Penulis: Siti Nafidah Anshory
Bangunan unik berbentuk kotak yang ditemukan di antara celah bukit batu itu hampir rata dengan tanah. Namun, kerana dibuat dari bahan yang kuat, tidak ada satu pun pekerja projek perluasan Jamarat di kawasan Mina itu yang mampu merobohkannya.
Sekitar tahun 2005—2008, Pemerintah Saudi memang sedang melaksanakan projek perluasan kawasan tempat lempar jumrah dengan gencarnya. Sekaligus juga memperbaiki berbagai fasiliti ibadah haji lain di kawasan Armina (Arafah, Mudzdalifah, dan Mina). Maklum, dari tahun ke tahun jumlah jemaah haji memang terus meningkat sehingga kawasan dan fasiliti yang ada tidak lagi mencukupi untuk menampung jumlah jemaah yang datang dari pelbagai negara.
Bahkan, pada musim haji pada 1990 sempat terjadi malapetaka besar di terowong Mina. Lebih dari 1400 jemaah haji tewas, dan sekitar 600-nya adalah jemaah haji dari Indonesia. Sebagai konsekuensi dari projek kolosal ini, gunung-gunung dan perbukitan yang ada di kawasan Armina, perlu dikeruk bahkan dihancurkan.
Konon saat itulah, para pekerja projek di kawasan Mina menemukan sebuah bangunan kuno yang sangat susah dirobohkan. Sekitar seminggu, mereka terus berusaha menghancurkannya dengan jentolak.
Namun, usaha ini tidak berhasil juga. Hingga penelitian pun dilakukan, dan hasilnya, para arkeologi dan sejarawan menyimpulkan bahawa bangunan sederhana itu adalah bekas bangunan masjid peninggalan dari masa Khilafah Abbasiyah.
Laman web Islamiclandmark.com menyebut, bangunan berukuran 17×29 meter dengan tinggi dinding depan sekitar 7 meter dan dinding bahagian belakangnya setinggi 2 meter ini dibangun oleh Abu Jafar al-Mansour pada tahun 144 H.
Lalu pada tahun 1250 H bangunan tersebut diubahsuai oleh Sultan Abdul Majeed Khan al-Othmani. Disebutkan, masjid ini dibina sebagai tanda penghormatan kepada Abbas bin Abdul Muthallib ra. sekaligus sebagai penanda terjadinya peristiwa baiat Aqabah yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw. dengan para tokoh asal Yatsrib (Madinah) pada tahun 12 dan 13 kenabian di bawah kesaksian bapa saudaranya, Abbas.
Rupa-rupanya bangunan kuno yang kemudian disebut sebagai Masjid Baiat ini telah tersembunyi selama ratusan tahun. Keberadaannya hanya diketahui sebilangan kecil orang kerana kedudukannya memang terpencil di antara celah-celah perbukitan di pinggiran Kota Mekah.
Aqabah, Tempat Baiat Penuh Berkah Pilihan Rasulullah
Aqabah memang memiliki kedudukan penting dalam perjalanan dakwah Rasulullah saw. Di sinilah, sinaran cahaya kemenangan yang telah lama ditunggu-tunggu mulai tampak memancar, yakni dengan terjadinya dua kali baiat pada tahun ke -12 dan 13 pasca kenabian.
Baiat Aqabah pertama terjadi antara 12 orang lelaki dari penduduk Madinah dengan Nabi saw. Sebahagian dari mereka adalah para pemuka Khazraj yang di musim haji tahun sebelumnya sudah memeluk Islam. Sebagaimana dikisahkan dalam sirah, pada tahun ke-11 kenabian, kondisi dakwah Islam di Mekah memang sudah dalam keadaan tidak berkembang.
Sementara, medan dakwah pun kian menyempit kerana permusuhan kaum kafir Quraisy sudah sedemikian hebat. Bahkan, saat itu Rasulullah saw. sudah mengupayakan mencari nushrah (pertolongan) kepada para pemilik kekuatan dari kabilah-kabilah di luar Mekah. Beliau mendatangi Bani Tsaqif di Thaif, Bani Kindah, Bani Kilab, Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah, dan Bani Hanifah.
