وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ١٢٠
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120]
Menurut Nadirsyah Hosen, ayat ini sebenarnya ditujukan khusus untuk Nabi Muhammad dengan penggunaan dhamir “ka” (kamu/engkau). Ini bererti dalam ayat tersebut ketidaksukaan Yahudi dan Nasrani tidak dimaksudkan untuk semua umat Islam atau agama Islam. Sedangkan Yahudi dan Nasrani yang dimaksud adalah terbatas pada Yahudi di Madinah dan Nasrani di Najran, bukan semua Yahudi dan Nasrani, termasuk Yahudi dan Nasrani yang ada sekarang. (slam[dot]nu[dot]or.id/post/read/90316/tafsir-al-baqarah-120-yahudi-dan-nasrani-tidak-rela-dengan-islam)
Memahami dengan Benar
Menurut Ibn Katsir, tafsir surah Al-Baqarah ayat 120 adalah sebagai berikut,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Wahai Muhammad, Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu selama-lamanya. Dan tinggalkan mencari-cari sesuatu yang diredhai mereka atau sesuai dengan kemahuan mereka, dan carilah redha Allah dalam mendakwahi mereka kepada kebenaran. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Allah mengetahui permusuhan Muhammad dan para sahabatnya dengan orang-orang yang sesat.’”
Qotadah berkata, “Telah sampai kepada kami bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‘Kelompok dari umatku sentiasa akan berperang sampai kebenaran itu menang. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi/menentang mereka, sampai datang keputusan dari Allah. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.’” (Tafsir Ibn Katsir TMQ Al-Baqarah ayat 120)
Dalam kitab Tafsir Jalalain, Imam Jalaluddin menafsirkan ayat 120 surah Al-Baqarah sebagai berikut, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk (yang benar).’ Selainnya adalah kesesatan. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuannya, maka mereka mengajakmu mengerjakan (perkara-perkara yang salah), setelah pengetahuan (wahyu dari Allah) datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung (yang menjagamu) dan Allah tidak lagi menjadi penolong bagimu.” (Imam Jalaluddin, Tafsir Jalalain TMQ Al-Baqarah ayat 120)
Seruan kepada Rasul Adalah Seruan bagi Umatnya
Sesungguhnya seruan kepada Rasulullah juga adalah seruan bagi umatnya, jika seruan itu ditujukan kepada Rasulullah sebagai seorang rasul (penyampai risalah Islam), bukan khusus beliau sebagai individu/diri sendiri. Hal ini ditunjukkan oleh kata “مِلَّتَهُمۡۗ” (agama mereka) dalam TMQ Al-Baqarah ayat 120. Juga pada kata “هُدَى ٱللَّهِ” yang ertinya ‘petunjuk Allah’ dan dalam Tafsir Jalalain ditafsirkan ‘agama Islam’. Dengan demikian seruan itu untuk seluruh umat Islam. Kerana seruan itu ditujukan kepada seluruh umat Islam dan ditujukan kepada agama Islam, bererti Yahudi dan Nasrani tidak suka/tidak rela kepada agama Islam, umat Islam di mana pun mereka berada dan bila pun.
Begitu juga Yahudi dan Nasrani yang dimaksud dalam ayat itu adalah bukan hanya Yahudi dan Nasrani pada masa Rasulullah saja, tetapi Yahudi dan Nasrani pada umumnya di mana pun dan sampai bila pun, termasuk Yahudi dan Nasrani yang ada sekarang ini. Di samping itu, seruan itu ditujukan kepada Rasulullah bersifat umum sebagai seorang rasul. Hal ini menunjukkan bahawa yang diseru juga umatnya. Berdasarkan kaedah ushul fikih,
خطاب الرسول خطاب لامته ما لم يرد دليل يخصص به
“Seruan bagi Rasul adalah seruan untuk umatnya selama tidak ada dalil yang mengkhususkan bagi beliau saja.” (Syeikh Taqiyuddin Nabhani, al-Syakhshiyah al-Islamiyah Juz III, Beirut, Libanon: Dar al Ummah, 2005. Hlm 246-247).
Kaedah ushul tersebut berlaku pada seruan dalam TMQ Al-Baqarah ayat 120. Seruan bagi Rasul adalah seruan untuk umatnya selama tidak ada dalil yang mengkhususkan. Jika kita perhatikan, tidak ada dalil yang mengkhususkan bahawa TMQ Al-Baqarah ayat 120 itu untuk Rasulullah saja. Hal ini sama dengan seruan menegakkan hukum Islam bukanlah seruan khusus bagi Rasulullah, tetapi seruan umum bagi seluruh umatnya. Firman Allah TMQ Al-Maidah ayat 49,
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ ٤٩ “
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.”
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab al-Syakhshiyah al-Islamiyah Juz II menjelaskan bahawa ayat tersebut merupakan seruan umum. Hal ini berbeza dengan ayat yang dikhususkan untuk Rasulullah, seperti kewajipan solat tahajud dalam TMQ Al-Isra ayat 89, وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةٗ لَّكَ ٧٩ “Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu.” (Syeikh Taqiyuddin Nabhani. al-Syakhshiyah al-Islamiyah Juz III. Beirut, Lebanon: Dar al Ummah. 2005. Hlm. 247).
Menurut Imam Jalaluddin dalam kitab Tafsir Jalalain, tafsir TMQ Al-Isra ayat 89, “Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah dan membaca Al-Quran sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Ini merupakan kewajipan tambahan bagimu (Muhammad), tapi tidak bagi umatmu. Terdapat dalil yang mengkhususkan kewajipan solat tahajud hanya pada Rasulullah, tidak bagi umat Islam. Adapun umat Islam hanya diwajibkan solat lima waktu sehari semalam.”
Firman Allah TMQ Al-Baqarah ayat 43
, وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ ٤٣ “
“Dan dirikanlah solat (solat lima waktu), tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk” Ringkasnya, kandungan TMQ Al-Baqarah ayat 120 dalam Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Jalalain menerangkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada Nabi Muhammad, umat Islam, dan agama Islam, hingga mengikuti agama mereka selama-lamanya. Rasulullah dan umat Islam diperintah Allah untuk meninggalkan mencari-cari sesuatu yang sesuai dengan kemahuan mereka. Tetapi diperintah untuk mencari redha Allah dalam mendakwahi mereka kepada kebenaran. Kerana itu, seharusnya kaum muslimin memberikan perhatian yang besar terhadap apa yang telah diperingatkan Allah dalam ayat ini, agar jangan sampai kita terjebak meninggalkan agama kita sendiri untuk mengikuti millah Yahudi dan Nasrani. Seperti kita mengambil Islam moderat atau Islam liberal, iaitu Islam yang telah dikonsep oleh Barat, iaitu merujuk pada Yahudi dan Nasrani, untuk menjauhkan umat dari Islam kaffah.
Sumber: suaramubalighah.com/2019/09/10/memahami-tafsir-kandungan-TMQ -Al-Baqarah-ayat-120-dengan-benar/