-benar sampai kepada penduduk Gaza, nescaya mereka sudah kaya raya. Namun, hakikatnya majoriti bantuan tersebut tidak sampai, kerana trak bantuan telah dipintas, ditahan, malah dibom. Kapal bantuan seperti Global Sumud Flotilla telah diambil alih di tengah laut. Akibatnya, bantuan tidak boleh masuk ke Gaza. Siapa dalangnya? Tidak lain dan tidak bukan Zionis dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).
Seandainya pemberian bantuan itu cukup untuk menghentikan derita rakyat Gaza, sekaligus Palestin, pasti genosid pun akan selesai. Namun, realitinya penderitaan kanak-kanak Gaza tidak kunjung usai, meski bantuan terus mengalir dari berbagai arah.
Solusi bagi penderitaan kanak-kanak Gaza tidak cukup hanya dengan menghantar doktor untuk merawat luka dan pakar psikoterapi untuk merawat jiwa mereka. Selagi masih ada entity Zionis, serangan demi serangan akan terus dialami oleh kanak-kanak Gaza dan mereka tidak akan terlepas daripada trauma.
Oleh sebab itu, pembelaan kita bagi Gaza tidak cukup dengan memberikan bantuan kemanusiaan, tetapi hendaklah menyelesaikan akar masalahnya, iaitu keberadaan entiti Zionis yang melakukan genosid dengan sokongan AS.
Untuk mengusir Zionis dari bumi Palestin, pasukan tentera yang berkebolehan diperlukan, kerana ia akan menghadapi Zionis sekaligus AS. Kuasa ketenteraan yang setara untuk menghadapi kedua-duanya mesti datang dari negara besar, bukan dari militia, memandangkan AS kini adalah peneraju dari segi industri ketenteraan.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan badan antarabangsa seperti PBB atau negara-negara umat Islam. PBB telah terbukti gagal melindungi Palestin daripada serangan Zionis. PBB hanya boleh mengeluarkan resolusi tanpa tindakan yang bermakna. Selain itu, hakikatnya PBB didominasi oleh AS sebagai pemegang hak veto menyebabkan PBB tidak dapat bergerak ke arah yang tidak dikehendaki oleh AS.
Sementara itu, negara-negara umat Islam telah lama dibelenggu oleh nasionalisme sehingga tidak mahu membebaskan Palestin. Mereka juga berada di bawah penguasaan AS, terbukti di negara-negara umat Islam (terutama Timur Tengah), terdapat banyak pangkalan tentera AS yang sebenarnya menjadi pangkalan sokongan ketenteraan untuk Zionis.
Para penguasa Muslim itu takut kehilangan kuasanya jika mereka tidak menyokong AS dan Zionis. Ini disahkan oleh dasar luar negeri mereka yang sebenarnya melakukan normalisasi hubungan dengan Zionis. Pemerintah Islam mengikut arahan AS untuk menyokong solusi dua negara. Malah, penyelesaian masalah Palestin tidak dapat direalisasikan dengan solusi dua negara kerana ini adalah pilihan yang mustahil. Zionis tidak pernah dan tidak akan mahu hidup aman berdampingan dengan umat Islam Palestin. Ini dapat dilihat dalam misi mereka untuk mewujudkan Israel Raya yang terbentang dari Sungai Nil hingga Sungai Euphrates, yang merangkumi seluruh Palestin, Jordan, Lubnan, Syria, Iraq, Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.
Zionis terus meluaskan pendudukan mereka di wilayah Palestin dengan melakukan serangan, pembunuhan dan pengusiran. Mereka terus melakukan serangan, walaupun dalam tempoh gencatan senjata. Melihat tindakan Zionis, mereka tidak akan pernah mahu berdamai. Lebih-lebih lagi, menyokong solusi dua negara bermakna mengiktiraf keabsahan entiti Zionis, walaupun mereka sebenarnya perompak wilayah Palestin. Pengiktirafan terhadap keabsahan entiti Zionis adalah sama seperti menyokong pendudukan terhadap Palestin.
Khilafah Pembebas Palestin
Penderitaan kanak-kanak Palestin perlu diakhiri. Kita tidak boleh membiarkan mereka terluka hingga trauma. Kita bayangkan seandainya anak kita yang mengalaminya, tentu kita akan bersegera mewujudkan solusi hakiki, iaitu pembebasan Palestin.
Pembebasan Palestin dari pendudukan Zionis hanya boleh diwujudkan oleh Khilafah kerana hanya Khilafah satu-satunya negara yang mempunyai visi politik luar negeri berupa dakwah dan jihad. Khilafah berposisi sebagai pelindung bagi seluruh negeri-negeri Muslim, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Sesungguhnya imam (khalifah) itu perisai yang (orang-orang) akan berperang mendukungnya dan berlindung (daripada musuh) dengan (kekuasaan)-nya.” (HR Muttafaq alaih).
