SIRI TULISAN TENTANG HIJRAH – (Menyambut tahun 1448H Bahagian 1)
Meneladani Hijrahnya Rasulullah SAW: Hijrah dari Sistem Kufur kepada Sistem Islam
Dakwah Itu Merubah Sistem Bukan Hanya Individu
Oleh: Ustaz Abu Zaid Rembang
Sahabat, banyak para da`i hanya fokus merubah individu. Baik merubah dari kafir menjadi muslim atau merubah dari muslim menjadi lebih baik. Tidak pernah terfikir bahawa da`i juga wajib merubah sistem yakni dari sistem kufur menjadi sistem Islam.
Hal ini nampak jelas berdasarkan Sirah Nabi Muhammad SAW, yakni bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menghentikan dakwahnya walaupun Baginda sudah berjaya mengislamkan banyak individu di Mekah. Mereka termasuk khalifah yang empat. Merekalah yang kemudian disebut sebagai kaum muhajirin.
Seandainya dakwah Nabi Muhammad SAW sekadar mengislamkan individu sebagaimana dakwah Nabi Isa as. misalnya, maka baginda pasti hanya akan mencukupkan diri dengan keislaman kaum muhajirin sahaja. Kemudian Baginda akan berhenti. Tidak perlu Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Hijrah adalah momentum perubahan sistem, yakni dari sistem jahiliyah kepada sistem Islam, dari negara kufur kepada negara Islam.
Hal tersebut nampak jelas dalam sabda Nabi Muhammad SAW:
وعن عائِشةَ رضيَ اللهُ عنها ، قَالَتْ : قَالَ النبي :
لا هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فانْفِرُوا
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
وَمَعناهُ : لا هِجْرَةَ مِنْ مَكّةَ لأَنَّهَا صَارَتْ دَارَ إسلاَمٍ .
Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada hijrah setelah terbukanya kota Mekah. Akan tetapi (yang ada) adalah jihad dan niat. Dan jika kamu diminta berangkat untuk jihad maka berangkatlah.” (Muttafaq ‘alaih)
Maksudnya: Tidak ada hijrah dari Mekah kerana Mekah telah menjadi Darul Islam.
Mengapa tidak lagi wajib hijrah dari Mekah ke Madinah? Hal ini kerana, selepas Mekah dikuasai oleh Nabi SAW, maka keadaan kedua-dua daerah tersebut sudah menjadi sama yakni sama-sama tanah Islam. Sehinggakan hijrah dari negara kufur ke negara Islam atas sebab kelemahan dalam berIslam pun tidak lagi diwajibkan.
Akhirnya, jika para da’i hanya fokus merubah individu, maka itu baru separuh daripada tujuan dakwah. Manakala yang separuh lagi adalah merubah sistem kufur menjadi sistem Islam. Itulah contoh dan teladan daripada Nabi Muhammad SAW dalam dakwah Baginda SAW.
Jelaskan sahabat? Ayuh kita teladani Nabi Muhammad SAW secara kaffah, bukan apa yang hanya sesuai dengan selera kita sahaja.[]
#Hijrah #Momentumhijrah #Tegakkhilafah #Terapislamkaffah #Ayuhumatbangkit