[Menjadi Ahli Politik Transformatif] Pengertian Politik dalam Perspektif Islam (Bahagian 1/3)
Penulis: MR Kurnia, dkk
Terminologi Politik secara Umum
Bagi melengkapi dan memudahkan pemahaman pembaca, sebelum memasuki pembahasan tentang pengertian politik dalam perspektif Islam, terlebih dahulu akan dikemukakan pengertian politik dalam terminologi semasa terlebih dahulu. Secara umum telah banyak sekali pengertian tentang politik yang diberikan para sarjana politik.
Di antara pengertian-pengertian politik tersebut adalah sebagai berikut:
– Menurut Asad (1954), politik adalah menghimpun kekuatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti kekuatan, serta mengawasi, mengendalikan dan menggunakan kekuatan untuk mencapai tujuan kekuasaan dalam negara dan institusi lainnya.
– Dalam pandangan Abdulgani, perjuangan politik bukan selalu de kunst het mogelijke, tapi seringkali malahan de kunst van onmogelijke (Politik adalah seni tentang yang mungkin dan tidak mungkin). Sering juga politik diertikan sebagai machtsvorming en machtsaanwending. (Politik adalah pembentukan dan penggunaan kekuatan).
– Bluntschli (1935) memandang politik sebagai politic is more an art of a science and to do with the practical conduct or guidance of the state (Politik lebih merupakan seni daripada ilmu tentang pelaksanaan tindakan dan kepimpinan (pengamal negara).
– Isjwara (1967) mencatatkan beberapa maksud tentang politik daripada sejumlah ahli. Di antaranya sebagai berikut:
a) Loewenstein yang berpendapat bahawa politic is nicht anderes als der kamps um die Macht (Politik tidak lain merupakan perjuangan kekuasaan).
b) Suys yang memaknakan politik sebagai Strijd om macht (jalan menuju ke kekuasaan).
c) Roucek mendefinisikan politik sebagai berikut, for central problem of politics is that of the distribution and control of power. Politics is the quest for power and political relationships are power relationships, actual or potential (Masalah utama politik adalah pengagihan kekuasaan dan kawalan kekuasaan. Politik adalah mencari kekuasaan, sedangkan hubungan politik adalah hubungan kekuasaan, nyata atau berpotensi).
d) Lasswell mengatakan, “When we speak of the science of politics, we mean the science of power” (Apabila kita berbicara tentang ilmu politik, maksudnya adalah ilmu tentang kekuasaan).
Di kesempatan lain, Lasswell juga mentakrifkan ilmu politik sebagai the study of influence and influential. … The influential are those who get most of what there is to get (Kajian tentang pengaruh dan yang berpengaruh. … Adapun yang berpengaruh itu adalah mereka yang memperoleh sebanyak-banyaknya yang dapat diperoleh. Hal yang dapat diperolehi adalah deference, income and safety (kehormatan, penghasilan dan keselamatan).
e) Catlin mendefinisikan ilmu politik sebagai a study of control or as the act of human or social control (Kajian tentang kawalan, iaitu tindakan kawalan manusia dan kawalan masyarakat).
Isjwara sendiri menyimpulkannya sebagai berikut: Politik adalah perjuangan untuk memperoleh kekuasaan, teknik menjalankan kekuasaan, masalah-masalah pelaksanaan dan kawalan kekuasaan serta pembentukan kekuasaan.
Di samping itu, banyak juga sarjana politik yang mendefinisikan politik sebagai bahagian penting dan tidak dapat dipisahkan daripada cakupan terminologi negara. Berikut di antaranya:
– Al-Farabi sebagaimana dikutip Ahmad (1954) menyatakan bahawa negara adalah satu tubuh yang hidup, sebagaimana halnya tubuh manusia. Tubuh manusia yang menyusun satu kesatuan.
– Maciver mengupas negara dalam tiga makna, iaitu: (1) the state as an association (negara sebagai persekutuan), (2) the state in term of sovereignty (negara dalam istilah kedaulatan), (3) the state in term of law (negara dalam istilah hukum).
– Smith dan Zwicher sebagaimana dikutip Jacobsen dan Lipman (1960) menyatakan bahawa, “Formally, the modern state has been defined as a politically organized body of people occupying a definite territory and living under a government entirely or almost free from external control and competent to secure habitual obedience from all person with it” (Secara formal, negara moden ditakrifkan sebagai suatu entiti politik yang tersusun, terdiri daripada rakyat yang mendiami wilayah yang jelas dan tertentu, serta hidup di bawah sebuah kerajaan yang sepenuhnya atau hampir sepenuhnya bebas daripada kawalan luar, dan berkeupayaan untuk memastikan kepatuhan yang berterusan daripada semua individu yang berada dalam lingkungan pemerintahannya).
