[Perjanjian Antarabangsa] Perjanjian Penyewaan Landasan Udara, Pangkalan-Pangkalan Tentera, Pelabuhan-Pelabuhan, dan Wilayah-Wilayah Tentera
Penulis: Iyad Hilal
Perjanjian-perjanjian ini mewajibkan suatu negara untuk memberikan izin bagi satu atau beberapa negara untuk menempati wilayah-wilayah tentera atau menyewakannya selama tempoh waktu tertentu. Sementara itu, perjanjian ini kadang-kadang membolehkan kekuatan-kekuatan tersebut untuk tinggal dan melakukan penjagaan di pelbagai wilayah suatu negara selama masa yang telah ditentukan atau menetap di sana.
Perjanjian seperti ini diharamkan oleh Islam secara mutlak. Ini kerana perjanjian ini memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai Dar Islam atau atas sebahagian dari wilayah Dar Islam. Kekuasaan mana yang lebih besar daripada kekuasaan pendudukan, meskipun bentuk dan gambaran tentang pendudukan itu bermacam-macam?
Dalil-Dalil yang Mengharamkannya
Firman Allah SWT, “Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nisa (4):141]. Ayat ini mengharamkan pemberian jalan atau kekuasaan kepada orang-orang kafir untuk menguasai kaum muslim, sedangkan perjanjian seperti ini memberikan peluang bagi orang-orang kafir untuk menguasai kaum muslim. Oleh kerana itu, perjanjian-perjanjian seperti ini diharamkan.
Orang yang meneliti perjanjian-perjanjian ini akan mengetahui dengan jelas bahawa perjanjian-perjanjian itu adalah salah satu uslub (cara) penjajahan. Ini dilakukan negara-negara imperialis tatkala memaksakan keinginannya dalam rangka mengubah bentuk dan uslub penjajahan yang bersifat langsung di satu atau beberapa wilayah, atau juga di satu atau beberapa negeri.
Hal ini bertujuan untuk melestarikan kekuasaan dan hegemoni mereka di wilayah tersebut setelah eksistensinya hampir hilang akibat persaingan wilayah-wilayah jajahan. Sesungguhnya perjanjian-perjanjian tersebut membatasi kekuasaan dan penguasaan negara atas wilayahnya. Hal ini tidak dibolehkan secara mutlak.
Perjanjian-perjanjian ini sama berbahayanya dengan pakatan tentera, malah berisiko mendatangkan ancaman yang jauh lebih besar. Oleh kerana itu, wajib untuk memerangi dan mengungkapkan bahayanya atas bangsa-bangsa di dunia. Selain itu, perjanjian ini memberikan izin bagi kekuatan asing untuk mengawasi negeri-negeri kaum muslim secara terus-menerus ataupun sementara waktu, atau melakukan gerakan (tentera) bersama-sama dengan mereka, baik dalam jangka panjang mahupun jangka pendek sesuai dengan situasi.
Oleh itu, segala usaha ini tidak lain hanyalah muslihat untuk memperluas hegemoni kuasa besar terhadap negeri kita. Kita mestilah berusaha membina keberanian dalam kalangan negeri umat Islam untuk merebut kembali kedaulatan yang hilang. Kaum muslimin wajib menyedari pelbagai helah berbahaya ini, seterusnya mendedahkan, memerangi, dan menghalang pelaksanaannya.
Sumber: Iyad Hilal, Perjanjian-Perjanjian Antarabangsa dalam Pandangan Islam.
#PerjanjianAntarabangsa #PerjanjianMiliter