Namun, saat itu beliau tidak diterima dengan beragam bentuk penolakan, mulai dari yang halus hingga yang kasar. Bahkan setelahnya, seluruh kabilah-kabilah itu turut memulau Rasulullah kerana kaum Quraisy mengancam akan memusuhi siapa pun yang membantunya.
Namun, semua itu tidak pernah sedikit pun menyurutkan semangat Rasulullah dan kelompok dakwahnya. Hingga saat tiba musim haji pada tahun ke-11 kenabian itu beliau tetap mendatangi kabilah-kabilah, tanpa peduli akan penolakan yang disebabkan oleh fitnah Quraisy yang tersebar. Salah satu rombongan haji yang didatangi oleh Rasulullah saw adalah dari Madinah (saat itu masih bernama Yatsrib).
Hasilnya, pertemuan itu membuat mereka terpukau pada ajaran Islam. Apalagi mereka sudah sering mendengar cerita-cerita akan datangnya seorang Nabi terakhir dari orang-orang Yahudi yang bertetangga di kampung halamannya maka tanpa ragu mereka pun masuk Islam dan kembali pada kaumnya dengan penuh rasa bahagia.
Lalu mereka menceritakan keislaman mereka hingga nama Muhammad menjadi perbincangan hangat di Madinah. Sebahagian dari mereka pun tertarik pada Islam. Suasana inilah yang membuat keinginan mereka bertemu Rasulullah semakin membuka, maka pada musim haji tahun berikutnya (tahun ke-12 kenabian), para tokoh Madinah bersepakat untuk datang ke Mekah untuk berhaji dan menemui Rasulullah saw.
Terjadilah momen penting itu, di mana pada suatu malam di sela-sela musim haji, ke-12 orang ini bertemu dengan baginda Rasulullah saw. di Aqabah untuk meneguhkan keislaman mereka melalui baiat yang dikenal sebagai Baiat Aqabah Pertama yang merupakan baiat kerasulan dan bukan baiat perang.
Mereka membaiat beliau untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak mereka, tidak akan mendatangkan bukti-bukti yang direkayasa di antara dua tangan dan kakinya dan tidak akan melakukan maksiat dalam hal yang makruf.
Baiat Aqabah Kedua, Baiat Penentuan
Setelah mereka menyempurnakan baiat tersebut dan musim haji berakhir, mereka pun kembali ke kampungnya di Madinah. Saat itu, Rasulullah saw. mengutus Mush’ab bin Umair untuk menjadi duta Islam dan mendakwahkan Islam di Madinah maka di Kota Madinah, Mush’ab dengan bantuan As’ad bin Zurarah gencar melakukan aktiviti dakwah. Mereka mendatangi orang-orang di rumah-rumah, kebun-kebun dan di kabilah-kabilah mereka. Hingga, satu demi satu penduduk Madinah masuk Islam, termasuk para tokohnya.
Di antara mereka adalah Sa’ad bin Mu’adz dan Usaid bin Hudhair yang ketika itu menjadi pemuka dari Bani Abdul Asyhal, di mana keislaman dua tokoh kunci ini telah berdampak signifikan dalam mempercepat proses dakwah di Kota Madinah.
Dalam tempoh waktu kurang satu tahun, bukan hanya nama Muhammad yang disebut-sebut, tetapi hidayah Islam pun kian menyebar di rumah-rumah orang Madinah, kecuali di sebahagian pemukiman orang Aus, iaitu Khuthmah, Waail, dan Waaqif.
