Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Akidah Islam telah memuaskan akal dan memberikan ketenangan pada jiwa manusia. Hal ini kerana akidah Islam telah menjawab persoalan-persoalan atau simpulan besar (al-‘uqdat al-kubraa) dengan jawapan yang memuaskan dan sahih. Akidah Islam telah menciptakan keteguhan dan keberanian pada diri seorang muslim. Hal ini kerana seorang muslim setelah mengetahui dan memahami firman Allah taala yang berbunyi,
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَنَآ اِلَّا مَا كَتَبَ اللهُ لَنَاۚ
“Katakanlah, ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan yang telah ditetapkan Allah bagi kami.’” [TMQ At-Taubah (9): 51]
Juga sabda Rasulullah ﷺ yang berbunyi,
لَنْ تَمُوْتَ نَفْسٌ حَتَّى تُسْتَوْفَى أجَلُهَا وَرِزْقُهَا وَمَا قَدَرَلَهَا
“Tidaklah mati seseorang sampai ditetapkan ajalnya, rezekinya, dan apa-apa yang menjadi takdirnya.”
Oleh kerana itu, seseorang itu akan mengimani bahawa segala yang ditetapkan Allah nescaya akan menimpanya, baik mahupun buruk. Dengan demikian, dia akan menceburkan diri dalam berbagai peperangan dengan penuh keberanian, serta akan berusaha dalam mencari rezeki—setelah dia memenuhi syarat-syarat kaedah kausalitas tanpa mengkhuatirkan apa pun hasilnya.
Akidah Islamiah akan membentuk ketakwaan pada diri seorang muslim. Setelah seorang muslim menyedari hubungannya dengan Allah dan bahawa Allah Swt. akan menghisab semua perbuatannya pada hari kiamat, dia akan menghindarkan diri dari perbuatan yang diharamkan, serta akan melakukan perbuatan baik dan yang dihalalkan sahaja. Hal ini kerana dia telah meyakini bahawa hari perhitungan Akidah Islam akan membentuk ketakwaan pada diri seorang muslim. Setelah seorang muslim menyedari hubungannya dengan Allah dan bahawa Allah Swt. akan menghisab semua perbuatannya pada hari kiamat, dia akan menghindarkan diri dari perbuatan yang diharamkan, serta akan melakukan perbuatan baik dan yang dihalalkan. Hal ini kerana dia telah meyakini bahawa hari perhitungan pasti akan datang. Juga kerana dia telah meyakini firman Allah taala yang berbunyi,
فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗۚ – ٧ وَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَّرَهٗ – ٨
“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar biji zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula.” [TMQ Al-Zilzalah (99): 7—8]
Takwa adalah kewaspadaan seorang muslim dari seksaan pada hari akhirat tatkala dia mengerjakan atau meninggalkan suatu perbuatan.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah. Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.