[Perjanjian Antarabangsa] Pembahagian Dunia Menjadi Dua Kategori (Bahagian 2/4)
Penulis: Iyad Hilal
(Sambungan dari “Pembahagian Dunia” Bahagian 1/4.)
Walaupun demikan, sebahagian ulama kontemporari mempunyai pandangan yang berbeza. Sebagai contoh Almarhum Abu Zahrah dan Dr. Wahbi az-Zuhaili, mengatakan bahawa ulama Asy-Syafi’iyyah dan sebahagian ulama Al-Hanabilah menambahkan jenis ketiga, iaitu Dar al-Ahd. Sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Wahbi az-Zuhaili daripada buku Al-Mughni al-Muhtaj, al-Umm, al-Ahkam as-Sulthaniyyah karangan Al-Mawardi dan Al-Farra, Dar al-Ahd adalah suatu tempat di mana umat Islam tidak tinggal di dalamnya. Penduduknya melakukan akad perjanjian dengan umat Islam agar penduduk tempat tersebut membayar hasil tanah mereka yang dinamakan kharaj, tetapi tidak diambil jizyah daripada mereka kerana mereka tidak tinggal di Dar Islam.
Wilayah ini belum dikuasai oleh umat Islam sehingga syariat Islam dilaksanakan di sana Walaupun penduduknya membuat perjanjian dengan umat Islam dengan syarat-syarat dan kaedah tertentu, namun ia masih menerapkan syariat dan undan-undang selain Islam. Wilayah ini hampir sama dengan tempat-tempat yang belum mengecap kemerdekaannya secara sah kerana ada perjanjian yang mengikatnya.
Dengan merujuk kepada pandangan-pandangan yang disandarkan kepada mereka, maka jelaslah bagi kita bahawa mereka mendefinisikan Dar al-Ahd dengan takrifan yang tidak sama dengan takrifan yang diambil oleh Ustaz Az-Zuhaili daripada mereka. Dar al-Ahd menurut mereka ialah negeri yang dikuasai oleh umat Islam secara damai (shulh), manakala tanah-tanahnya tetap berada di tangan penduduknya yang masih kafir.
Mereka juga berpandangan bahawa Imam (pemerintah) wajib membela ahlu al-‘unwah wa as-shulh (penduduk yang ditundukkan melalui peperangan atau perjanjian damai) kerana mereka merupakan ahli jizyah (pembayar jizyah), sebagaimana sifat kewajipan membela ahli jizyah yang lain. Sesiapa yang lebih teliti dalam menganalisis pandangan mereka akan mendapati bahawa mazhab Asy-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah menganggap Dar al-Ahd sebagai Dar Islam dan termasuk sebahagian daripada Dar Islam kerana umat Islam telah menguasainya. Oleh itu, wajib bagi Imam untuk membela dan melindungi mereka sebagaimana melindungi ahli jizyah. Penulis kitab Al-Mughni al-Muhtaj menyatakan, “Yang termasuk dalam Dar Islam ialah negeri yang dihuni oleh ahli zimmi atau ahlu ahd. Mereka tidak dilarang untuk bermuamalah dengan kita. Hal ini kerana, meskipun negeri itu belum termasuk (secara mutlak) dalam Dar Islam, namun mereka berada di bawah kekuasaan kita.”
Apabila kita memasukkan Dar al-Ahd ke dalam kelompok negara-negara yang terikat dengan kita melalui pelbagai perjanjian, ia merupakan Dar Kufur dan Dar Harbi. Perjanjian yang dimeterai tidak akan mengubah status negeri tersebut kerana pemerintahan di sana adalah pemerintahan kufur.
Adapun yang kita maksudkan dengan Dar al-Ahd ialah negeri-negeri yang dikuasai oleh umat Islam melalui perjanjian, manakala tanah-tanahnya masih dimiliki oleh para pemiliknya yang kafir. Negeri itu dianggap sebagai Dar Islam meskipun penduduknya masih kafir, selama mana umat Islam secara langsung melaksanakan undang-undang Islam di sana. Jika umat Islam tidak secara langsung melaksanakan undang-undang Islam di sana, negeri itu dianggap sebagai Dar Kufur sehinggalah umat Islam melaksanakan undang-undang Islam di sana. Pada ketika itulah negeri-negeri tersebut dianggap sebagai Dar Islam.
Perdebatan Golongan yang Menganggap Dunia Ini Hanya Mempunyai Satu Negeri (Dar)
Sebahagian ulama kontemporari berpandangan bahawa pembahagian dunia kepada dua jenis (Dar) merupakan pembahagian yang tidak bersumberkan syarak, sebaliknya ia hanyalah ijtihad para fuqaha pada abad ke-8 Hijrah. Hal ini bertujuan untuk menyusun sebahagian hukum syarak yang mengatur masalah muamalah dan perkara yang seumpamanya.
Perang merupakan sebab pembahagian ini. Jadi, tidak terdapat di dalam Al-Qur’an dan sunnah. Mereka berpendapat bahwa di dunia ini hanya ada satu dar. Dar Harbi itu tiada lain adalah negeri yang belum berdamai dengan negara Islam. Dar Harbi muncul secara tiba-tiba, akan ada apabila peperangan masih ada, sebaliknya akan hilang dengan berakhirnya peperangan. Sebabnya, setelah peperangan usai, dunia kembali ke asalnya, yaitu kondisi sebelum perang yang merupakan negeri yang satu.