Dalam hal ini, Mush’ab bersama kader dakwahnya di Madinah telah berhasil mempersiapkan prasyarat tegaknya sistem kehidupan Islam yang selama ini diperjuangkan Rasulullah dan para sahabat lainnya di Kota Mekah, yakni terbangunnya opini umum yang lahir dari kesedaran umum tentang kebenaran akidah dan ajaran-ajaran Islam dalam menyelesaikan seluruh masalah kehidupan. Sekaligus menyiapkan dukungan para ahlul quwwah atau ahlun nushrah (pemilik kekuatan/pertolongan) untuk menyerahkan kekuasaan mereka kepada Rasulullah saw.
Itulah sebab, ketika datang musim haji berikutnya (tahun ke-13 kenabian atau 622 M), Mush’ab kembali ke Mekah dan menceritakan kepada Rasul tentang keadaan kaum muslim, kekuatan mereka, berita-berita Islam, dan perkembangan penyebarannya. Serta menceritakan bargaining position Islam untuk mengalahkan semua hal.
Di luar itu, Mush’ab pun memberi khabar gembira kepada Rasul saw. bahawa pada tahun itu sebahagian kaum muslim akan datang ke Mekah, dan mereka adalah yang paling tinggi keimanannya kepada Allah, paling siap mengemban risalah Allah, dan mempertahankan agama-Nya. Tentu hal ini membuat Nabi saw. amat gembira. Beliau mulai berfikir menjadikan Madinah sebagai tempat hijrah kaum muslim yang ada di Mekah.
Namun, sebelumnya beliau harus lebih dahulu memastikan kesiapan mereka untuk melindungi dakwah; menyaksikan sejauh mana kesiapan mereka berkorban di jalan Islam; serta melihat apakah kedatangan mereka ke Mekah bersedia untuk membaiat beliau dengan baiat perang, iaitu baiat yang akan menjadi batu pijakan untuk mendirikan Negara Islam.
Setelah rombongan itu datang, beliau pun bertemu dengan mereka dan qanaah dengan keadaan mereka sehingga terjadilah perjanjian di antara beliau dan rombongan itu untuk bertemu pada suatu malam di Aqabah.
Pertemuan itu dihadiri oleh 75 kaum muslim, iaitu 73 lelaki dan dua orang wanita, yakni Nusaibah binti Ka’ab Ummi ‘Imarah dari Bani Mazin bin an-Najjar, dan Asma’ binti ‘Amru bin ‘Adiy dari Bani Salamah yang tidak lain adalah Ummu Mani’. Sementara Rasulullah saw. ditemani oleh Abbas bin Abu Muthallib yang saat itu belum Islam.
Dari dialog-dialog yang terjadi sebelum baiat dilakukan, baik antara Nabi, Abbas, mahupun tokoh-tokoh Madinah serta dengan meneliti isi baiatnya maka sangat jelas menunjukkan bahawa baiat ini adalah baiat penyerahan kekuasaan dan baiat perang. Ertinya, baiat Aqabah kedua ini secara tegas menandai berpindahnya dakwah dari fasa interaksi dengan umat menuju fasa tegaknya sistem Islam (nuqtah irtikaz). Melalui pembaiatan itu, Rasulullah saw. secara rasminya diangkat sebagai pemimpin negara Islam di Madinah.
Setelah itu, Madinah pun menjadi tempat hijrah bagi kaum muslim Mekah. Berbondong-bondong umat Islam berhijrah ke Darul Islam di Madinah dengan segala cerita heroiknya. Diikuti kemudian oleh baginda Nabi dan sahabatnya Abu Bakar Ash-Shiddiq yang disambut sukacita oleh kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah.
Khatimah
Saat ini, Masjid Baiat Aqabah menjadi salah satu dari sedikit kawasan sejarah yang dipertahankan Pemerintah Saudi di tengah megahnya bangunan konkrit berteknologi tinggi seputar Armina.
Dengan mengunjunginya, kita boleh mengambil ibrah kebaikan tentang perjuangan menegakkan Islam yang penuh cabaran. Meskipun sayangnya, para peziarah tidak boleh melakukan solat di sana kerana sekeliling masjid ini telah dipasang pagar besi berwarna hitam dan dikunci ketat oleh pihak berkuasa di sana. Wallahualam.