[Siri Ayuh Umat Bangkit] Jangan Tunggu Sempurna
Amar makruf hukumnya adalah wajib atas setiap orang alim. Perkara yang lebih diwajibkan bagi orang alim ialah mengamalkannya. Seorang alim tidak boleh tertinggal dalam melaksanakan amal soleh, sebagaimana perkataan Nabi Syu’aib kepada kaumnya yang dikisahkan di dalam Al-Quran,
وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَى مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ )
“Dan aku tidak bermaksud menyalahkan kamu terhadap apa yang aku melarang kamu daripada melakukannya. Aku hanya bermaksud memperbaiki sedaya upayaku. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya daripada Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya (pula) aku kembali.” [TMQ Hud (11): 88]
Mengajak kepada yang makruf dan mengamalkannya, keduanya adalah wajib, dan masing-masing daripada keduanya tidak gugur kerana tidak melakukan yang lain. Demikianlah pendapat yang paling sahih baik daripada ulama Salaf dan ulama Khalaf. Seorang alim wajib memerintahkan kepada yang makruf, sekalipun dia sendiri tidak melakukannya: dan dia wajib melarang perbuatan yang mungkar, sekalipun dia sendiri melakukannya.
Malik ibnu Rabiah mengatakan bahawa dia pernah mendengar Said ibnu Jubair berkata, “Seandainya seseorang tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar disebabkan baginya mesti bersih daripada perkara tersebut, nescaya tidak ada seorang pun yang akan melakukan amar makruf, dan juga nahi mungkar.” Malik berkata, “Dan memang benar, siapakah orangnya yang bersih daripada kesalahan?”
Kemaksiatan yang dilakukan oleh seorang alim tidaklah sama dengan orang yang tidak alim. Oleh sebab itu pelakunya dicela. Di dalam kitab Mu’jamul Kabir diriwayatkan hadis dengan sanad yang garib,
مَثَلُ العَالِمِ الَّذِي يُعَلِّمُ النَّاسَ الخَيْرَ وَلَا يَعْمَلُ بِهِ
كَمَثَلِ السِّرَاحِ يُضِيءُ لِلنَّاسِ وَيَحْرِقُ نَفْسَهُ
“Perumpamaan orang alim yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain, sedangkan dia sendiri tidak mengamalkannya, ibarat sama dengan pelita; ia memberikan penerangan kepada orang lain, sedangkan dirinya sendiri terbakar.”
Dalam dakwah tidak perlu menunggu ilmu kita mesti sempurna. Pada hari pertama masuk Islam, Abu Bakar terus mengajak orang lain masuk Islam. Abu Bakar tidak menyampaikan sesuatu yang tidak diketahui olehnya. Abu Bakar hanya mengajak mereka untuk mendatangi Nabi SAW, taat kepada Nabi SAW. Kita juga begitu, apabila kita belum mampu berdakwah, serta ilmu juga belum cukup, mengajak mereka untuk hadir ke masjlis ilmu itu juga merupakan dakwah.
Sumber: Revive your Dakwah (Ayu Paranitha)
#Jomdakwah #MuhasabahDakwah #DakwahIslamKaffah #AmarMakruf #NahiMunkar #AyuhUmatBangkit #MasyarakatMuslimIdeal