Oleh: Ustaz Utsman Zahid as-Sidany
Allah berfirman:
{وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ}
“Dan tidaklah kebanyakan mereka beriman kepada Allah kecuali keadaan mereka menyekutukannya”. (TMQ Yusuf [12]: 106)
Imam at-Thabari mengatakan:
قال أبو جعفر: يقول تعالى ذكره: وما يُقِرُّ أكثر هؤلاء = الذين وصَفَ عز وجل صفتهم بقوله: ﴿وكأين من آية في السموات والأرض يمرُّون عليها وهم عنها معرضون﴾ = بالله أنه خالقه ورازقه وخالق كل شيء = ﴿إلا وهم مشركون﴾ ، في عبادتهم الأوثان والأصنام، واتخاذهم من دونه أربابًا، وزعمهم أنَّ له ولدًا، تعالى الله عما يقولون.
Dari penjelasan at-Thabari dapat disimpulkan:
1. Banyak orang yang mengakui Allah sebagai penciptanya, pemberi rezeki, dan pencipta segala sesuatu tapi mereka statusnya Musyrik.
2. Sebab kemusyrikan mereka adalah menyembah/menghamba kepada selain Allah; berhala dan patung-patung, menjadikan selain Allah “arbab”, dan menganggap Allah memiliki anak. Maksudnya, predikat “Musyrik” Allah sematkan kepada Ahli Kitab dan para penganut agama lain dan, atau orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai “Rabb”.
3. Ahli Kitab tidak bersujud dan berdoa kepada para ruhban dan ahbar (pendeta dan ulama mereka), namun mereka mengikuti ruhban dan ahbar dalam menghalalkan (membolehkan) dan mengharamkan (tidak membolehkan) atas dasar kemahuan mereka, dan bukan atas dasar wahyu. Namun demikian Allah menegaskan bahawa Ahli Kitab telah menjadikan selain Allah sebagai Rabb, alias mereka Musyrik.
4. Berdasarkan penjelasan at-Thabari di atas, dan banyak lagi di bahagian-bahagian Tafsir beliau, juga berdasarkan banyak ayat, predikat “Musyrik” tetap dapat melekat pada seseorang meski dia meyakini bahawa Allah-lah satu-satunya pencipta, pengatur alam semesta, dan pemberi rezeki, jika memang pada dirinya terdapat tindakan atau perilaku atau perbuatan atau keyakinan tertentu yang terkategori syirik. Dengan kata lain, keyakinan seorang bahawa Allah-lah satu-satunya pencipta, pengatur alam semesta, dan pemberi rezeki, begitu juga keyakinan seorang bahawa tidak ada yang dapat mendatangkan mudharat atau manfaat kecuali Allah, tidak dapat menghalangi dia tergolong sebagai Musyrik, jika pada dirinya ada perkara-perkara yang digolongkan ke dalam beribadah kepada selain Allah atau disebut telah menjadikan selain Allah sebagai Rabb dalam pandangan syarak.
5. Di titik ini manusia hendaklah benar-benar berhati-hati dan senantiasa “metani” /meneliti batin dan zahirnya agar tidak ada kesyirikan pada dirinya.
Wallah a’lam.