Benarkah Kita Sudah Merdeka?
Oleh: Nabila Zidane
Benarkah kita sudah Merdeka? Sahabat, kalau yang dimaksudkan merdeka daripada penjajahan fizikal, tentu ya. Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat itu.
Namun jika yang dimaksudkan adalah merdeka dalam cara berfikir, sistem kehidupan, dan arah kebijakan negara, jawapannya layak direnungkan kembali.
Kerana penjajahan zaman sekarang tidak selalu datang dengan kapal perang atau suara meriam. Kadang kala ia datang dengan pakaian kot yang rapi, kontrak pelaburan, kurikulum pendidikan, aplikasi digital, hutang luar negeri, budaya hiburan, sehinggalah slogan-slogan yang terdengar indah. Perlahan-lahan, tanpa terasa. Betul tak?
Penjajahan Sistem Sekular
Sekularisme memisahkan agama daripada kehidupan. Akibatnya agama dianggap cukup di masjid, sementara politik, ekonomi, pendidikan, hukum, hingga media berjalan tanpa bimbingan syariat. Lahirlah generasi yang hafal trend media sosial tetapi gagap memahami Islam sebagai aturan hidup.
Rasuah dianggap pelanggaran administrasi, bukan pengkhianatan terhadap amanah Allah. Kejujuran menjadi pilihan, bukan kewajipan. Agama dipersempit menjadi urusan ibadah peribadi, padahal Islam turun untuk mengatur seluruh aspek kehidupan.
Penjajahan Sistem Liberal
Liberalisme menawarkan slogan kebebasan. Bebas berfikir. Bebas bergaul. Bebas memilih gaya hidup selama tidak mengganggu orang lain, bebas.
Sekilas terdengar indah. Namun ketika kebebasan dijadikan standard kebenaran, batas halal-haram mulai kabur. Pergaulan bebas meningkat. Pornografi mudah diakses.
Kecurangan dianggap urusan peribadi. Perceraian meningkat. Anak-anak kehilangan figura ibu bapa. Keluarga rapuh. Muncul individu egois ,”Yang penting aku bahagia, tak peduli yang lainnya”, walaupun sebahagian masyarakat turut menanggung akibat daripada perbuatannya.
Padahal dalam Islam, kebebasan manusia dihadkan oleh hukum Allah agar tidak saling menzalimi.
Penjajahan Sistem Kapitalisme
Kapitalisme mengajarkan bahawa ukuran keberhasilan adalah keuntungan. Segala sesuatu boleh diperjualbelikan.
Kesannya, pendidikan menjadi mahal. Kesihatan menjadi perniagaan. Air, letrik, perlombongan, bahkan sumber alam yang semestinya menjadi milik umat dapat dikelola demi keuntungan segelintir pihak.
Akibatnya, negeri yang kaya sebaliknya masih memiliki rakyat yang dalam kesulitan memenuhi keperluan asas. Yang kaya makin kaya. Yang miskin diminta lebih sabar.
Penjajahan Politik
Penjajahan hari ini tidak selalu berupa pendudukan militer. Intervensi kebijakan boleh hadir melalui tekanan ekonomi, hutang, perjanjian antarabangsa, mahupun kepentingan geopolitik.
Di sisi lain, pengelolaan sumber alam strategik sering kali melibatkan perusahaan besar, termasuk perusahaan asing, sehingga manfaat ekonominya tidak selalu dirasakan secara optimal oleh seluruh rakyat. Berbagai keputusan nasional juga dapat dipengaruhi oleh dinamika politik dan ekonomi global.
Sementara itu, cabaran lain terus bermunculan. Kejahatan siber semakin canggih. Judi online. Pinjaman online haram. Penipuan digital. Dadah. Pemerdagangan manusia. Teknologi berkembang pesat, tetapi kerosakan moral juga ikut berlari.
Jadi, Merdeka Itu Apa?
Kalau masih diperhambakan hawa nafsu. Kalau masih takut kepada manusia melebihi takut kepada Allah. Kalau hukum Allah disisihkan sementara peraturan buatan manusia dijadikan standard mutlak. Apakah itu benar-benar merdeka?
#MerdekaDenganIslam
#IslamKaffah
#LawanSekularisme
#KedaulatanIslam