Hubungan Antara Amerika dan Israel
Oleh: Ustaz Bilal al-Qasrawi
Netanyahu datang ke Sidang Majlis Umum PBB dan menyampaikan pidato. Berbagai laporan menyebutkan bahawa dia berusaha mengadakan pertemuan dengan Trump, tetapi gagal bertemu dengannya, walaupun komuniti Y4HUD1 memiliki kedudukan penting dalam politik Amerika.
Pada masa kini terserlah bahawa sebahagian pihak di Amerika merasa tidak senang dengan I5R4EL. I5R4EL juga tidak selalu menjalankan kebijakan Amerika, bahkan terkadang berusaha mengakali kebijakan Amerika atau mengambil langkah yang dianggap dapat mengancam kepentingan Amerika di kawasan.
Namun, ini bukan bermakna Trump telah memutuskan hubungan dengan I5R4EL. Isu I5R4EL tetap merupakan persoalan strategik dalam politik Amerika.
I5R4EL dibentuk oleh Britain dan negara-negara Eropah. Sebelumnya, Perancis juga pernah mempertimbangkan pembentukannya sebagai sebahagian daripada kepentingan strategik, iaitu untuk melemahkan umat Islam dengan menciptakan sebuah “pisau” di jantung wilayah mereka yang dapat menghambat kembalinya Khilafah dan mencegah persatuan umat, khususnya antara dua wilayah utama, iaitu Syam dan Mesir.
Di dalam negeri Amerika sendiri, terdapat ketidakpuasan terhadap perlakuan istimewa yang diberikan kepada I5R4EL hingga sejauh ini. Trump dianggap telah memberikan dukungan yang sangat besar kepada I5R4EL. Sebelumnya, Joe Biden juga melakukan hal yang sama, bahkan dalam beberapa hal dukungannya kepada I5R4EL mungkin lebih besar daripada Trump.
Bahkan, terdapat kelompok di dalam gerakan MAGA dan Parti Republik, seperti Tucker Carlson dan lainnya, yang secara terbuka mengkritik I5R4EL. Mereka merupakan kelompok sayap kanan dalam Parti Republik yang mengusung gagasan “America First” dan “Make America Great Again”, tetapi mereka juga mengkritik hubungan Amerika dengan I5R4EL serta apa yang mereka anggap sebagai dukungan Amerika yang berlebihan kepada I5R4EL.
Kerana itu, I5R4EL saat ini berada dalam situasi hubungan yang paling buruk dengan Amerika berbanding sebelumnya.
Namun, bukan bermakna Amerika akan meninggalkan I5R4EL. Amerika tidak akan meninggalkannya, bukan semata-mata kerana kecintaan terhadap I5R4EL, tetapi kerana peranan strategik yang diberikan kepada I5R4EL di rantau tersebut, iaitu menjadi kekuatan yang menghalangi persatuan umat Islam. Oleh sebab itu, Amerika tetap mengirimkan peluru berpandu, pesawat, dana, dan berbagai bantuan lainnya kepada I5R4EL.
#PolitikAmerika