Pada Isnin, 3 Mac 1924 menurut penanggalan Barat, adalah hari di mana secara rasmi institusi Khilafah dihapuskan Khilafah dan peristiwa-peristiwa yang terkait dengannya menjadi berita antarabangsa.
Wanted: A Calif
TIME Magazine (Monday, May. 31, 1926) The potent representatives of Islam who assembled at Cairo (TIME, May 24) to select a new Calif, disbanded last week after irreconcilable rivalries had kept the Califate Congress in an uproar almost from its inception. The Conference’s most notable act was to adopt a resolution stressing the fact that when a new Calif should be appointed he must be a free sovereign capable of defending Islam. Since the two other traditional qualifications for a Calif—descent from Mohammed and possession of the Holy Cities of Mecca and Medina—were not mentioned, it was inferred that these latter qualifications may be explicitly waived at a later date…..
Isnin, 31 Mei 1926 Perwakilan-perwakilan yang berkuasa dari kaum muslim yang berkumpul di Kairo (TIME, 24 Mei) untuk memilih seorang Khalifah baru dibubarkan minggu kelmarin setelah perseteruan yang tidak dapat didamaikan menyebabkan Kongres Khalifah berakhir dengan pergaduhan dari sejak awalnya. Tujuan utama diadakan persidangan adalah untuk menerapkan sebuah resolusi yang menekankan pada kenyataan bahawa jika seorang Khalifah baru akan dipilih, maka dia hendaklah orang yang bebas berdaulat sehingga mampu membela Islam. Kerana dua syarat lainnya adalah seorang keturunan dari Nabi Muhammad dan berkuasa atas dua kota suci Mekah dan Madinah tidak disebutkan, dapat disimpulkan dua syarat itu akan disebutkan kemudian.
Sebuah resolusi yang penting mencatat pendapat, “Seorang Khalifah dapat memperoleh posisi itu melalui penaklukan, selagi dia adalah seorang muslim.” Ringkasnya, Islam akan mencabar seorang muslim yang menyerahkan diri kepada musuh untuk tunduk dan menyatakan dirinya Khalifah—penguasa kaum muslim secara temporal dan spiritual. Apa yang disebut sebagai “Khalifah terakhir yang sejati”, seorang Sultan Turki yang digulingkan, Muhammed IV, wafat baru-baru ini di Itali.
Caliph’s Beauteous Daughter
TIME Magazine (Monday, Nov. 09, 1931) If there were an ex-Pope, if he had a beauteous daughter, if she became secretly engaged to the eldest son of “The Richest Man in the World,” then Catholics would be as excited as Moslems were last week. In a sun-drenched Riviera villa, high above champagne-soused Nice, lives the ex-Caliph of Islam who has no successor. Deposed and physically ousted from Turkey in 1924 by agnostic President Mustafa Kemal, Caliph Abdul Medjid Effendi is still to millions of Moslems “Commander of the Faithful” and “Viceregent of Allah.”…… — Isnin, 9 November 1931 Seandainya ada bekas Paus, seandainya dia memiliki saudara perempuan yang cantik, dan seandainya saudara perempuannya itu memiliki hubungan dengan anak laki sulung dari “Orang Terkaya di Dunia”, maka orang Katolik akan merasa senang seperti senangnya orang muslim pada minggu lalu. Di Vila Riviera yang penuh dengan cahaya matahari, yang terletak di ketinggian kota Nice, tinggal seorang bekas Khalifah Islam yang tidak memiliki pengganti setelah diberhentikan dan diusir dari Turki pada tahun 1924 oleh Presiden Mustafa Kemal, Khalifah Abdul Madjid Effendi bagi jutaan kaum muslim masih merupakan seorang “Panglima kaum beriman” dan merupakan “Wakil Allah”.
Kos penyelenggaraan bagi rumah agam Khalifah yang besar (bak istana dan penuh dengan perhiasan) dibiayai oleh seorang Islam yang kaya dan soleh, khususnya oleh Yang Mulia Nizam dari Hyderabad, raja India yang terkaya, yang sering kali disebut sebagai “Orang Terkaya di Dunia”. Minggu lalu di kota Nice, “pertunangan rahsia” dilangsungkan antara anak lelaki Nizam, Sahib Zada Nawah Azam, dan anak perempuan khalifah yang cantik, Durri Chehvar. Jika rahsia itu diketahui oleh 200,000,000 kaum muslim, maka itu bukan lagi rahsia, melainkan sebuah fakta yang jelas. Para pengamat mencurigai bahawa itu adalah tipu muslihat Yang Mulia Nizam. Menurut Al-Quran, Khalifah Islam hendaklah seorang penguasa yang kuat dan berpengaruh. Kaum muslim Palestin telah berusaha selama bertahun-tahun, dan masih mengusahakannya minggu lalu untuk mengangkat Khalifah yang digulingkan di Jerusalem sebagai “penguasa” atas sebidang tanah yang lebih kurang sebesar Negara Paus. Di London, rencana ini didorong oleh Shankat Ali, perwakilan delegasi muslim di Persidangan Meja Bulat India. Namun, orang Kristian British—yang menguasai Jerusalem—enggan untuk menjadikan “Kota Suci” Yahudi dan Jerusalem sebagai tempat Khalifah Islam. Apa yang perlu dilakukan? Bertahun-tahun yang lalu, Nizam yang berkuasa di Hyderabad berusaha menjadikan dirinya seorang Khalifah yang diakui. Bagi kaum muslim yang soleh, cita-citanya itu adalah sesuatu yang mengejutkan. Mereka mendiamkannya. Namun, “pertunangan rahsia” antara anak perempuan Khalifah dengan pewaris Nizam pada minggu lalu menyebabka banyak kaum muslim rasa bahagia. Seandainya kedua anak muda itu menikah dan memiliki anak lelaki, dia akan memiliki garis keturunan yang kuat dan spiritual. Dia akan digelar “Khalifah Sejati”. Di Nice, bekas Khalifah Abdul Madjid, walaupun dia menjadikan pertunangan itu untuk menduga opini umum, berusaha untuk tidak menggugurkan pencalonannya di Jerusalem minggu lalu. Setiausahanya, Hussein Nakib Bey, yang memakai cermin mata tunggal, menyatakan, “Tuanku, Yang Mulia Khalifah Abdul Madjid Effendi, tetap berhubungan terus dengan Imam Besar Jerusalem.” Di Jerusalem, para wartawan mengejar Imam Besar bagi mendapatkan kenyataan dari beliau. “Persoalan terkait penegakan kembali Khilafah tidak akan diputuskan pada Kongres Kaum Muslim di Jerusalem pada Disember nanti,” kata Mufti sambil mengelak, “Tetapi, jika tidak ada Khalifah yang dipilih Kongres, kami akan menangani persoalan ini secara abstrak.” Di London, Kedutaan Besar Turki mengungkapkan bahawa pada dua minggu yang lalu, pemerintah Turki meminta pemerintah British agar tidak membenarkan pemulihan Kekhalifahan di mana pun di Imperium itu, khususnya tidak di Jerusalem. Turki, yang telah melakukan sesuatu yang sangat baik dengan negara Republiknya yang pragmatis, mengkhuatirkan munculnya kebangkitan kaum muslim, suatu reaksi dari Presiden Kamal jika seandainya Khilafah dipulihkan kembali. [MNews/Gz] Sumber: Time Magazine Archive, (Riza Aulia, khilafah[dot]com)