[KHILAFAH & ANAK YATIM]
Di sebalik nama besar Imam Syafi’i رحمه الله تعالى tidak terlepas peranan ibunda tercinta. Bahkan dalam keadaan yang kesulitan hidup. Kesulitan dalam hidup seringkali mengubah seseorang menjadi kuat dan cekal. Banyak orang besar yang dilahirkan dari kesempitan dan kesulitan hidup yang menghimpit.
Sewaktu kecil, Imam Syafi’i hidup sebagai anak yatim. Beliau hidup bersama ibunya yang miskin. Ketika dibawa ke Kuttab untuk belajar, ibunya tidak mampu membayar yuran yang ditetapkan. Namun kerana kecerdasan Imam Syafi’i, dia dibebaskan dari kewajipan membayar iuran itu.
Imam Syafi’i رحمه الله تعالى bercerita:
كُنْتُ يَتِيمًا فِي حِجْرِ أُمِّي، وَلَمْ يَكُنْ مَعَهَا مَا تُعْطِيَ الْمُعَلِّمَ، وَكَانَ الْمُعَلِّمُ قَدْ رَضِيَ مِنِّي أَنْ أَخْلُفَهُ إِذَا قَامَ، فَلَمَّا خَتَمْتُ الْقُرْآنَ، دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ، فَكُنْتُ أُجَالِسُ الْعُلَمَاءَ، وَأَحْفَظُ الْحَدِيثَ أَوِ الْمَسْأَلَةِ، وَكَانَ مَنْزِلُنَا بِمَكَّةَ فِي شِعْبِ الْخَيْفِ، وَكُنْتُ أَنْظُرُ إِلَى الْعَظْمِ يَلُوحُ، فَأَكْتُبُ فِيهِ الْحَدِيثَ أَوِ الْمَسْأَلَةَ، وَكَانَتْ لَنَا جَرَّةٌ قَدِيمَةٌ، فَإِذَا امْتَلأَ الْعَظْمُ طَرَحْتُهُ فِي الْجَرَّةِ
“Setelah selesai menghafal Al-Quran, aku datang ke masjid dan duduk bersama para ulama untuk menghafal hadis dan masalah-masalah fiqh. Ibuku tidak memiliki wang untuk membeli buku, maka aku menjadikan tulang-tulang haiwan untuk sebagai catatan. Jika telah penuh, aku meletakkannya ke dalam sebuah bakul sehingga terkumpul di rumahku bakul berisi tulang-tulang.”
Demikianlah, hingga akhirnya Imam Syafi’i berjaya menjadi ulama mujtahid besar yang terus dikenang hingga hari ini.
(Sumber: Adab al-Syafi’i wa Manaqibuhu karya Ibnu Abi Hatim Ar-Razi)