[KHILAFAH & ANAK YATIM]
Jaminan Sosial terhadap Anak Yatim semasa Kekhilafahan
Gabenor Nuruddin Mahmud membina bangunan wakaf untuk orang sakit, lemah dan rumah anak yatim untuk anak yatim di Halab dan di seluruh pelosok negeri yang dikuasai oleh umat Islam.
Kita sendiri mendapati bahawa ada sebuah taman yang luas di Mekah Al-Mukarramah di samping Masjidil Haram yang diwakafkan untuk orang fakir dan miskin, pendatang yang sengaja datang untuk mengunjungi pemimpin para utusan, yang telah diwakafkan oleh seorang syeikh yang mempunyai kemasyhuran dalam pemerintahan Raihan An-Nadi As-Syihabi, guru besar di Masjidil Haram pada tahun 977 H.
Di antara bukti-bukti yang menunjukkan perhatian raja, penguasa, orang kaya dan dermawan ialah dengan membentuk badan wakaf yang memberi perhatian kepada bidang sosial umat Islam. Ia adalah sebuah sejarah yang dipetik dari Sultan Malik Azh-Zhahir Barquq, di mana beliau mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan sebagai biro yang digunakan untuk membaca al-Quran kepada anak-anak yatim di Qal’ah Al-Jabal. Qal’ah Jabal adalah sebuah kubu yang menjadi ibu pejabat kawalan wilayah Mesir, Syam dan semua wilayah yang tunduk pada kekuasaannya.
Contoh lain usaha pembaikan di dalam negeri ialah seperti yang dilakukan oleh Khalifah al-Walid dalam menjaga anak-anak yatim. Mereka diberi jaminan hidup dan kemudahan lain seperti pendidikan dan sebagainya. Selain pemberian jaminan sosial dan pendidikan bagi anak yatim, Khalifah al-Walid juga melaksanakan dasar yang sangat popular iaitu memberikan perlindungan dan jaminan khas untuk orang kurang upaya seperti orang buta disediakan dengan panduan khas.
Dipetik dari:
1) Sumbangan Peradaban Islam Pada Dunia, Prof. Dr. Raghib As-Sirjani
2) Pendidikan Agama Islam: Sejarah Kebudayaan Islam, De H. Murid, MA