Oleh: KH Hafidz Abdurrahman
Penulis kitab “at-Tanbih fi al-Fiqh as-Syafie”, Imam as-Syirazi al-Firuzabadi, menuturkan beliau bermimpi bertemu Nabi, menanyakan beberapa hadis yang beliau dapatkan, Nabi memanggilnya dengan panggilan, “Ya Syeikh..” Panggilan yang membuatnya mendapatkan kehormatan dari Nabi.
Kitab Tanbih sendiri ditulis dengan baik oleh penulisnya, untuk menghimpun pandangan Imam Syafie, yang tampak kontradik antara satu dengan yang lain. Setelah menulis Tanbih, beliau juga menulis kitab yang tidak kurang hebatnya, lebih luas dan mendalam berbanding Tanbih, iaitu al-Muhadzdzab, yang kemudian disyarah oleh Imam Nawawi dengan tajuk, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab
Perlu dicatat, Fiqih Syafie, satu-satunya fikih yang ditulis oleh Imam Syafie, mulai dari Ushul, cara menggali hukum, beliau juga menghimpun semua pemikiran dan ijtihadnya, baik Ushul mahupun Furu’, kaedah, maqashid, pemahaman, tafsir, untuk menjelaskan atau menakwilkannya. Semuanya dihimpun dalam satu kitab, “al-Umm” (kitab induk)
Kata Nabi, “Janganlah engkau cela kaum Quraisy, kerana ilmu ulamanya akan memenuhi dunia dengan ilmunya.” (HR at-Thayalisi).
Maka, Imam Ahmad menjelaskan hadis ini dengan menunjuk kepada Imam Syafie, gurunya.
As-Syirazi mempunyai ketekunan yang luar biasa. Satu buku beliau baca hingga 100 kali. Ketika belajar pun beliau tidak ingin menyia-nyiakan waktunya hatta untuk makan, begitu berharganya waktu bagi beliau.
Beliau juga rajin sekali menghadiri majlis ilmu. Tidak pernah beliau tidak hadir. Sampai al-Qadhi Abu Thayyib menggelarnya dengan gelaran “Hamamah al-Masjid”, kerana ketekunan dan kerajinannya datang ke majlis ilmu yang biasanya diadakan di masjid.
###
Al-Faqir jadi teringat ketika istilah, “Hamamah al-Majlis” digunakan oleh Syeikh Fauzi Konate, untuk menyebut salah satu murid kesayangannya, semoga itu menjadi doa terbaik untuknya, hingga mencapai tahap as-Syirazi atau ar-Rafii pada zamannya
اللهم علمنا وذريتنا في الدين، وفقهنا وعلمنا التأويل برحمتك يا أرحم الراحمين