Sistem Perundangan dan Undang-undang di Negara Khilafah – Satu Peraturan dan Undang-undang untuk Satu Negara
Khilafah merupakan sebuah negara kesatuan (wihdah), bukan persekutuan (ittihad) atau autonomi (mustaqil). Oleh itu, semua undang-undang yang terpakai di seluruh Khilafah adalah sama. Maka, tiada peraturan yang hanya terpakai kepada wilayah tertentu dan tidak kepada wilayah lain, seperti dalam persekutuan atau sistem autonomi. Ini kerana Khilafah berpegang teguh pada sistem pemerintahan berpusat (markaziyyatu al-hukm), walaupun urusan pentadbiran dan birokrasinya bersifat desentralisasi (al-markaziyyatu al-idarah).
Undang-undang yang diterapkan oleh Khalifah sebagai undang-undang tertakluk sama rata untuk semua wilayah. Undang-undang tersebut merangkumi undang-undang syariah (ahkam syar’iyyah) dan undang-undang pentadbiran (ahkam ijra’iyyah). Walaupun pentadbiran dan birokrasi bersifat desentralisasi, ini tidak bermakna setiap wilayah mempunyai hak untuk mengeluarkan peraturannya sendiri. Kuasa untuk membuat dan menggubal peraturan terletak sepenuhnya pada Khalifah, bukan pada pemimpin wilayah seperti di peringkat negeri, daerah atau ketua kampung.
Oleh itu, tidak akan ada berlaku perbenturan antara undang-undang dan peraturan, sama ada antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, mahupun antara wilayah. Begitu juga antara satu undang-undang dengan undang-undang yang lain. Ini kerana pembuat keputusannya adalah seorang sahaja, iaitu Khalifah. Ini adalah kesan daripada hak Khalifah dalam menerapkan undang-undang menjadi undang-undang. Ia juga merupakan kesan daripada bentuk negara kesatuan, bukan persekutuan atau autonomi.
Jika undang-undang tersebut telah ditetapkan (ditabanni), maka seluruh rakyat negara Khilafah di wilayah manapun mereka berada, wajib mentaati undang-undang yang berlaku. Mereka mempunyai kedudukan yang sama di muka perundangan. Tidak ada hak istimewa, baik bagi Khalifah, pembantu Khalifah, mahupun pegawai yang lainnya. Semuanya akan diperlakukan sama, sebagai warganegara, tanpa membezakan suku, bangsa, agama, ras mahupun yang lain.
Sumber: Kebijakan Agung Khilafah Islamiyah, Jilid 1 (KH. Hafidz Abdurrahman, MA.)
#SistemPerundangan #KhilafahSistemIslam #TegakKhilafah #KesatuanUmat