وَاُوْحِيَ اِلَيَّ هٰذَا الْقُرْاٰنُ لِاُنْذِرَكُمْ بِهٖ وَمَنْۢ بَلَغَ ۗ اَىِٕنَّكُمْ لَتَشْهَدُوْنَ اَنَّ مَعَ اللّٰهِ اٰلِهَةً اُخْرٰىۗ قُلْ لَّآ اَشْهَدُ ۚ قُلْ اِنَّمَا هُوَ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ وَّاِنَّنِيْ بَرِيْۤءٌ مِّمَّا تُشْرِكُوْنَ
“Dan Al-Quran ini telah diwahyukan kepadaku seraya dengannya aku menjelaskan kepada kalian dan kepada orang-orang yang sampai Al-Quran (kepadanya). Apakah kalian mengakui ada tuhan-tuhan lain selain Allah? Katakanlah, ‘Aku tidak mengakui.’ Katakanlah, ‘Sesungguhnya Dia Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah).’” [TMQ Al An’am (6): 19]
Allah berfirman,
اِتَّخَذُوْٓا اَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَالْمَسِيْحَ ابْنَ مَرْيَمَۚ وَمَآ اُمِرُوْٓا اِلَّا لِيَعْبُدُوْٓا اِلٰهًا وَّاحِدًاۚ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۗ سُبْحٰنَهٗ عَمَّا يُشْرِكُوْنَ
“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” [TMQ At Taubah(9): 31]
Allah berfirman,
وَلَا تَقُولُوا۟ ثَلَٰثَةٌ ۚ ٱنتَهُوا۟ خَيْرًا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ سُبْحَٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٌ ۘ
“Janganlah kalian mengatakan, ‘(Tuhan itu) tiga’, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak.” [TMQ An Nisa (4) : 171]
Allah berfirman,
أَمِ ٱتَّخَذُوٓا۟ ءَالِهَةً مِّنَ ٱلْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ لَوْ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ لَا يُسْـَٔلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْـَٔلُونَ أَمِ ٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً ۖ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ ۖ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِىَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِى ۗ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْحَقَّ ۖ فَهُم مُّعْرِضُونَ وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ
“Apakah mereka mengambil Tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan. Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan mereka-lah yang akan ditanyai. Apakah mereka mengambil Tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah, ‘Tunjukkanlah hujahmu! Al-Quran ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku dan peringatan bagi orang-orang sebelumku.’
Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui yang hak, kerana itu mereka berpaling. Dan tidaklah kami mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya, ‘Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah Aku olehmu sekalian.’” [TMQ Al Anbiya’ (21) : 21—25]
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi saw. mengutus Mu’adz Bin Jabal ke Yaman, dan dari Umaiyah Bin Yahya bahawa dia mendengar Abu Ma’bad Musa Bin Abbas berkata, “Aku mendengar Ibnu Abbas berkata, ‘Ketika Nabi mengutus Mu’adz ke Yaman, beliau bersabda kepadanya, ‘Kamu akan mendatangi suatu kaum dari ahli kitab. Maka yang pertama kali harus kamu serukan kepada mereka adalah agar mereka mengesakan Allah Swt. Bila mereka sudah memahami hal itu, beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka mengerjakan solat lima waktu.’” Dengan dalil ini jelaslah, bahawa kewajipan pertama yang perlu dilakukan seorang muslim dalam mengemban dakwah Islam adalah mengajak kepada tauhidullah (pengesaan Allah). Setelah itu baru mengajak kepada hukum-hukum Allah. Jelas bahawa pernyataan yang mengatakan Allah mempunyai anak adalah tindakan penyekutuan kepada Allah, sebagaimana pernyataan bahawa ada Tuhan lain selain Allah.
Juga merupakan satu kepastian, bahawa perbahasan tentang pengesaan Allah adalah perbahasan aqli, bukan perbahasan sam’i (naqli). Adapun dalil-dalil sam’i dalam Kitab dan Sunnah tentang pengesaan Allah adalah pengukuhan terhadap dalil yang telah ditetapkan oleh akal. Sekaligus menjelaskan makna pengesaan Allah tersebut. Juga bahawa Islam adalah agama tauhid, sedangkan agama-agama yang lain tidak. Sebab, Yahudi menyatakan, “Uzair anak Allah,” itu jelas syirik. Dan Nasrani menyatakan, “Al Masih anak Allah,” itu pun jelas syirik.
Sedangkan agama-agama paganisme lain tampak jelas kesyirikannya. Tidak bererti bahawa tauhid tersebut hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad dan tidak kepada nabi-nabi yang lain. Ajaran tauhid tersebut diturunkan kepada semua nabi.
Dan tidak satu pun nabi, melainkan membawa ketauhidan.
Firman Allah, وَمَآ
أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠
“Dan kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya, ‘Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku.’” [TMQ Al Anbiya’ (21) : 25]
شَرَعَ لَكُمْ مِّنَ الدِّيْنِ مَا وَصّٰى بِهٖ نُوْحًا وَّالَّذِيْٓ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهٖٓ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى وَعِيْسٰٓى
“Dan telah disyariatkan kepadamu agama, yang juga telah diwasiatkan kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu, dan apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa.” [TMQ Asy-Syura (42) :13]
Iaitu berupa ajaran tauhid. Buktinya, kelanjutan ayat tersebut adalah,
اَنْ اَقِيْمُوا الدِّيْنَ وَلَا تَتَفَرَّقُوْا فِيْهِۗ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ مَا تَدْعُوْهُمْ اِلَيْهِۗ
“Tegakkanlah agama (tauhid itu), dan janganlah berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang musyrik (agama) yang kamu seru kepada mereka.” [TMQ Asy-Syura (42) : 13]
Iaitu berupa ajaran tauhid. Banyak ayat yang datang (ketika itu) tentang tauhid, kerana ketika Rasulullah saw. diutus, perbuatan kesyirikan tersebar luas ke semua persada bumi. Oleh itu, menjadi sebuah kewajipan untuk membuka telinga orang-orang itu dalam banyak ayat tersebut dengan ketauhidan.
Sumber: Haditsu al-Shiyam