Akidah ruhiyah adalah dasar pembahasan tentang pemeliharaan urusan-urusan keakhiratan. Akidah siyasiyah adalah dasar pembahasan tentang pemeliharaan urusan-urusan keduniaan. Setiap pemikiran yang dipergunakan sebagai landasan yang paling dasar bagi pemikiran-pemikiran berikutnya dianggap sebagai akidah. Dari pemikiran tersebut dapat digali pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum lain.
Apabila pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum tersebut berkaitan dengan masalah-masalah akhirat contohnya kiamat, pahala, dosa, siksaan, juga ibadah; atau berkaitan dengan pemeliharaan persoalan-persoalan tersebut, iaitu masalah akhirat, seperti peringatan, petunjuk, dan ancaman dengan (adanya) azab Allah serta rangsangan untuk mendapatkan sebesar-besarnya pahala Allah, maka akidah ini merupakan akidah ruhiyah.
Apabila pemikiran dan hukum-hukum tersebut berkaitan dengan persoalan dunia seperti takdir, pembebanan hukum, kebaikan, keburukan, perdagangan, sewa-menyewa, perkahwinan, corporation (syirkah), warisan, atau yang masih berkaitan dengan pemeliharaan persoalan tersebut, seperti mengangkat pemimpin jemaah, ketaatan kepada pemimpin serta memuhasabahnya, seperti juga undang-undang (hukum) dan jihad, maka akidah seperti ini adalah akidah siyasiyah.
Nasrani adalah akidah ruhiyah semata kerana sesungguhnya pemikiran dan hukum-hukum yang digali dari akidahnya berkaitan dengan persoalan keakhiratan. Begitu juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan ini, iaitu masalah keakhiratan, serta yang lahir dari akidah Nasrani tersebut juga berkait dengan persoalan akhirat semata.
Sedangkan kapitalisme adalah akidah siyasiyah semata kerana pemikiran dan hukum-hukum yang lahir dari akidah ini, berkaitan dengan persoalan dunia saja, seperti kebebasan (liberalisme) dan asas manfaat (utilitarianisme).
Begitu juga pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan keduniaan tersebut dan yang lahir dari akidah kapitalisme tersebut, berkaitan dengan urusan dunia seperti demokrasi dan peperangan.
Adapun sosialisme, yang antara lain berupa komunisme, semata-mata merupakan akidah siyasiyah kerana pemikiran-pemikiran serta produk hukum-hukum yang lahir dari akidah tersebut hanya berkaitan dengan persoalan keduniaan seperti pembatasan dan pelarangan kepemilikan.
Begitu juga pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemeliharaan persoalan ini, iaitu persoalan dunia dan yang lahir dari akidah sosialisme, berkaitan dengan urusan dunia saja, seperti membatasi demokratisasi di kelas buruh dan keditaktoran proletariat.
Sedangkan akidah Islam adalah akidah siyasiyah sekaligus ruhiyah. Kerana ia sanggup melahirkan pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan persoalan akhirat juga pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah keduniaan. Juga pemikiran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemikiran urusan tersebut, dan terlahir dari akidah Islam di antaranya berkaitan dengan urusan dunia. Akidah ruhiyah tidak boleh membentuk pandangan hidup, way of life, kerana akidah ruhiyah berkait dengan masalah sebelum kehidupan dan setelah kehidupan. Akidah ini tidak memiliki perkaitan dengan kehidupan dunia. Oleh kerana itu, akidah siyasiyah manapun boleh diberlakukan pada akidah ruhiyah tersebut, tanpa membahayakan (kewujudannya) dan amat mudah menerapkan akidah siyasiyah apa pun pada akidah ruhiyah tersebut, bahkan tanpa perlawanan sekecil apa pun.
Maka apa yang kini disebut dengan nama ideologi sebenarnya tidak terdapat dalam akidah ruhiyah. Adapun akidah siyasiyah dapat membentuk pandangan hidup dalam kehidupan kerana ia sendiri merupakan pemikiran tertentu tentang kehidupan dunia. Sedangkan pemikiran dan hukum-hukum yang lahir dari akidah tersebut adalah pemikiran dan hukum-hukum tertentu (yang tidak terbatas) berkaitan dengan keduniaan semata. Akidah siyasiyah membentuk gambaran kehidupan yang khas.
Gambaran akidah tentang dunia tersebut sesuai dengan idea dasar akidah itu. Dari sini, jelaslah bahawa tidak mudah menerapkan suatu akidah siyasiyah terhadap sebuah jemaah yang sudah menggemban akidah siyasiyah yang lain, kecuali dengan tangan besi dan peperangan. Atau setelah mereka menyedari keburukan akidah siyasiyah mereka. Maka mereka akan mengambil akidah siyasiyah yang kuat, baik, dan jelas tersebut sebagai akidah siyasiyah mereka.
Oleh sebab itu, negara-negara Barat amat mudah menjajah Congo namun sukar menjajah Algeria, kecuali setelah menggunakan tangan besi dan peperangan. Pandangan hidup atau apa yang kemudian disebut sebagai ideologi, yang diajarkan akidah kapitalisme adalah kemanfaatan (utilitarianisme). Metod operasional (untuk merealisasikan pandangan kemanfaatannya) adalah liberalisasi secara umum, iaitu kebebasan akidah, kebebasan kepemilikan, kebebasan individu, dan kebebasan pendapat. Akidah kapitalisme tersebut membentuk (pandangan) hidup dengan asas manfaat. Untuk meraih kemanfaatan ini manusia harus memiliki kebebasan.
Sedangkan pandangan hidup yang diajarkan akidah sosialisme adalah dialektika iaitu perubahan dari suatu kondisi ke dalam kondisi lain yang lebih baik dalam bentuk yang pasti (tesis-antitesis-sintesa). Metod operasional untuk merealisasikan pandangan dialetikanya adalah adanya antitesis iaitu tesis tandingan. Maka akidah sosialisme menggambarkan kehidupan sebagai terus bergerak (tidak pernah berhenti, atau nisbi dan bukan mutlak) iaitu perubahan menuju suatu kondisi lain yang secara pasti lebih baik. Untuk melahirkan dialektika tersebut, atau perubahan menuju suatu kondisi yang lebih laik perlu ada keberanian melakukan penentangan, jika memang telah ada. Bila belum ada, maka harus diwujudkan.
Walaubagaimanapun pandangan hidup yang diajarkan akidah Islam adalah halal dan haram. Metod operasional untuk merealisasikan pandangan halal-haram tersebut adalah dengan membangun keterikatan terhadap hukum syarak. Maka pandangan tersebut selalu memandang kehidupan dengan tolok ukur halal dan haram. Apa saja yang halal, baik persoalan tersebut wajib, mandub (sunah), mahupun mubah, maka akan diambil tanpa ragu-ragu. Sesuatu yang makruh akan diambil dengan rasa khuatir. Sedangkan yang haram, tidak akan diambil sama sekali.
Bersambung
Sumber:
- Haditsu Al Shiyam
- https://www.muslimahnews.com/2021/09/06/haditsu-al-shiyam-akidah-ruhiyah-dan-siyasiyah-bagian-1-2/