Khilafah akan menyatukan negeri-negeri Muslim di bawah naungannya dan menyatukan seluruh potensi mereka, termasuk ketenteraan. Negeri-negeri Muslim memiliki kekuatan ketenteraan yang luar biasa besar jika bersatu. Kekuatan berupa tentera, persenjataan, logistik, kekayaan sumber alam, dan lain-lain akan diarahkan untuk jihad fii sabilillah membebaskan Palestin.
Dengan kesatuan negeri-negeri Muslim di bawah Khilafah, umat Islam akan kuat menghadapi Zionis, AS, dan negara-negara sekutunya. Gabungan tentera dari negeri-negeri Muslim sudah cukup untuk menghadapi tentera Zionis dan AS.
Pengerahan tentera ke Palestin akan dilakukan dari negeri-negeri terdekat terlebih dahulu iaitu Timur Tengah. Jika tidak mencukupi, tentera dari negeri-negeri jauh juga akan digerakkan ke Palestin.
Khilafah akan mengusir AS dari pangkalan tenteranya di negeri-negeri Muslim. Oleh itu, AS tidak mempunyai pangkalan untuk serangan ke atas wilayah Palestin.
Khilafah juga akan melarang kapal-kapal AS dan Zionis, termasuk kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan kapal dagang daripada melalui perairan negeri-negeri Muslim. Begitu juga, pesawat tentera AS dilarang melalui ruang udara negara Islam. Oleh itu, AS akan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan tentera dan logistik untuk membantu Zionis.
Khilafah juga akan menghentikan bekalan minyak dan gas dari negeri-negeri Muslim ke Zionis, AS, dan negara-negara yang bersekutu dengan kedua-duanya. Usaha ini akan melemahkan Zionis dan AS dalam aspek tenaga.
Penggunaan dinar dirham di seluruh wilayah Khilafah juga akan melemahkan dolar AS sehingga berdampak signifikan untuk melemahkan ekonomi AS. Ini akan berdampak pada kemampuan AS untuk membiayai perang.
Khilafah akan melakukan diplomasi kepada negara-negara kafir yang tidak memerangi umat Islam, iaitu negara kafir harbi hukman, agar tidak menyokong serangan ketenteraan Zionis dan AS pada Palestin. Hal ini akan mengisolasi kekuatan Zionis dan AS sehingga mereka tidak mendapatkan sokongan antarabangsa.
Adapun hubungan Khilafah dengan Zionis dan AS adalah hubungan perang. Tidak boleh ada sikap lemah di hadapan mereka, melainkan Khilafah mesti tegas mengusir keduanya dari bumi Palestin.
Dengan semua langkah yang Khilafah lakukan, Palestin akan terbebas dari pendudukan dan genosid. Setelah Palestin dibebaskan, Khilafah sebagai raa’in akan mengurusi urusan rakyatnya, termasuk rakyat Palestin.
Khilafah akan menjamin keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan bagi warga Palestin. Kanak-kanak Palestin akan dirawat fizikal dan mentalnya, dipulihkan, serta disediakan persekitaran yang selamat dan nyaman bagi pertumbuhan mereka.
Dengan demikian, kanak-kanak Gaza tidak akan menderita lagi. Mereka akan kembali ceria bermain dengan teman, berkumpul dengan keluarga, bersekolah, dan menyongsong masa depan yang cerah di bawah perlindungan panji-panji Islam.
Kesatuan Umat
Untuk membebaskan Palestin, umat Islam mutlak perlu bersatu di bawah naungan Khilafah. Sejak dahulu kita belajar bahawa banyak lidi yang bersatu akan menjadi kuat dan sukar dipatahkan. Sedangkan, jika sendirian, batang lidi akan mudah dipatahkan, bahkan dihancurkan.
Namun, saat ini kesatuan umat sukar diwujudkan kerana racun nasionalisme telah membelenggu umat. Oleh sebab itu, diperlukan dakwah Islam yang menggugah kesedaran (dakwah fikriyyah) dan dorongan berjuang (dakwah siyasiyah) pada diri umat. Dakwah ini penting untuk mengembalikan keyakinan umat bahawa sejatinya mereka adalah umat yang satu sebagaimana firman Allah Taala,
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.” (TMQ Al-Hujurat [49]: 10).
Dengan bersatu di bawah panji Islam, umat ini akan kembali menjadi umat terbaik sebagaimana firman-Nya,
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” (TMQ Ali Imran [3]: 110).
Dakwah Islam kaffah perlu dilakukan secara global di seluruh negeri-negeri Muslim sehingga terwujud kesamaan pandangan tentang Khilafah sebagai solusi hakiki masalah Palestin. Wallahualam bissawab.
Sumber: MuslimahNews
#FreePalestinWithJihadAndKhilafah #DeritaAnakGaza #ArmiesToPalestine