Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman, MA
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan,
للدعاء مع البلاء ثلاث مقامات:
أحدها: أن يكون أقوى من البلاء فيدفعه.
الثاني: أن يكون أضعف من البلاء فيقوى عليه البلاء، فيصاب به العبد، ولكن قد يخففه وإن كان ضعيفاً.
الثالث: أن يتقاوما ويمنع كل واحد منهما صاحبه. (الجواب الكافي)
Doa dan ujian (bala’) itu mempunyai tiga tahap.
Pertama, doa lebih kuat berbanding bala’, sehingga dapat menangkis bala’.
Kedua, doa lebih lemah berbanding bala’, sehingga boleh dikalahkan oleh bala’. Kerana itu, seseorang ditimpa bala’, tetapi doanya meringankan bala’nya, meski doanya itu lemah.
Ketiga, doa dan bala’ itu sama-sama bertarung, sehingga masing-masing saling mengalahkan empunya.
Itulah keutamaan doa. Dalam kitab Madza fi Syaaban, karya Abuya Sayyid Muhammad diulas, bahawasanya Syaaban adalah bulan istighfar (memohon ampunan), bulan selawat, kerana ayat 56 dari Surah Al-Ahzab (perintah berselawat) turun di bulan Syaaban.
Dengan memohon ampunan dan memperbanyak selawat, hajat kita dijauhkan dari bala’ akan diijabah oleh Allah. Begitu juga hajat mendapatkan kemudahan akan dimudahkan oleh Allah.
Syaaban juga bulan diijabahnya keinginan Nabi Muhammad saw. untuk menghadapkan wajahnya ke Kaabah, Baitullah, di Mekah, saat solat, setelah sebelumnya menghadapkan wajahnya ke Baitul Maqdis, Palestin.
Syaaban juga bulan al-Quran, kerana itu para ulama meninggalkan pekerjaan mereka, dan fokus membaca dan menelaah al-Quran.
Dengan semuanya itu, Allah akan buka berbagai pintu keberkahan dan kebaikan, dari langit dan bumi. Dijauhkan dari bala’.
Itulah kemuliaan Syaaban. Bahkan Nabi memperbanyak puasa, kerana Syaaban juga bulan diangkatnya doa ke langit. Nabi ingin, saat doanya diangkat, Baginda dalam keadaan berpuasa kerana Syaaban adalah bulan diangkatnya doa, dibukanya pintu langit, maka ketuklah pintu-Nya dengan kuat, kuatkanlah doa kita, insya Allah, akan diijabah oleh Allah.
اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك