DOA BERLINDUNG DARI KESESATAN
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesesatan dan disesatkan, dari ketergelinciran dan digelincirkan, kezaliman dan dizalimi, serta dari kebodohan atau dibodohi.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
====
Al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia dalam menguruskan kehidupan mereka di dunia ini. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang digunakan untuk mengatur dan memerintah dunia ini mengikut kehendak Penciptanya serta menjadi sumber penerangan dan penyelesaian kepada permasalahan hidup manusia hingga ke hari kiamat.
Namun, adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana kehidupan umat Islam hari ini lebih cenderung memilih panduan dan sistem yang mengatur kehidupan mereka selain daripada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Umat Islam menjadikan akal semata-mata sebagai sumber utama dalam penyelesaian masalah kehidupan malah mereka tidak menyedari bahawa mereka terus-menerus sesat.
Firman Allah (swt):
[فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ (123) وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا]
“Lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ Taha (20): 123-124].
Justeru itu, perlulah kita sebagai umat Islam mengembalikan Islam sebagai peraturan hidup dengan mengambil Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai satu-satunya sumber hukum dengan menerapkan hukum Allah di tengah-tengah umat.
Marilah kita mengamalkan doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW agar berlindung daripada kesesatan;
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesesatan dan disesatkan, dari ketergelinciran dan digelincirkan, kezaliman dan dizalimi, serta dari kebodohan atau dibodohi.” (HR. Ahmad, 6/306, Ibnu Majah no. 3884, An-Nasa’i, 8/268, At-Tirmidzi no. 3427, Abu Dawud no. 5094 dari Ummu Salamah)