Bantuan Tidak Menyeluruh Picu Masalah Rohingya Berkepanjangan
Dr. Fika Komara, Pengarah Institut Muslimah Negarawan (IMuNe), menilai bantuan setengah hati pihak berautoriti kepada pelarian Rohingya telah menimbulkan masalah berpanjangan yang kini dirasai di Aceh dan Malaysia.
“Pihak berautoriti seolah-olah menutup mata dan memberikan pertolongan setengah hati. Sudah begitu disediakan kem, diserahkan, diberi makanan. Padahal bertumbuhnya manusia tidak cukup sekadar itu. Perkhidmatan awam seperti sekolah, penjagaan kesihatan, itu juga mestilah dijamin. Nah, itulah masalahnya ketika kita membantu Rohingya setengah hati. Sepuluh tahun kemudian kita sudah mula melihat gejala ini. Pertama di Aceh, kedua di Malaysia,” tegasnya dalam segmen wawancara Muslimah Tea Break bertajuk `Rohingya: Mengapa Simpati Bertukar Menjadi Penolakan?’, yang disiarkan di saluran YouTube Fikratul Ummah pada hari Jumaat (10/7/2026).
Beliau menjelaskan bahawa konflik horizontal antara penduduk tempatan dan komuniti Rohingya dipengaruhi oleh tekanan sosioekonomi, perkhidmatan awam (asas) yang tidak memadai, dan persaingan untuk mendapatkan sumber.
“Jadi, apa yang berlaku hari ini adalah seperti konflik horizontal. Konflik horizontal ini sebenarnya mempunyai banyak faktor. Pertama, memang penduduk tempatan sendiri sudah mengalami beban sosioekonomi yang semakin berat, ditambah pula kerajaan juga menyediakan pelayanan (perkhidmatan awam) setengah hati kepada Rohingya,” katanya.
Beliau menambah, “Kapitalisme sudah berada dalam fasa menyebarkan krisis di mana-mana, termasuk dalam kalangan penduduk tempatan. Apabila melihat komuniti Rohingya yang sudah lama ada dan mereka berkembang, terdapat semacam perebutan akses kepada sumber daya,” ulasnya.
Penyelidik geopolitik ini percaya bahawa apa yang terjadi di lapangan ini sebenarnya merefleksikan ketidakhadiran negara secara utuh dalam memberikan perlindungan kepada pelarian.
“Apa yang terjadi di lapangan ini sebenarnya merefleksikan ketidakhadiran negara secara utuh dan bantuan atau suaka yang setengah hati ketika situasi ini terjadi bertahun-tahun,” ungkapnya.
Menurutnya, masyarakat setempat tidak mempunyai kapasiti untuk menyediakan perlindungan, pendidikan dan perkhidmatan jangka panjang kepada pelarian tanpa sokongan negara.
“Mustahil bagi kita untuk membantu Rohingya dengan hanya menyerahkannya kepada rakyat. Di Indonesia, istilahnya ialah rakyat membantu rakyat. Bebannya terlalu berat,” katanya.
Dr Fika juga mengaitkan masalah sosial dalam komuniti Rohingya dengan faktor kekurangan akses kepada pendidikan yang layak selama beberapa generasi.
“Sudah generasi-generasi dan mereka, dengan keadaan mereka, tidak memiliki pendidikan yang layak. Wajar akhirnya kemudian terkena (terkesan impak) dengan situasi kehidupan kapitalistik. Anak-anak mudanya juga mungkin terkena sindrom yang sama dengan anak-anak muda kebanyakan; terjebak drugs, dan macam-macam lagi,” katanya.
Menurutnya, kekurangan pendidikan juga meningkatkan risiko sesetengah generasi Rohingya terjerumus dalam jenayah yang boleh mengganggu masyarakat sekitar dan meningkatkan potensi konflik horizontal.
“Mereka yang tidak bersekolah, pendidikan yang minimum, akhirnya mudah terjebak dalam perkara-perkara yang sifatnya petty crime, jenayah yang seperti itu, mengganggu penduduk sekitar. Apatah lagi potensi konflik horizontal,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata masalah yang dihadapi oleh komuniti Rohingya sering dilihat secara berbeza kerana mereka masih dianggap sebagai warga asing.
“Jadi wajar banyak problem. Sebenarnya itu part of our society. Tapi disebabkan ada unsur xenofobia, mereka masih dianggap warga asing,” ujarnya.
Menurutnya, situasi ini berpunca daripada pelaksanaan sistem negara bangsa yang memberikan layanan berbeza berdasarkan bangsa dan kewarganegaraan.
“Negara kita hari ini di ASEAN, di Asia Tenggara, masih menerapkan sistem negara bangsa, akhirnya memberikan perlakuan yang berbeza pada bangsa yang berbeza,” katanya.
Beliau juga mengulas dari perspektif Islam bahawa pemerintah Islam bertanggungjawab menyediakan hak kewarganegaraan kepada komuniti Rohingya.
“Padahal sebenarnya kalau ikatannya akidah Islam itu kan tidak begitu. Sepatutnya pemerintah muslim di Malaysia, Indonesia, di mana pun, sama ada itu Brunei, perlu memberikan full right of citizenship kepada anak-anak Rohingya ini ya. Kita ini sudah sampai pada tahap satu dekad menderita problem yang sudah berkepanjangan kan. Bertahun-tahun. Dan wajar jika di peringkat awal mungkin ya, terkesannya dengan compassion fatigue tadi. Kelelahan dalam kemanusiaan,” ujarnya.
Dr Fika menekankan bahawa selepas pelarian hidup selama beberapa dekad, adalah tidak lagi wajar untuk melihatnya sebagai bantuan kecemasan atau darurat, sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai tanggungjawab negara untuk menyediakan perkhidmatan awam secara berkelanjutan.
“Kalau sudah sampai 10 atau 20 tahun, itu bukan lagi soal menolong. Itu ialah kewajipan ri‘āyatu syu’ūnil-ummah, kewajipan untuk memelihara dan mengekalkan akses warganegara kepada perkhidmatan awam,” jelasnya.
Menurutnya, kapasiti masyarakat awam memberikan pertolongan awal hanyalah terbatas.
“Pertolongan pertama seorang nelayan yang tulus tidak kita ragukan. Mereka akan berikan first aid atau first help, darurat, emergency mereka akan berikan. Tapi mereka tidak mampu membiayai anak-anak Rohingya itu untuk bersekolah sampai ke universiti, mendapatkan scholarship. Perlu ada pihak lain yang memiliki autoriti untuk menjamin hak-hak yang sustainable,” simpulnya.[] Aliya Ab Aziz
#PeduliKemanusiaan #RefugeeCrisis