Jeritan Keluarga Muslim di Tengah Perang Iran
Oleh: Zikra Asril
Dunia sekali lagi menyaksikan keangkuhan dan kebiadaban imperialis Amerika Syarikat (AS). Serangan berskala besar telah dilancarkan oleh AS bersama entiti Zionis terhadap Iran. Ini menambahkan lagi bukti kejahatan dan permusuhan mendalam mereka terhadap negeri-negeri kaum Muslim. Amerika dengan agenda Kapitalisme globalnya, tidak mempedulikan dengan nasib wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang yang mereka rancang. Serangan udara dilaporkan telah menghentam sebuah sekolah rendah perempuan di Minab, selatan Iran, pada Mac 2026. Serangan tersebut dilaporkan mengorbankan sekitar 165 hingga 175 orang. Majoriti mangsanya ialah kanak-kanak sekolah.
Berdasarkan laporan IFRC (Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa), dalam tempoh kurang daripada sebulan, lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 21,000 orang cedera. Banyak keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka. Sekitar 3 peratus daripada penduduk Iran yang berjumlah kira-kira 92 juta orang kini menjadi pelarian dalam negara. Selain itu, sebanyak 82,417 unit awam turut terjejas. Perincian tersebut merangkumi 62,440 buah rumah kediaman serta 19,187 bangunan komersial yang tersebar di pelbagai wilayah Iran.
Wilayah Tehran menjadi kawasan yang mengalami kerosakan paling ketara. Di kawasan ibu negara sahaja, sebanyak 25,280 unit rumah dan bangunan komersial dilaporkan telah musnah atau rosak akibat siri serangan udara tersebut. Dicatatkan sebanyak 281 kemudahan perubatan, termasuk farmasi dan unit kecemasan, turut terjejas akibat serangan itu. Kerosakan juga melibatkan 481 buah sekolah serta 17 pusat operasi IFRC.
Serangan ini telah mengubah lanskap sosial-kemanusiaan Iran serta mencetuskan luka kolektif yang mendalam bagi masyarakat setempat. Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah menyuarakan kebimbangan yang serius mengenai kadar kewajaran dari operasi ketenteraan tersebut dan kesan jangka panjangnya terhadap penduduk awam yang tidak bersalah.
Bukan hanya Iran. Lubnan juga menjadi sasaran operasi ketenteraan. Pihak berkuasa Lubnan menyatakan bahawa 1,368 orang telah terkorban akibat serangan Israel sejak 2 Mac, termasuk sekurang-kurangnya 124 kanak-kanak.
Keluarga Muslim Global Turut Menjadi Mangsa
Perang ini juga memberikan pengaruh kepada keluarga Muslim di seluruh dunia, terutamanya dalam bidang ekonomi. Perang yang mencetuskan ketegangan geopolitik telah menyebabkan dunia mengalami krisis tenaga. Berlakunya kenaikan harga barangan akibat krisis tenaga sangat berkait rapat dengan keperluan bahan api bagi kegunaan rumah dan industri, termasuk sektor pengangkutan serta pengedaran. Akibatnya, berlaku inflasi. Begitu juga bagi negeri kaum Muslim yang bergantung kepada import dalam memenuhi keperluan makanan mereka akan turut merasai kenaikan harga. Keadaan ini akan melemahkan kuasa beli keluarga dan mengurangkan kemampuan untuk memenuhi keperluan hidup.
Pemangkin Kesedaran Politik Keluarga Muslim
Di sisi lain, perang ini telah menjadi pemangkin yang penting dalam membangkitkan kesedaran politik yang strategik dalam kalangan umat Islam di peringkat global. Konflik ini tidak lagi hanya dilihat sekadar sebagai pertikaian serantau, sebaliknya sebagai pertembungan kepentingan geopolitik dan ideologi yang mendalam.
