Ketika Mesin Berfikir, Manusia Malah Malas Berfikir
Oleh: Joko Prasetyo (Jurnalis)
Di era kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), manusia semakin dimudahkan dalam banyak perkara. Menulis dapat dibantu AI. Mencari jawapan cukup mengetik beberapa kata. Ringkasan tersedia dalam hitungan saat. Bahkan design, analisis data, hingga pembuatan presentation (ppt) kini dapat dilakukan mesin secara automatik.
Di satu sisi, teknologi memang memberi kemudahan luar biasa. Namun di sisi lain, muncul pertanyaan besar: ketika mesin semakin pintar berfikir, apakah manusia sebaliknya semakin malas berfikir?
Dulu revolusi industri menggantikan tenaga otot manusia dengan mesin. Hari ini, AI mula mengambil sebahagian kerja otak manusia. Akibatnya, manusia moden perlahan-lahan terbiasa hidup serba instant atau segera.
BUDAYA “INSTANT” (SEGERA)
Hari ini banyak orang tidak lagi terbiasa membaca panjang, menelaah mendalam, atau merenung lama. Semua ingin serba cepat. Tugas cukup copy-paste. Jawapan cukup meminta AI. Tulisan cukup di ringkas automatik. Bahkan sebahagian manusia mulai terbiasa menerima jawapan tanpa proses berfikir yang serius.
Di sinilah AI berpotensi mempercepatkan budaya brainrot: manusia terbiasa menerima jawapan segera, tetapi malas berfikir mendalam.
Padahal kemampuan berfikir tidak lahir daripada segera. Akal manusia menjadi tajam melalui proses membaca, mengkaji, merenung, berdiskusi, melakukan kesalahan, memperbaiki kesalahan, lalu belajar kembali.
Oleh kerana itu, kebergantungan berlebihan terhadap AI berpotensi melahirkan generasi yang cepat menjawab, tetapi dangkal dalam memahami. Manusia menjadi terbiasa menghasilkan teks tanpa benar-benar menguasai ilmu di sebaliknya.
ISLAM MEMULIAKAN AKAL
Islam sejak awal adalah peradaban ilmu, tafakkur, dan tadabbur. Al-Quran berkali-kali menggugah manusia dengan pertanyaan:
“Apakah kalian tidak berfikir?”
“Apakah kalian tidak mentadabburi?”
“Apakah kalian tidak menggunakan akal?”
Ini menunjukkan, Islam tidak menghendaki manusia menjadi makhluk pasif yang hanya menerima tanpa berfikir.
Akal sebaliknya dimuliakan sebagai alat untuk memahami ayat-ayat Allah, merenungi kehidupan, dan membezakan kebenaran daripada kebatilan.
Dalam kitab Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam) karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani tahun 1953 dijelaskan, akal adalah sarana manusia untuk memahami fakta melalui pancaindera, otak, dan maklumat sebelumnya. Sebab itu, Islam sangat menekankan aktiviti berfikir yang benar agar manusia tidak sekadar mengikuti prasangka, emosi, atau arus pendapat.
Sementara dalam kitab At-Tafkir (Proses Berfikir) karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani tahun 1957 dijelaskan, kebangkitan umat sangat terkait dengan cara berfikirnya. Peradaban besar lahir daripada manusia yang memiliki pola fikir mendalam, bukan daripada budaya dangkal dan serba segera.
Oleh kerana itu, ilmu dalam Islam bukan sekadar hasil akhir berupa jawapan segera. Ilmu juga menyangkut proses berfikir, pencarian, pengkajian, dan mujahadah intelektual.
Dalam tradisi Islam, ulama besar lahir bukan daripada budaya serba cepat, tetapi daripada kesabaran membaca, menghafal, menelaah, berdiskusi, dan berfikir mendalam selama bertahun-tahun.
AI DAN PENURUNAN INTELEKTUAL
Masalahnya, AI hari ini berkembang di tengah-tengah budaya digital yang memang sudah mendorong manusia menjadi semakin singkat perhatian dan semakin malas berfikir mendalam.
Media sosial membiasakan manusia membaca cepat. Video pendek membiasakan manusia berpindah fokus dalam hitungan saat. AI kemudian datang menyempurnakan budaya segera tersebut.
Akibatnya, manusia berisiko kehilangan tradisi berfikir mendalam. Orang menjadi lebih sibuk mencari jawapan tercepat berbanding memahami kebenaran.
