Bulan Rejab juga telah menjadi detik penting mewujudkan kemuliaan pada generasi setelahnya. Di dalam bulan ini juga tercatat rekod kegemilangan jihad fi sabilillah semasa era Khulafa ar-Rasyidin. Pasukan kaum Muslim di bawah pimpinan Khalid al-Walid r.a berjaya memfutuhat wilayah-wilayah penting dan membawa sinar Islam ke dalamnya sehingga ke hari ini. Sesuai dengan julukan Pedang Allah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Khalid al-Walid r.a., beliau telah menjadi tokoh panglima dan penakluk paling agung dalam sejarah Islam. Malah, semenjak memeluk Islam, beliau telah menyertai lebih 50 perperangan dan tidak pernah kalah sejak itu. Antara peperangan yang disertai oleh beliau dalam bulan Rejab seperti berikut:
Fathu Hirah – Khalid bin al-Walid ra. membebaskan Hirah, Irak, juga pada bulan Rajab (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, VI/343).
Fathu Damaskus (Rejab 14 H/635 M) – Kota Damaskus (Syam) dibebaskan oleh kaum Muslim di bawah Panglima Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah ra. dan Khalid bin al-Walid ra.
Perang Yarmuk (Rejab 15 H/636 M) – Perang Yarmuk, yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid ra., menghadapi Romawi (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, VII/4).
Ketokohan Khalid al-Walid r.a dan pasukannya wajar dijadikan teladan oleh generasi hari ini agar bercita-cita tinggi menjadi pembela Islam yang tangguh. Seterusnya, menjadi inspirasi untuk kita memulakan langkah perjuangan demi menegakkan syiar Islam kaffah diseluruh dunia.