(من أسباب تأخر النصر عند المسلمين)
قال ابن عبد البر في “بهجة المجالس”:
وقد وفد على عمر بن الخطاب بفتح، فقال: متى لقيتم عدوكم؟
قالوا: أول النهار.
قال: فمتى انهزموا؟
قالوا: آخر النهار.
فقال: إناّ لله! وأقام الشرك للإيمان من أول النهار إلى آخره!! والله إن كان هذا إلاّ عن ذنب بعدي، أو أحدثته بعدكم، ولقد استعملت يعلى بن أميّة على اليمن أستنصر لكم بصلاحه.
Seorang utusan datang menghadap Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu membawa berita kemenangan.
Umar bertanya, “Sejak bila kalian berhadapan dengan musuh kalian itu?”
“Sejak pagi hari.” Jawab utusan.
“Sampai bila?” Tanya Umar.
“Sampai tengah hari.” Jawab utusan.
“Inna lillahi… !!! Sebuah kesyirikan mampu berhadapan dengan keimanan sejak pagi sampai tengah hari?!! Demi Allah, semua ini pasti kerana dosa yang telah kita lakukan. Sungguh aku pernah mengutus Ya’la bin Umayyah ke Yaman supaya mereka dapat diberi kemenangan kerana berkah kesolehannya.”
(Sumber: Ibnu Abdil Barr, Bahjatul Majalis)
Rasulullah saw dalam hadisnya telah mengabarkan kemenangan bagi umat Islam dimana Islam (kekuasaannya) melingkupi mulai timur hingga barat.
Ya Allah semoga tertundanya kemenangan umat Islam ini bukan kerana dosa-dosa diantara kami, tapi semata Engkau hendak menguji kami. Tetapi jika memang kerana kemaksiatan yang kami lakukan, maka ampuni kami.
– Yuana Ryan Tresna