– Lenin menjelaskan bahawa the state is machine for maintaining the rule of one class over another. (Negara adalah mesin untuk mempertahankan kekuasaan satu kelas atas kelas yang lain).
– Menurut Laski (1950), the state, it is urgend, is, in fact, the supreme, coercive power in any given political society, but it is in fact, used to protect and promote in the society the interest of those who own its instruments of production. (Negara merupakan kuasa tertinggi yang bersifat memaksa dalam sesebuah masyarakat politik. Namun, pada hakikatnya, negara digunakan untuk melindungi dan memajukan kepentingan golongan yang memiliki alat-alat pengeluaran dalam masyarakat).
Pada kesempatan yang lain, Laski juga menyatakan bahawa the state is for porposes of practical administration, the government. (Bagi tujuan pentadbiran yang praktikal, negara adalah pemerintahan).
Diponolo (1951) mencatat beberapa maksud tentang negara daripada sejumlah ahli:
– Plato menyatakan bahawa negara adalah manusia dalam ukuran besar.
– Jean Bodin berpendapat bahawa negara adalah jumlah keluarga dengan sejumlah harta bendanya yang dipimpin oleh akal daripada satu kuasa yang berdaulat.
– Hans Kelsen mengatakan bahawa negara adalah suatu susunan pergaulan hidup bersama, suatu tata-paksa (zwangordenung).
Bluntschli mendefinisikan negara sebagai diri rakyat yang disusun dalam suatu organisasi politik di suatu daerah tertentu.
– Valkenier berpendapat bahawa negara ialah rakyat sebagai kekuasaan yang merdeka, hidup dalam persatuan hukum yang berlaku lama di suatu daerah tertentu.
Diponolo sendiri berpendapat bahawa negara adalah suatu organisasi kekuasaan dengan susunan tatatertib suatu pemerintahan yang meliputi pergaulan hidup suatu bangsa di suatu daerah tertentu.
Djokosoetono (1957) memberikan definisi bahawa negara boleh juga ditakrifkan sebagai suatu organisasi manusia atau kumpulan manusia yang berada di bawah suatu pemerintahan yang sama. Pemerintahan ini sebagai alat untuk bertindak demi kepentingan rakyat untuk mencapai tujuan organisasi negara, antara lain kesejahteraan, pertahanan, keamanan, tatatertib, keadilan, kesihatan dan sebagainya. Untuk dapat bertindak dengan sebaik-baiknya, pemerintahan mempunyai kuasa. Kuasa tersebut kemudiannya diagihkan kepada pelbagai institusi atau alat kekuasaan negara supaya setiap bidang dan tujuan negara dapat dilaksanakan secara serentak.
Bagaimana kaitannya antara negara dengan agama? Perkara ini juga telah banyak diketengahkan oleh sejumlah ahli sebagai berikut:
– Soekarno menulis artikel Mengapa Turki Memisahkan Agama daripada Negara dalam Panji Islam, keluaran nombor 20–26 (Mei–Julai 1940). Tulisan ini kemudiannya dimuatkan dalam bukunya Di Bawah Bendera Revolusi.
– Moechlis (M. Natsir) menulis artikel Penyatuan Agama dengan Negara dalam Panji Islam, keluaran nombor 27–37 (Julai–September 1940).
– Mohammad Natsir menyampaikan pidato bertajuk Islam dan Sekularisme dalam sidang pleno Konstituante pada 12 November 1957.
– Deliar Noer (1965), dalam bukunya Pengantar ke Pemikiran Politik, membincangkan antara lain polemik antara Soekarno dan Natsir sebagaimana dinyatakan di atas.
Sekalipun terdapat perbezaan definisi politik, tetapi kelihatan jelas adanya benang merah dalam pemaknaannya, iaitu politik sebagai hal ehwal pengaturan urusan masyarakat oleh kekuasaan negara mahupun oleh masyarakat itu sendiri. Apabila demikian halnya, bagaimana dengan pemaknaan politik dalam perspektif Islam, deen yang sempurna lagi menyeluruh?
Jawapannya akan dihuraikan dalam perbincangan seterusnya.
#PolitikIslam #DakwahIslamPolitik #AyuhUmatBangkit #PemikiranIslam