Allah berfirman,
لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” [TMQ Thaha (20): 132]
Allah berfirman,
ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْعَزِيزُ
“Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [TMQ asy-Syura (42): 19]
Allah berfirman,
وَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًا ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah direzekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” [TMQ al-Maidah (5): 88]
Allah berfirman,
وَاللّٰهُ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” [TMQ al-Baqarah (2): 212]
Allah berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَٰلِقٍ غَيْرُ ٱللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِۚ
“Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” [TMQ Fathir (35): 3]
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab sahihnya, bahawa Nabi saw. bersabda,
لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَ كَّلُوْنَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ، لَرُزِقْتُم كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوْحُ بِطَانًا
“Seandainya engkau tawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka pasti (Allah memberikanmu) rezeki, sebagaimana seekor burung (yang di pagi hari terbang keluar dari sarangnya-pent.) dalam keadaan lapar, tetapi (pulang di petang hari-pent.) dalam keadaan kenyang.” — Nas-nas di atas menyandarkan permasalahan rezeki seluruhnya hanya kepada Allah Swt. dan menisbahkan kepada-Nya. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa Allahlah yang memberikan rezeki kepada manusia. Selain nas-nas tersebut di atas, masih banyak nas-nas lain yang menisbahkan dan menyandarkan persoalan rezeki hanya kepada Allah saja. Semua itu menunjukkan sandaran yang hakiki dan tujuan dari persoalan rezeki.
Jadi bukannya persoalan penciptaan perbuatan (untuk meraih rezeki) dengan penciptaan rezeki itu sendiri, sebagaimana yang difahami dari ayat lain. Adapun apa yang terdapat (dalam nas) yang menisbahkan rezeki terhadap selain Allah, maka hal itu bukan dimaksudkan menisbahkan rezeki kepada manusia.
Pemahaman seperti ini sesungguhnya tidak dijumpai baik di dalam ayat mahupun hadis. Sebab Allah sendirilah yang memberikan rezeki. Yang ada hanyalah rezeki itu dinisbahkan pada manusia (sebagai perantara-pent.), yang disampaikan kepada manusia lainnya sebagai pemberian.
Misalnya dalam firman Allah,
وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاۤءَ اَمْوَالَكُمُ الَّتِيْ جَعَلَ اللّٰهُ لَكُمْ قِيٰمًا وَّارْزُقُوْهُمْ فِيْهَا وَاكْسُوْهُمْ وَقُوْلُوْا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوْفًا
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu).” [TMQ An-Nisa (4): 5]
Maksudnya adalah berikanlah kepada mereka makan. Ini pun jika yang dimaksudkan rezeki itu sama dengan harta, iaitu setiap benda yang memiliki nilai. Seperti kata (waksuhum) dalam ayat tersebut. Contoh lainnya adalah firman Allah,
وَإِذَا حَضَرَ ٱلْقِسْمَةَ أُو۟لُوا۟ ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينُ فَٱرْزُقُوهُم مِّنْهُ وَ
“Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim, dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekadarnya).” [TMQ An-Nisa (4): 8]
Maksudnya adalah berilah mereka rezeki dari hasil yang kalian usahakan. Ini berupa perintah untuk memberikan rezeki tersebut. Bukan menisbahkan rezeki kepada mereka. Jadi, tidak ada nisbah rezeki dengan makna sebagai pelaku (pemberi rezeki-pent.) kecuali Allah Swt.
Firman Allah (nahnu narzukukum), atau pun (wa rizku rabbika), atau juga ayat (kulu wasyrabu min rizkillahi). Semuanya menunjukkan bahawa nisbah rezeki disandarkan kepada Allah. Makna seperti ini perlu difahami apa adanya. Tidak diterima takwil makna-makna lainnya.
Allah Swt. sahajalah satu-satunya Yang Maha Pemberi Rezeki. Dan bahawa rezeki itu ada di tangan Allah sahaja.
Firman Allah,
قُلْ مَنْ يَّرْزُقُكُمْ مِّنَ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِ اَمَّنْ يَّمْلِكُ السَّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَمَنْ يُّخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُّدَبِّرُ الْاَمْرَۗ فَسَيَقُوْلُوْنَ اللّٰهُ ۚفَقُلْ اَفَلَا تَتَّقُوْنَ
“Katakanlah, ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab, ‘Allah.’” [TMQ Yunus (10): 31]
Iman kaum muslimin dalam perkara rezeki ini menerima sepenuh hati apa yang dipaparkan dalam ayat-ayat yang bentuknya sangat jelas. Namun tatkala mereka menyaksikan bahawa usaha yang mereka lakukan mendatangkan rezeki, maka muncul keraguan atas apa yang selama ini diterimanya dengan sepenuh hati –yakni Allah satu-satunya Maha Pemberi Rezeki-. Lalu keluarlah dari mulut-mulut mereka ucapan, bahawa Allah memang Pemberi Rezeki, akan tetapi hal itu kerana jerih payah mereka. Ini menunjukkan bahawa rezeki datang kerana hasil usaha mereka, bukan dari Allah. Ertinya, jika mereka tidak melakukan usaha, maka rezeki tidak akan datang. Padahal mereka menyaksikan sendiri bahawa rezeki diberikan juga kepada orang-orang yang tidak melakukan usaha apapun. Penyebabnya adalah kerana masyarakat mencampuradukkan antara persoalan pemilikan dan rezeki dengan keadaan yang dapat mendatangkan rezeki. Juga bercampur dengan penyebab pasti yang mendatangkan rezeki. Hakikatnya, terdapat perbezaan antara pemilikan dengan rezeki.
Bersambung ke Bahagian 2
Sumber:
- Haditsu al-Shiyam
- https://www.muslimahnews.com/2021/09/03/haditsu-al-shiyam-rezeki-berada-di-tangan-allah-bagian-1-2/