Naratif ‘Rohingya Seperti Zionis’ Sulut Konflik
Dr Fika Komara berpendapat bahawa pihak yang menyebarkan naratif `Rohingya seperti Zionis’, sebagai menyulut potensi konflik yang telah wujud dalam masyarakat.
“Ada pihak-pihak yang mungkin merasa terganggu kepentingannya melakukan apa yang disebut fearmongering, menyebarkan disinformation yang mengatakan Rohingya itu seperti Zionis yang akan mengambil tanah di Aceh. Nah, ini menyulut apa yang sudah menjadi potensi besar konflik di Aceh kala itu,” kata Pengarah IMuNe itu ketika merespons sesi wawancara bertajuk `Rohingya: Mengapa Simpati Bertukar Menjadi Penolakan?’ di channel YouTube Fikratul Ummah pada Jumaat (10/7/2026).
Menurutnya, perbandingan antara Rohingya dan Zionis adalah satu usaha memutarbelitkan maklumat kerana Rohingya pada asasnya berada dalam kedudukan sebagai mangsa.
“Pada masa itu, analisis di Indonesia itu terdapat kepentingan dari operasi Hasbara kerana ada unsur zionisme. Sedangkan kalau itu sebenarnya saya jelas melihat bahawa terdapat usaha untuk memutarbelitkan maklumat tersebut. Padahal sebaliknya, Rohingya itu adalah mangsa dari Zionis,” jelasnya.
Beliau menyambung, “Kerana Myanmar, negara yang mengusir Rohingya dari Rakhine State, merupakan partner Zionis dalam pembelian senjata. Nah, justeru mereka adalah mangsa Zionis. Tapi ada naratif palsu yang menyebarkan, menakut-nakutkan, fearmongering kepada penduduk Aceh, `Rohingya itu seperti Zionis’ katanya.”
Beliau juga mengungkap realiti penyebaran maklumat salah melalui akaun palsu yang didakwa diuruskan oleh beberapa orang berpengaruh, yang menyebabkan sentimen negatif terhadap Rohingya semakin memanas.
“Sesetengah pihak sengaja menyebarkan maklumat salah melalui akaun UNHCR palsu. Itulah yang memanaskan lagi keadaan, malah menyebabkan beberapa influencer yang cukup besar namanya ikut menjelik-jelikkan Rohingya dan itu memanaskan,” katanya.
Fearmongering menghubungkan ketegangan di media sosial dengan konflik di lapangan
Dr. Fika menjelaskan bahawa maklumat palsu telah digunakan untuk menyebarkan ketakutan dalam masyarakat, sekali gus memburukkan lagi konflik horizontal antara orang awam dan pelarian.
“Disinformation, hoax itu disebarkan. Itu yang disebut dengan fearmongering. Jadi menyebarkan ketakutan ke udara, kepada situasi di lapangan, sehingga memperparah konflik horizontal, konflik antara masyarakat awam,” katanya.
Sambungnya, “Jadi situasi di udara panas, situasi di lapangan terkena sumbu pada pihak-pihak yang mungkin merasa terganggu juga kepentingannya, standard kebersihan atau masalah jenayah, petty crimes yang dilakukan oleh Rohingya.”
Beliau juga menilai bahawa konflik tersebut mencerminkan ketidakpedulian negara dalam memberikan suaka dan perlindungan yang komprehensif kepada etnik Rohingya.
“Apa yang terjadi di lapangan ini sebenarnya merefleksikan ketidakhadiran negara secara utuh dan bantuan atau suaka yang setengah hati ketika ini terjadi bertahun-tahun,” tegasnya.[] Aliya Ab Aziz
#CaknaUmat #RefugeeCrisis #BahayaHoax