Kerugian AS akibat Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Iran
Oleh: Ustaz As’ad Manshur
Pada 11 Jun 2026, Presiden AS Trump menyatakan, “Kita mengakhiri perang dengan Iran hari ini. Mereka setuju untuk tidak memiliki senjata nuklear … Itu adalah tujuan utama, yang mewakili 95% daripada masalah ini.” Kenyataannya disampaikan beberapa jam setelah dia mengumumkan “penyelesaian fantastik untuk perang dengan Iran,” dan menambah bahawa Selat Hormuz akan dibuka semula secara rasmi setelah pemeteraian perjanjian, mungkin tidak lama lagi, bahkan mungkin seawal minggu depan di Eropah, dan bahawa wakil presidennya mungkin akan mewakili AS pada upacara penandatanganan tersebut.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Ismail Baghaei, mengumumkan bahawa negaranya “belum membuat keputusan akhir mengenai penandatanganan perjanjian dengan Amerika Syarikat, dan sebahagian besar teks rundingan telah selesai.”
Agensi Berita Tasnim, yang rapat dengan Pengawal Revolusi Iran, mengulas: “Trump mengumumkan bahawa kesepakatan dengan Iran hampir tercapai sebanyak 38 kali selama dua bulan terakhir. Kenyataannya perlu diambil dengan hati-hati sehingga ada kenyataan rasmi daripada Tehran.”
Kenyataan-kenyataan ini muncul setelah ancaman Trump yang akan melancarkan serangan besar-besaran. Trump terkenal kerana sikapnya yang tidak konsisten, bahkan belum pernah ada presiden yang kehilangan begitu banyak prestij dan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya serta sikap negaranya. Trump juga telah membuat pemerintahannya kacau-bilau, kerana tidak mampu merumuskan sikap yang konsisten. Ketua negara, daripada negara mana pun, tidak mengeluarkan kenyataan harian atau bahkan setiap jam tentang perjalanan peristiwa, rundingan dan tindakan ketenteraan serta politik sehingga situasi stabil pada keadaan yang dikehendakinya.
Pada 12 Jun 2026, laman berita Amerika, Axios, memetik seorang pegawai AS yang mengatakan bahawa poin-poin kesepakatan tersebut termasuk “melanjutkan gencatan senjata selama 60 hari, termasuk Lubnan, menyambung semula rundingan nuklear dalam tempoh ini, membuka semula Selat Hormuz dengan segera, memulihkan trafik perkapalan ke tahap sebelum perang dalam tempoh 30 hari, menarik balik embargo AS ke atas Iran, menjamin komitmen Iran untuk tidak memperoleh senjata nuklear, mengurangkan tahap pengayaan uranium di dalam Iran di bawah pengawasan pemeriksa PBB, memberikan Iran pengecualian sementara daripada sekatan yang membenarkannya mengeksport minyak selama 60 hari, dan secara bertahap melonggarkan sekatan jika Tehran menunjukkan niat baik. Washington berkeras untuk melepaskan aset Iran secara bertahap untuk membeli barang-barang kemanusiaan.”
Dengan melihat poin-poin tersebut, Amerika Syarikat tidak dapat dianggap telah mencapai tujuannya, sedangkan yang akan ditandatangani bukanlah perjanjian akhir tetapi memorandum persefahaman. Dakwaan Trump tentang mencegah Iran memperoleh senjata nuklear bukanlah sebuah pencapaian, kerana Iran masih berpegang pada fatwa pengasasnya, Khomeini, yang melarang pemilikan senjata nuklear. Selat Hormuz sebelum ini terbuka, dan disebabkan oleh pencerobohannya, Iran mula menguasainya. Trump ingin menggambarkan dirinya telah mencapai kemenangan sedangkan sebenarnya dia tidak, semua itu hanya untuk mengalihkan perhatian daripada tujuan utamanya dalam perang, iaitu menjadikan Iran negara yang tunduk, sehingga hal ini telah mengakibatkan keretakan dalam hubungan antara keduanya.
Trump lebih bersemangat untuk menandatangani perjanjian daripada kembali berperang, walaupun dia terus mengancam dan melancarkan serangan keras. Ini adalah cara untuk menekan Iran agar bersetuju dengan kesepakatan tersebut, dan dia telah mengalah serta bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, yang merupakan bukti kegagalan Amerika. Rundingan kemudian akan dimulakan untuk mencapai kesepakatan akhir dalam waktu dua bulan, tetapi mungkin akan lebih lama dan tidak akan selesai dalam jangka waktu tersebut, atau mungkin terjadi perubahan dan pindaan, kerana akan ada tawar-menawar dan kompromi.
