Amaran di Pesisir: Bagaimana Zionisme Teknologi dan Enklaf Bandar Persendirian Menghakis Kedaulatan Umat Islam
Berita:
The Straits Times dan pelbagai saluran media melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah melancarkan siasatan intensif pada Julai 2026 terhadap Network School, sebuah komuniti teknologi yang beroperasi di Forest City, Johor Bahru. Siasatan tersebut tercetus susulan dakwaan bahawa beberapa peserta yang memiliki kewarganegaraan ‘Israel’ telah melangkau sekatan imigresen dengan memasuki negara ini menggunakan pasport kedua.
Diasaskan sebagai sebuah penempatan komuniti eksklusif oleh bekas Ketua Pegawai Teknologi Coinbase, Balaji Srinivasan, projek tersebut telah menerima reaksi balas yang hebat di Parlimen Malaysia berhubung penyebaran “Zionisme Teknologi” dan ancaman kepada kedaulatan negara. Susulan tindakan tegas imigresen terhadap konsep “bandar berpiagam” dan “negara rangkaian” ini, pelaburan yang dirancang bernilai AS$122 juta telah ditangguhkan. Perkembangan tersebut memperlihatkan ketegasan Malaysia dalam melindungi kestabilan politik dan keselamatan negaranya.
Komentar:
Network School telah meletakkan kembali Forest City ke dalam sorotan umum selepas usaha untuk menghidupkan semula projek tersebut sebagai Zon Kewangan Khas atau Special Financial Zone (SFZ), sekali gus menyingkirkan reputasinya sebagai “bandar hantu”.
Secara ringkasnya, Network School (NS) ialah sebuah komuniti kediaman bersama dan ruang kerja bersama yang mewah, disasarkan kepada golongan profesional teknologi ekspatriat, pencipta kandungan (content creator) dan usahawan digital dari seluruh dunia. Komuniti tersebut menyewa kemudahan di dalam projek mega Forest City di Johor.
Sama ada kehadiran warga ‘Israel’ dapat dibuktikan secara muktamad atau tidak, kebimbangan para aktivis Malaysia sememangnya dapat difahami. Kecurigaan masyarakat mula timbul pada Oktober 2025, apabila pempengaruh pro-Zionis, Nas Daily, menerbitkan sebuah video promosi mengenai Network School di Johor. Turut didedahkan bahawa borang permohonan Network School mengandungi beberapa soalan yang luar biasa — bakal ahlinya atau prospek, dilaporkan ditanya mengenai pandangan politik mereka terhadap ‘Israel’ serta sebarang penglibatan dalam teknologi ketenteraan.
Sekiranya dakwaan-dakwaan ini terbukti benar, Malaysia — sebuah negara majoriti Muslim yang sejak sekian lama lantang memperjuangkan pembebasan Palestin — jelas sedang berhadapan dengan ancaman serius dan pelbagai dimensi terhadap kedaulatannya.
Ancaman pertama ialah penyusupan ideologi Zionisme melalui teknologi, yang digambarkan oleh beberapa pemerhati Malaysia sebagai “Zionisme Teknologi”. Ia merupakan suatu hubungan simbiosis antara ideologi Zionis dengan kapitalisme teknologi yang menunggang trend nomad digital global, di mana para pekerja tanpa sempadan ini beroperasi tanpa pejabat fizikal dan mampu membentuk enklaf eksklusif di tempat-tempat seperti Forest City melalui penggunaan pasport kedua.
Balaji Srinivasan, pengasas Network School, merupakan sebahagian daripada kelompok elit tekno-libertarian Silicon Valley yang percaya bahawa teknologi berhak melangkaui undang-undang negara bangsa tradisional.
Bagi ramai penganalisis, pembinaan “koloni teknologi” eksklusif seperti ini, yang mengabaikan norma-norma tempatan, bukanlah sekadar suatu inovasi. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk Neo-Kolonialisme Digital, yakni suatu bentuk percubaan oleh golongan elit global untuk menguasai wilayah fizikal bagi memenuhi agenda komuniti mereka sendiri.
Ancaman kedua ialah penguasaan neoliberal terhadap ruang kehidupan pesisir umat Islam. Trend pembinaan bandar persendirian di tepi laut — daripada Dubai Marina di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan NEOM di Arab Saudi, sehinggalah Pantai Indah Kapuk (PIK) di Indonesia — mencerminkan sebuah model kapitalis terancang yang direka untuk memenuhi kehendak pasaran ekspatriat dan nomad digital.
Dalam landskap ini, fenomena Network School di Forest City menonjol sebagai contoh ekstrem kepada pertemuan (convergence) antara pengkomersialan hartanah moden dengan ideologi politik baharu golongan elit teknologi. Melalui status istimewa seperti Zon Kewangan Khas, para pelabur swasta berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan untuk melonggarkan peraturan serta memudahkan kemasukan modal, syarikat multinasional dan ekspatriat asing.
Bandar-bandar mega artifisial yang direkayasa oleh kapitalis ini merosakkan alam sekitar, memperluas perpecahan sosial dan mengubah kawasan pesisir menjadi tanah tandus dari segi moral — padat dengan perjudian dan arak — sambil berfungsi sebagai tempat perlindungan selamat bagi ekspatriat asing yang membawa masuk nilai serta ideologi yang menghakis. `Akidah’ laissez-faire yang menuntut pembangunan tanpa kawalan bukan sahaja menyerahkan tanah umat Islam kepada projek-projek yang tidak memiliki sebarang kompas kerohanian, malah ia turut meletakkan identiti, nilai dan maruah masyarakat dalam risiko yang serius.
Dalam iklim seperti ini, umat Islam menjadi lemah secara intelektual, melupakan keagungan sejarah mereka sendiri dan mengabaikan tanggungjawab besar untuk bangkit serta membina semula Khilafah, iaitu sebuah sistem kepimpinan peradaban yang tulen, berasaskan keimanan dan keadilan.
Bandar-bandar kapitalis buatan ini tidak berbeza daripada projek “Gaza Baru” Trump, suatu bentuk penyamaran yang bergemerlapan atas nama “pembangunan” dan “kemajuan”, sedangkan pada hakikatnya ia membawa agenda imperialis baru ke dalam dunia Islam serta menyembunyikan kesan buruk penjajahan masa lalu.
Sama seperti apa yang telah diperingatkan oleh para aktivis di Gaza,
“Sekiranya kalian tidak berjuang bersama kami, mereka (Zionis) akan datang untuk mendapatkan kalian pula, dan mereka akan mengubah tanah kalian menjadi Gaza yang lain.”
Maka, berwaspadalah.
[وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ]
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.” (TMQ Al-Anfaal [8]:25)
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh:
Dr. Fika Komara
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#NetworkSchool #NeoImperialisme #GeopolitikIslam #CabaranEraDigital