Krisis Rohingya, Perlu Usaha Advokasi dan Kempen Solusi Islam – Penyelidik Geopolitik
Oleh: Aliya Ab Aziz
Dr Fika Komara menyeru agar usaha advokasi dan kempen mengenai penyelesaian Islam dilaksanakan secara berterusan dalam seluruh aspek kehidupan.
“Tidak boleh putus kesedaran umat terkait dengan keperluan kembalinya umat kepada Islam kaffah, kepada solusi-solusi Islam, termasuk dalam kehidupan bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Islam kaffah itu tidak hanya di level individu, tapi juga mesti berada pada level masyarakat, interaksi bertetangga, interaksi bermasyarakat sehinggalah kepada interaksi bernegara dan berbangsa,” tegas penyelidik geopolitik merangkap pengarah IMuNe itu dalam sesi wawancara Muslimah Tea Break bertajuk Rohingya: Mengapa Simpati Bertukar Menjadi Penolakan?, yang disiarkan di YouTube Fikratul Ummah pada Jumaat (10/7/2026).
Sebagai langkah jangka pendek, Dr Fika mencadangkan pendidikan, perdamaian dan mediasi antara Rohingya, pemerintah serta masyarakat tempatan bagi mengelakkan masalah sosial berkembang menjadi konflik.
“Kalau ada masalah, misalkan masalah penyembelihan (ketika) Aidiladha yang kurang bersih, lakukan edukasi. Jangan dijadikan itu bahan konflik, jangan terus diprovokasi,” sarannya sembari mencontohkan.
Manakala bagi langkah jangka panjang, beliau mencadangkan advokasi dan penawaran visi baharu yang mengatur kewarganegaraan serta kehidupan masyarakat secara menyeluruh, sekaligus menjadikan Islam sebagai alternatif kepada kapitalisme.
“Ini yang saya sebut sebagai solusi jangka panjang, solusi-solusi yang lebih sustainable. Kita menawarkan visi baru. Dan tentu saja, agar dapat menawarkan visi baru, kita perlu belajar dulu bagaimana gambaran Islam mengatur tatanan dunia, mengatur kewarganegaraan,” jelasnya.
Sebagai penutup, Dr Fika menyeru Muslimah agar memiliki kesedaran politik dan geopolitik Islam untuk memahami serta menyelesaikan masalah umat, termasuk krisis Rohingya.
“Siapa pun kita, Muslimah itu mestilah memiliki kesedaran berIslam, kesedaran politik Islam bahawa Islam itu mampu menyelesaikan masalah-masalah umat, termasuk masalah Rohingya. Begitu juga kita hendaklah memiliki kesedaran ruang yang berasaskan geopolitik Islam,” tutupnya.[]
#CaknaUmat #PeduliUmmah #PeduliKemanusiaan #RefugeeCrisis #EndStatelessEndCapitalism