Trump: Saya, Erdogan, dan yang Lain Melantik Ahmad Al-Syara’ untuk Syria
Dalam sidang media bersama Emir Qatar di sela-sela sidang G7 di Perancis pada 16 Jun 2026, Presiden AS Trump mengatakan: “Seperti yang anda ketahui, saya bertanggungjawab terhadap sebahagian besar Syria, dan orang yang memimpin Syria sekarang ialah orang yang dilantik oleh saya, Erdogan, dan yang lain. Dia (Al-Syara’) melakukan tugas yang luar biasa bersama kami dalam segala perkara. Dia sangat cekap berurusan dengan Hizbullah bahkan dia tidak menyukainya. (Israel) telah memerangi Hizbullah untuk masa yang sangat lama, dan sejumlah besar orang telah tewas. Saya menyarankan kepada (Israel) agar menyerahkan tugas berurusan dengan Hizbullah ini kepada Syria. Kerana sejujurnya, saya percaya Syria akan melakukannya dengan lebih baik. Jika (Israel) tidak dapat menyelesaikan misi (menentang Hizbullah) tanpa membunuh semua orang, maka (Ahmad al-Syara’) akan melakukannya; Syria akan melaksanakan misi ini. Netanyahu perlu lebih bertanggungjawab terhadap Lubnan. Saya tidak berpuas hati dengan cara (Israel) menangani Lubnan dan Hizbullah. Syria sepatutnya mampu menyelesaikan misi tersebut dengan lebih cepat.” (Al Jazeera, 16 Jun 2026).
Turki di bawah kepimpinan Erdogan berjaya memberikan tamparan hebat terhadap revolusi Syria, sekali gus menghalang kembalinya Islam dan orang-orang yang ikhlas ke tampuk pemerintahan, ini kerana umat Islam Syria menuntut kembalinya Islam dan penegakan Khilafah. Erdogan berjaya membeli kesetiaan, merekrut ejen, kemudian mempromosikan mereka kepada Amerika untuk mendapatkan dukungan dan bantuan.
Turki di bawah kepimpinan Erdogan berjaya merekrut Ahmad al-Syara’ sebagai ejen, pertama sekali menempatkan beliau di Idlib dan kemudian membawanya berkuasa di Damaskus, tempat di mana Amerika Syarikat mencari pengganti kepada kliennya, Basyar al-Asad. Negara-negara lain yang terlibat dalam konflik Syria, seperti Rusia, Arab Saudi, dan Qatar, turut menyetujui Ahmad al-Syara’ setelah memastikan pengkhianatan dan penentangannya terhadap revolusi Syria dan tujuannya. Trump, yang yakin akan kesetiaannya kepada Amerika Syarikat, mahu memberi kepercayaan kepadanya dalam menstabilkan konflik di Lubnan.
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 18/6/2026
#global #Trump #Lubnan #Syira #KonflikTimurTengah