Kegiatan masyarakat Amerika Syarikat selama bulan Ramadhan berjalan seperti hari biasa. Jadual persekolahan dan jam kerja tidak berubah merana masyarakat muslim merupakan golongan minoriti di sana.
Tidak ada azan subuh mahupun maghrib sehingga muslim Amerika perlu prihatin sendiri dengan jadual buka puasa yang biasanya dikeluarkan oleh organisasi Islam di sana. Tidak ada bazar Ramadhan yang menjual aneka juadah berbuka puasa. Tetapi, untuk berbuka puasa dan sahur, boleh saja menggunakan khidmat pemesanan makanan halal siap saji melalui internet untuk membantu mereka yang tidak sempat untuk memasak.
Hidup di tengah-tengah masyarakat bukan Islam membuatkan muslim Amerika perlu kuat untuk berpuasa kerana. Tetapi hal tersebut tidak akan menjadi masalah jika mereka melakukan dengan niat semata untuk mengharapkan redha Allah SWT.
Antara ujian yang mereka hadapi adalah durasi puasa yang panjang. Rata-rata muslim Amerika berpuasa sekitar 15 jam. Fajar terbit lebih kurang jam 5 pagi dan mereka berbuka sekitar jam 8 malam. Buka puasa di sana pula dilakukan dengan cara potluck, iaitu setiap orang yang hadir membawa makanan khas dari negara asalnya untuk dinikmati bersama.
Hal ini mungkin tidak biasa dilakukan di sini, tetapi, dengan cara ini, muslim Amerika boleh “mengelilingi” dunia dengan merasa berbagai hidangan dari berbagai negara. Ya, kerana yang hadir untuk berbuka puasa biasanya berasal dari berbagai latar belakang etnik.
Buka puasa tersebut bahkan dihadiri juga oleh warga bukan Islam. Melalui dialog antara agama yang terjadi di celah-celah majlis, terjadi proses dakwah Islam kepada yang bukan Islam.
Perkara ini adalah salah satu jalan yang menyebabkan bilangan muslim di Amerika semakin meningkat, selain dari migrasi. Dialog antara agama yang terjadi, membuka jalan buat yang bukan Islam untuk lebih mengenal Islam sehingga mereka tidak termakan dengan propaganda negatif yang diciptakan oleh golongan islamofobia.
Sumber : https://muslimahnews.net/2022/04/12/4349/