Peperangan merupakan punca kepada pembahagian ini. Oleh itu, ia tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Mereka berpendapat bahawa di dunia ini hanya ada satu Dar sahaja. Dar Harbi pula tidak lain dan tidak bukan ialah negeri yang belum mengadakan perdamaian dengan negara Islam. Dar Harbi muncul secara tiba-tiba; ia akan wujud apabila peperangan masih berlaku, dan sebaliknya akan lenyap dengan berakhirnya peperangan. Hal ini kerana, selepas peperangan selesai, dunia kembali kepada keadaan asalnya, iaitu situasi sebelum perang yang merupakan wilayah yang satu.
Kelompok tersebut berpandangan bahawa anggapan ini merupakan titik temu antara Islam dengan undang-undang antarabangsa yang menganggap dunia ini sebagai satu dar. Mereka juga berpendapat bahawa perang merupakan aspek kondisional yang melahirkan suasana permusuhan yang bersifat sementara antara dua negara. Apabila perang telah berakhir, maka lenyaplah keadaan tersebut.
Kelompok ini cuba untuk menyandarkan pandangan ini kepada para fuqaha terdahulu—semoga Allah meredhai mereka. Dr. Wahbah al-Zuhaili misalnya menyatakan, “Sebenarnya dunia ini mengikut keadaan asalnya adalah satu dar, sebagaimana pandangan Asy-Syafi‘i dan majoriti fuqaha.” Apa yang lebih menghairankan, penulis tersebut telah menyatakan di dalam kitabnya yang berjudul Atsar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami, bahawa Asy-Syafi‘i membahagikan dunia ini kepada tiga dar, bukannya dua dar. Pandangan ini disandarkan kepada Asy-Syafi‘i bahawa Dar al-Ahd merupakan dar yang ketiga.
\Menjawab pendapat yang mengatakan bahawa di dalam Al-Qur’an dan sunnah tidak ada pembahagian dunia kepada dua dar (wilayah/negara), maka pendapat tersebut adalah tertolak. Rasulullah SAW telah menyebutkannya di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Buraidah daripada bapanya, “Apabila engkau bertemu dengan musuhmu dalam kalangan orang musyrik, serulah mereka kepada tiga perkara atau pilihan. Manakah pilihan yang mereka terima, maka terimalah ia daripada mereka dan berhentilah daripada memerangi mereka. Serulah mereka kepada Islam. Sekiranya mereka menerima seruanmu itu, terimalah daripada mereka dan hentikanlah peperangan. Kemudian, ajaklah mereka untuk berhijrah dari tanah air mereka ke Dar al-Muhajirin. Maklumkan kepada mereka bahawa jika mereka berbuat demikian, mereka akan memperoleh hak dan memikul kewajipan yang sama seperti kaum Muhajirin. Jika mereka enggan berhijrah dari tanah air mereka, maklumkan kepada mereka bahawa kedudukan mereka adalah sama seperti orang Arab Badwi dalam kalangan orang Islam, (iaitu) hukum Allah tetap terpakai ke atas mereka sebagaimana yang dikuatkuasakan ke atas kaum Muslimin yang lain. Namun, mereka tidak berhak mendapat sedikit pun daripada harta fai dan harta ghanimah (rampasan perang), melainkan jika mereka turut serta berjihad bersama-sama kaum Muslimin. Sekiranya mereka menolak (pilihan pertama), tuntutlah bayaran jizyah daripada mereka. Jika mereka menerimanya, janganlah engkau memerangi mereka. Namun, sekiranya mereka tetap menolak, mohonlah pertolongan daripada Allah dan perangilah mereka.”
Rasulullah SAW tidak sekadar menerima kemasukan sesebuah kaum ke dalam agama Islam, malah baginda juga meminta kepada pemimpin mereka agar menyeru kaum tersebut untuk berubah daripada Dar al-Kufur menjadi Dar al-Islam, serta tunduk di bawah kekuasaan Nabi SAW. Rasulullah SAW turut memaklumkan kepada mereka bahawa perubahan tersebut akan menyebabkan kaum itu memperoleh hak dan memikul kewajipan yang sama seperti penduduk Dar al-Hijrah. Sekiranya tiada perubahan daripada Dar al-Kufur kepada Dar al-Islam, mereka tidak akan mendapat apa-apa faedah yang diperoleh oleh penduduk Dar al-Hijrah, sama seperti kedudukan orang Arab Badwi yang memeluk Islam.
Rasulullah SAW menjelaskan bahwa dar terbahagi menjadi dua. Pertama, dar yang tunduk kepada kekuasaan Islam, itulah Dar Islam. Kedua, dar yang tidak tunduk kepada hukum-hukum Islam. Ini merupakan Dar Kufur atau Dar Harbi. Pembahagian ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diengkari. Al-Mawardi mengeluarkan hadis dari Rasulullah SAW, “Dilindungi apa sahaja yang ada di Dar Islam dan dihalalkan apa saja yang ada di Dar asy-Syirk.”
Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Internasional dalam Pandangan Islam.
(Bersambung ke “Pembahagian Dunia” Bahagian 3/4.)
#PerjanjianAntarabangsa