Namun Trump ingin keluar daripada situasi yang dia cipta sendiri, walaupun dia belum mencapai tujuan utamanya. Dia tidak mahu terus memberi tumpuan kepada Iran, kerana dia telah mengalihkan perhatian Amerika dengan isu itu, menyebabkannya tidak dapat memberi tumpuan kepada isu penting lain, seperti China. Ketika dia mengunjungi China, dia tetap sibuk dengan Iran dan memberi tumpuan kepada isu Iran untuk memberi tekanan kepadanya, tetapi China mengecewakannya. Dia tidak mampu fokus pada isu-isu penting lainnya dengan China, sebab yang terpenting baginya adalah mengekang pengembangan senjata, khususnya peluru berpandu balistik antara benua dengan hulu ledak nuklear yang mengancam AS, serta isu-isu ekonomi, terutamanya ketidakseimbangan perdagangan yang menguntungkan China. Dia juga tidak dapat membahas isu Rusia dan perangnya di Ukraine, mahupun merundingkan perjanjian yang merangkumi Rusia dan hubungannya dengan China. Lebih jauh lagi, dia tidak dapat membahas isu Eropah dan usahanya untuk merampas Greenland, serta percubaannya untuk mengambil alih Kanada.
Seolah-olah dia ingin mencapai kemenangan muktamad ke atas Iran dan mencapai matlamatnya di sana, seperti yang dilakukannya di Panama dan Venezuela, untuk mengukuhkan pendiriannya dalam isu-isu ini dan memudahkannya mencapai apa sahaja yang diinginkannya. Dia tidak menjangkakan bahawa Iran akan menentang dan enggan menjadi negara tunduk seperti Venezuela dan Panama, sekaligus melemahkan aktiviti Rusia dan China di kedua-dua negara. Dia tertipu dengan kejayaannya dalam menjadi perantara perjanjian gencatan senjata di Gaza, mempercayai dirinya sebagai satu-satunya di dunia yang mampu mempengaruhi entiti Yahudi itu, dengan membentuk Lembaga Keamanan (Board of Peace) untuk Gaza yang terdiri daripada pemerintah boneka dari Mesir, Turki, Pakistan, Indonesia, Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain, dan lain-lain. Dia menganggap semua ini sebagai kejayaan besar, dan membesarkan dadanya seperti merak, menyerang Iran pada 28 Februari 2026, dengan harapan dapat mencapai matlamatnya dalam beberapa hari. Namun dia telah melanggar batu karang, dan sekarang dia menghadapi kompleks Iran yang ingin diselesaikannya secepat mungkin supaya dia dapat beralih kepada isu-isu lain. Kerumitan ini merupakan punca kelemahan bagi dirinya dan negaranya, dan berpotensi menyebabkan kekalahan partinya dalam pilihan raya kongres pertengahan penggal November, yang akan menyebabkan kekalahan calon Republikan dalam pilihan raya presiden dua tahun kemudian. Dia taksub untuk mencapai kesepakatan yang lebih baik daripada Obama, tetapi nampaknya kesepakatan yang telah dicapainya masih jauh daripada kesepakatan Obama.
Pukulan lain bagi Trump datang ketika Iran menolak untuk menghantar delegasi untuk menandatangani secara langsung; perjanjian tersebut akan ditandatangani secara elektronik. Iran tidak ingin delegasinya terlihat berjabat tangan dengan delegasi AS setelah penandatanganan itu, kerana mereka menganggap AS sebagai musuh yang melancarkan pencerobohan terhadapnya, membunuh Pemimpin Tertinggi dan tokoh-tokoh penting lainnya. Mereka tidak ingin kelihatan telah berdamai dengan AS dan tunduk pada kekuasaannya dengan cara yang memalukan.
Trump sangat ingin menandatangani perjanjian tersebut pada 14 Jun 2026, kerana bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-80. Iran menyedari hasratnya untuk berbuat demikian, oleh kerana itu Iran belum mengesahkan bahawa penandatanganan itu akan berlaku pada tarikh tersebut, seperti yang dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luarnya. Iran tidak mahu menggembirakan Trump untuk membalas atau mendapatkan konsesi daripadanya.
Pembantu Trump, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengesahkan bahawa “pemeteraian perjanjian itu akan berlangsung dalam masa 24 jam… Washington dan Tehran telah bersetuju… dan Pakistan sedang bersedia untuk upacara penandatanganan elektronik…”
Semua ini menunjukkan sifat sebenar AS: Siapa pun yang teguh melawannya, tanpa mengira senjata yang digunakannya atau kerosakan yang ditimbulkannya, pasti dapat mengalahkannya. Perkara ini sepatutnya mendorong masyarakat untuk bergerak dan menuntut penutupan pangkalan-pangkalan tentera AS di rantau ini, sekali gus menamatkan kehadiran ketenteraannya dan membuka jalan untuk menghapuskan pengaruh politiknya dengan menggulingkan hamba-hambanya yang keji dan hina. Ini juga akan membuka jalan untuk penubuhan Khilafah Rasyidah, yang akan mempermalukan presidennya serta menghancurkan kesombongan dan keangkuhannya, seperti yang terjadi pada para pendahulunya, Maharaja Rom, yang dahulu telah dipermalukan oleh Negara Khilafah.
#Iran #Amerika