Perang ini mendorong seruan untuk menyatukan visi strategik umat Islam atas dasar akidah Islam terhadap kepentingan mazhab atau sektarian. Perang naratif antara Iran dan AS di dunia digital telah membuka perbincangan baharu dalam kalangan umat Islam. Jika Perang Iran-Iraq pada tahun 1980-an atau Perang Iraq pada tahun 2000-an pandangan media lebih tertumpu kepada kekuatan AS sebagai sebuah kuasa besar yang dianggap tidak dapat dikalahkan. Kini, penentangan Iran telah membongkar kelemahan dan kebohongan AS. Majoriti komentar warganet di dunia Islam mendoakan kemenangan bagi Iran atas dasar ukhuwah Islam dan semangat jihad.
AS kelihatan teragak-agak dalam menghadapi strategi Iran. Keadaan ini menjadi perbincangan keluarga Muslim: jika berdepan dengan sebuah negara Iran sahaja AS sudah tidak terlawan, apatah lagi jika semua negeri Muslim bersatu untuk melawan AS.
Keadaan di negeri AS juga turut dipenuhi protes daripada rakyatnya sendiri. Aksi “No Kings” telah menggerakkan kira-kira 8 juta rakyat untuk menentang dasar Trump terhadap perang ini.
Daripada naratif dan respons umat Islam di seluruh dunia terhadap perang ini, terdapat beberapa perkara penting yang boleh dijadikan bahan renungan dan perbincangan bagi keluarga Muslim. Di antaranya ialah:
1. Kesedaran untuk mengembalikan persatuan umat.
Bekas Pengerusi Umum Muhammadiyah, Din Syamsuddin, menyeru, “Ini bukan masanya untuk mempertentangkan perbezaan di antara kita.” Beliau mengingatkan agar umat Islam tidak mudah terprovokasi oleh perbezaan, seperti antara Sunni dan Syiah, mahupun latar belakang etnik seperti Arab dan Parsi. Menurut beliau, seluruh Muslim mempunyai asas persatuan yang kuat, iaitu al-Quran sebagai kitab suci dan Kaabah sebagai kiblat.
Kekuatan Amerika bersama kapitalisme globalnya hanya dapat dikalahkan dan dihentikan apabila umat Islam menjadi kuat. Modal utama bagi umat Islam untuk menjadi kuat ialah dengan persatuan politik atas dasar akidah Islam. Persatuan politik umat Islam hanya akan dapat direalisasikan dengan pelantikan seorang khalifah yang akan menggerakkan seluruh tentera kaum Muslim sama ada di Timur Tengah mahupun di kawasan lain untuk berjihad menentang AS dan Israel.
0. Pentingnya Kemandirian Ekonomi dan Ketenteraan.
Liberalisasi perdagangan yang dipaksakan oleh kapitalisme global selepas Perang Dunia Kedua terhadap dunia, menyebabkan ekonomi saling bergantung pada rantaian bekalan global. Keluarga akhirnya terpaksa bergantung kepada mekanisme eksport dan import bagi memenuhi keperluan strategik seperti bekalan makanan dan tenaga. Dunia Islam menjadi lebih mudah untuk ditekan secara ekonomi mahupun politik. Sekiranya tercetus peperangan di sesuatu wilayah, lebih-lebih lagi di kawasan strategik yang menjadi laluan utama rantaian bekalan, semua negara akan berdepan dengan kesukaran sebagaimana yang sedang berlaku pada masa ini.
Keadaan ini menjadi momentum kepada negeri Muslim untuk membangun kemandirian ekonomi bermula daripada sektor makanan, tenaga dan perindustrian termasuk industri ketenteraan. Pertarungan senjata Iran dan AS-Israel telah memberikan semangat baru kepada generasi muda Muslim tentang pentingnya umat Islam memiliki senjata canggih dan berdikari untuk mencabar kuasa besar dunia.
Kemandirian ekonomi hanya dapat diwujudkan apabila negara menerapkan politik ekonomi Islam. Oleh itu, umat ini memerlukan sebuah negara yang menjadikan syariah sebagai asas politik ekonominya. Begitu juga, kemandirian ketenteraan perlu lahir daripada sebuah negara yang menjadikan jihad sebagai politik luar negerinya. Sejarah membuktikan bahawa negara yang mampu merealisasikan perkara tersebuat hanyalah sistem Khilafah. Bukannya sistem yang lain.