Padahal masyarakat yang malas berfikir akan lebih mudah diarahkan pendapat, dipengaruhi propaganda, dan dikendalikan maklumat.
Dalam kitab Dairat Tiknulujiya al-Ma’lumat wa al-Ittishalat (Direktorat Teknologi Maklumat dan Komunikasi) karya Hizbut Tahrir tahun 2026 dijelaskan, perang moden juga berlangsung di ruang maklumat, media digital, dan sistem komunikasi.
Ini bermakna penguasaan maklumat bukan sahaja mengenai teknologi, tetapi juga tentang bagaimana pendapat manusia dibentuk dan diarahkan. Apabila manusia kehilangan tradisi pemikiran kritis, mereka menjadi semakin mudah dipengaruhi oleh aliran maklumat global.
KAPITALISME DIUNTUNGKAN
Dalam sistem kapitalisme digital, manusia yang pasif adalah menguntungkan.
Semakin manusia bergantung pada platform digital, semakin besar keuntungan korporat teknologi. Semakin manusia malas berfikir secara mandiri, semakin mudah pendapat umum diarahkan melalui algoritma, media sosial, dan mesin rekomendasi digital.
Akibatnya, teknologi tidak lagi sekadar alat bantu, tetapi perlahan-lahan membentuk cara manusia berfikir, membaca, bahkan memahami realiti.
AI MESTI TUNDUK PADA AKIDAH
Islam tidak anti AI dan tidak anti teknologi. Namun teknologi tidak boleh membuat manusia kehilangan fungsi akalnya.
AI semestinya menjadi alat bantu untuk mempercepat pekerjaan manusia, bukan menggantikan proses berfikir dan tadabbur.
Teknologi sepatutnya membantu manusia semakin dekat kepada ilmu dan kebenaran, bukan menjadikannya malas berfikir.
Menggunakan AI sebagai alat bantu tidak automatik menjadikan manusia malas berfikir. Persoalannya terletak pada bagaimana teknologi itu digunakan.
Jika AI dipakai untuk membantu mencari bahan rujukan, merapikan bahasa, mempercepat administrasi, atau membuka bahan kajian awal, maka teknologi dapat menjadi sarana yang membantu produktiviti manusia.
Namun berbeza halnya ketika manusia menyerahkan seluruh proses berfikir kepada mesin.
Hari ini sebahagian orang cukup menyalin jawapan AI tanpa memahami isinya. Ada yang membuat tulisan tanpa membaca ulang. Ada pula yang merasa berilmu hanya kerana mampu menghasilkan teks panjang dari satu prompt (kalimat perintah).
Akibatnya, manusia terlihat produktif secara digital, tetapi lemah dalam pemahaman, miskin tadabbur, dan dangkal secara intelektual.
Padahal dalam Islam, ilmu bukan sekadar banyaknya teks atau cepatnya jawapan, tetapi kedalaman pemahaman dan proses berfikir yang benar. Kerana itu, AI semestinya membantu manusia berfikir lebih baik, bukan membuat manusia berhenti berfikir.
AKAL DAN HISAB
Dalam Islam, akal bukan sekadar alat duniawi, tetapi amanah dari Allah SWT. Manusia akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang difikirkan, diyakini, dipelajari, dan disebarkannya.
Oleh kerana itu, ketika teknologi justeru membuat manusia malas berfikir, enggan mencari kebenaran, dan terbiasa menerima maklumat tanpa tadabbur, persoalannya bukan lagi sekadar kemunduran intelektual, tetapi juga persoalan hisab di akhirat.
Sebab Allah SWT tidak akan menanyakan seberapa canggih mesin yang digunakan manusia. Namun Allah akan menghisab bagaimana manusia menggunakan akalnya.
Pendidikan Islam tidak boleh hanya menghasilkan manusia yang pandai menggunakan teknologi, tetapi juga manusia yang kuat akidahnya, tajam akalnya, dan mendalam cara berfikirnya.
Khilafah yang menerapkan syariat Islam secara kaffah berkewajipan membangun peradaban ilmu, budaya membaca, tradisi pengkajian, dan kekuatan intelektual umat.
AI akan diarahkan sebagai alat pendukung kemaslahatan, bukan alat yang mematikan tradisi berfikir manusia. Sebab bahaya terbesar bukan ketika mesin mulai berfikir. Bahaya terbesar adalah ketika manusia berhenti berfikir.[]
#AI #CelikTeknologi #KemahiranDigital #KemahiranBerfikir #BrainRot #MatiOtak #BerfikirMendalam