Manuver Ketenteraan untuk Memperkukuhkan Kewujudan Daulah Islam di Madinah
Penulis: Ustazah Dra. Iffah Ainur Rochmah
Sebelum Futuhat Mekah, Rasulullah SAW telah melakukan banyak manuver ketenteraan dan membersihkan entiti kaum musyrik. Caranya, Rasulullah SAW memutuskan (hubungan) dengan kabilah-kabilah yang akan membantu kekuatan kaum kafir Quraisy.
Memang, kabilah-kabilah ini kecil sehingga tidak akan menghasilkan kekuatan yang menggentarkan. Namun, jika kabilah-kabilah tersebut diarahkan dalam arus yang sama dengan satu komando, maka ia boleh memberikan pengaruh efektif (dalam mendukung Quraisy).
Manuver-manuver ketenteraan tersebut, pertama, Rasulullah SAW menghantar Umar bin Khattab ra bersama sekelompok mujahid ke Turbah pada bulan Syaaban 7 H. Kedua, menghantar Abu Bakar ra bersama beberapa mujahid ke Bani Kalb di Najd pada Syaaban juga. Ketiga, Rasulullah SAW memerintahkan Bisyir bin Sa’ad agar membawa pasukannya ke Bani Murrah di Fadak pada Syaaban juga. Keempat, menghantar pasukan yang dipimpin oleh Ghalib bin Abdullah al-Laitsi ke Maifa’ah di Najd pada bulan Ramadhan. Kelima, Rasulullah SAW memerintahkan Bisyir bin Sa’ad al-Anshari bersama 300 orang pasukannya ke Yuman dan Jubar yang merupakan wilayah Ghatfan pada bulan Syawal. Perkara ini dilakukan kerana diketahui bahawa orang ramai berkumpul di sana untuk memerangi Negara Islam. Dalam kelima-lima ekspedisi ketenteraan ini, pasukan kaum Muslim memperolehi kemenangan.
Ekspedisi-ekspedisi ketenteraan tersebut dilaksanakan untuk mengukuhkan Daulah Islam di Madinah. Juga menghilangkan peluang yang dimiliki musyrik Quraisy untuk memperkuatkan dirinya jika Daulah Islam menyerang.
Futuhat
Dalam pandangan Islam, futuhat adalah misi yang ditetapkan Allah SWT kepada kaum Muslim untuk memberikan rahmat ke seluruh penjuru dunia, bukan berasal daripada hawa nafsu. Jadi, umat Islam akan meningkatkan kapasiti mereka, termasuk dari segi senjata dan teknologi perang. Ini dilakukan dengan menghantar utusan ke negara lain untuk mempelajari teknologi.
Misi yang ditanamkan pada diri mereka adalah untuk mempelajari alat-alat perang dalam rangka mewujudkan لإِسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى
Maksudnya, “Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (HR Ad-Daruquthni)
Ketinggian Islam ini bukan untuk manusianya saja, tetapi untuk meninggikan agama Allah SWT di muka bumi.
Ketika utusan-utusan itu kembali, mereka difasilitasi untuk menghasilkan senjata. Tujuannya adalah jihad fi sabilillah, termasuk dalam rangka futuhat. Mereka benar-benar dihargai dan kebolehan mereka dimanfaatkan, membolehkan mereka merasai manfaat pembelajaran dari negara lain. Inilah yang berlaku kepada Nabi Muhammad ketika baginda mengepung Ta’if, yang persenjataannya dipelajari daripada utusan dari wilayah Jarsh di Jordan.
Kewujudan Negara
Inilah yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam mempertahankan kewujudan negara. Apabila dibandingkan dengan keadaan kaum Muslim di tengah sistem sekular saat ini dalam menguatkan kewujudannya, ternyata sangat berat. Kalaupun mengambil teori-teori lain di luar Islam, masih banyak kekurangan dan kecacatan. Ini kerana pelbagai isu yang dihadapi negara menjadikannya sangat sukar untuk ditangani.
Oleh kerana itu, manusia jangan sombong dan merasa lebih banyak pengalaman. Jika tidak mengembalikannya kepada aturan Allah SWT, serta mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan khulafaur rasyidin, maka bagaimana manusia mahu menguruskan kerumitan masalahnya, baik dalam urusan negara mahupun tatanan dunia antarabangsa?
#muhasabah #TegakKhilafah #MetodeKenabian #DakwahIslamKaffah