0. Semangat Perlawanan Generasi Muda terhadap Hegemoni Kapitalisme
Keberanian Iran untuk menentang AS-Israel telah mencetuskan kekaguman bagi generasi muda Muslim. Keadaan ini berlaku kerana apa yang mereka lihat selama ini, pemimpin Dunia Islam sentiasa tunduk kepada kepentingan AS. Apatah lagi dengan sikap politik penguasa terhadap Genosid Gaza sentiasa mengikut acuan AS, sedangkan penjajahan Israel sudah jelas dan nyata. Generasi hari ini mendambakan pemimpin yang bijaksana, prihatin terhadap nasib umat serta berani mencabar penjajahan dan kemunafikan sistem dunia pada hari ini. Kita merindukan pemimpin yang benar-benar serius menggerakkan tentera untuk membebaskan Palestin.
Keluarga Muslim Kilang Generasi Pemimpin Harapan Umat
Dinamika situasi politik global pada masa ini menjadi peluang bagi umat Islam untuk membuktikan bahawa Islam mampu menyediakan suatu sistem kehidupan, sistem pemerintahan, sistem peradaban, sistem hubungan antarabangsa malah juga cara membangunkan generasi bagi merealisasikannya. Respons umat dan generasi muda merupakan isyarat bahawa umat Islam perlu bersedia menjadi pemain bukan sekadar penonton. Walaupun Amerika saat ini sudah semakin lemah, tetapi ia masih mempunyai tunjang pada sistem ideologinya. Oleh itu, umat Islam perlu mempersiapkan tunjang perjuangan mereka.
Keluarga Muslim merupakan ekosistem yang mewariskan pemikiran dan nilai-nilai Islam antara generasi. Ia mesti mampu menjalankan peranan strategiknya sebagai kilang yang melahirkan generasi pembina peradaban Islam yang agung. Perkara asas yang perlu dipersiapkan oleh keluarga, antaranya ialah:
1. Keluarga hendaklah mampu menanamkan dalam diri generasi kekuatan konsep dan nilai Islam (fikrah), termasuk kekuatan mengaplikasikan fikrah untuk mengubah dunia. Dengan itu, generasi muda akan memahami bahawa Islam mempunyai format dalam pentas antarabangsa.
2. Keluarga hendaklah mempersiapkan diri untuk menyahut seruan jihad, seruan dakwah dan seruan untuk mengubah dunia kerana identiti umat Islam ialah umat terbaik. Oleh itu, setiap anggota keluarga perlu saling bekerjasama berusaha untuk memiliki kapasiti tersebut.
3. Keluarga hendaklah membina asas yang kukuh berupa keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Termasuklah mempunyai pandangan yang bersifat mendunia (nazhrah ilâ al-‘aalam) dan sudut pandang yang khas (zaawiyat[un]-khâshat[un]) dengan standard yang berbeza dengan Barat. Islam mempunyai standard khas tentang halal-haram, baik-buruk, terpuji-tercela. Inilah panduan untuk menilai pelbagai masalah dunia dan mengatur tatanan dunia. Ini menjadi cabaran kepada para ibu, ahli politik, para ulama, para pejuang agar dapat membumikan al-Quran dengan sudut pandang yang khas dan global.
4. 4. Keluarga hendaklah memahami bahawa Islam bukan sekadar diterapkan pada skala tempatan atau fikih semata-mata, tetapi Islam mempunyai kapasiti politik untuk menyelesaikan masalah umat manusia yang ditindas oleh kapitalisme global.
Apabila keluarga membina perubahan dan bergerak bermula daripada asas-asas ini, seperti tsunami kerana plat bumi yang bergerak dari dasar, maka ianya akan melahirkan kekuatan yang akan menghancurkan seluruh tatanan dunia zalim pada hari ini. Insya-Allah. Dengan itu, harapan dan kerinduan keluarga Muslim terhadap kebangkitan Islam akan menjadi kenyataan. AlLâhu Akbar!
WalLâhu a’lam.
Sumber: Al-Wa’ie
#KeluargaMuslimIdeal #TegakKhilafah #TegakIslamKaffah