Penulis: Siti Nafidah Anshory
Rasulullah saw. tidak pernah tahu, pertolongan dakwah itu ternyata akan datang dari kota Yathrib. Saat itu, pada bulan haji tahun ke-13 kenabian (bi’tsah), ikhtiarnya mendakwahkan Islam dan mencari pertolongan dari pemilik kekuasaan (nusrah) mula menampakkan tanda-tanda keberhasilan.
Di tengah-tengah musim haji itu, seperti biasa beliau mendatangi kabilah-kabilah Arab yang datang ke Mekah di tenda-tenda mereka di sekitar Mina. Sehinggalah beliau sampai kepada kabilah Khazraj, yang ternyata menyambut baik seruan dakwah Rasulullah lantaran mereka memang sudah lama merindukan kebenaran.
Sebelum itu, hampir 13 tahun lamanya beliau dan kelompoknya berjuang agar Islam diterima para pemuka kota Mekah. Namun, berbanding gembira menyambut anugerah risalah Islam yang turun di antara mereka, para penjaga Baitullah ini sebaliknya menjadi penentang Islam paling kuat dan paling keras.
Setelah dakwah masuk ke fasa terbuka, bukan hanya serangan secara verbal seperti caci maki, fitnah, dan pencitra-burukan yang dihadapi Rasul dan kelompoknya. Sebahagian di antara mereka bahkan kerap diperlakukan sangat tidak layak, termasuk mengalami seksaan secara fizikal yang berkahir dengan hilangnya nyawa.
Itulah sebab kenapa Rasul saw. sempat mengizinkan mereka yang lemah untuk berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 bi’tsah. Yakni tahun kedua setelah dakwah dilakukan secara terbuka.
Sementara sebahagian lagi bertahan di Mekah menghadapi risiko perjuangan yang tak mudah. Lalu pada tahun ke-7 bi’tsah, gangguan yang dialami Rasul dan kelompoknya semakin meningkat dalam bentuk pemboikotan.
Tidak hanya kaum muslim saja yang diboikot, tetapi seluruh Bani Hasyim dan Bani Muthallib pun terpaksa menanggung akibat dari dukungan mereka terhadap dakwah Rasul saw.. Namun, setelah 3 tahun, ujian ini pun berlalu. Berganti dengan ujian lain yang tidak kalah beratnya. Terutama saat pembela Nabi yakni bapa saudaranya Abu Talib dan Khadijah, isterinya yang tercinta, pada tahun ke-10 bi’tsah wafat. Pada tahun itu, baginda Nabi mengalami tahun kesedihan (‘am al-huzni), hingga mendapat hiburan dari Allah dengan peristiwa Isra Mikraj.
Mulai Mencari Nusrah
Pada tahun tersebut, yakni tahun ke-10 bi’tsah, dakwah memang mulai stagnan. Bukan kerana masyarakat tidak ada lagi yang mahu menerima Islam, tetapi kerana penguasanya makin represif dan menutup diri dari kebenaran. Beliau pun mulai melebarkan sayap dakwahnya ke wilayah di luar Mekah. Salah satunya, beliau pergi ke kota Thaif yang berjarak sekira 60 batu (96.5 km) dari Mekah. Ketika itu, beliau ditemani Zaid bin Harisah dan sempat tinggal di Thaif selama 10 hari. Di sanalah Beliau mendatangi pembesar Bani Tsaqif, yakni Abdi Talel, Khubaib, dan Mas’ud untuk menyampaikan ajaran tauhid. Namun, sebagaimana yang masyhur diceritakan, Rasulullah sebaliknya mendapat jawapan yang sangat buruk. Beliau diumpat, dilecehkan, dan dihina.
Tidak hanya itu, para pembesar Thaif menyuruh kelompok kanak-kanak dan budak-budak mereka untuk melempari beliau dan Zaid dengan batu. Hingga diceritakan, keduanya mengalami kecederaan dan lari ke kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah.
Di kebun inilah malaikat Jibril datang dan menawarkan kepada beliau untuk menimpakan gunung sebagai azab bagi bani Tsaqif. Namun, pada saat itu baginda Rasul menolaknya, bahkan memanjatkan doa kebaikan buat mereka. Demikianlah, hari-hari terus berlalu. Beliau tetap istiqamah mendakwahkan risalah Islam. Seraya mencari celah dukungan dari kabilah-kabilah lainnya di luar kota Mekah. Maka musim haji adalah waktu terbaik yang selalu beliau manfaatkan untuk menyebarkan Islam sekaligus mencari dukungan.
Pada masa itu, beliau bersengaja mendatangi kabilah-kabilah itu di tenda-tenda mereka di sekitar Mina. Hingga sejarah mencatat sekurang-kurangnya ada 28 kabilah yang Beliau temui. Di antaranya Bani Kindah, Bani Kalb, Bani Hanifah, dan Bani Amir bin Sha’sha’ah. Namun qadarullah, semuanya kabilah itu menolak, mulai dengan cara yang halus hingga cara yang buruk. Mereka faham, dengan menerima tawaran Nabi, bermakna mereka bukan hanya perlu menerima Islam saja, tetapi juga perlu menyerahkan kekuasaan mereka dan mesti bersedia menghadapi permusuhan dari bangsa Quraisy.
Dari Madinah, Harapan itu Datang
Manakala pada tahun ke-12 dari bi’tsah, barulah Rasulullah saw. bertemu dengan kabilah Khazraj yang justeru menerima Islam dengan tangan terbuka. Sehingga tatkala mereka pulang ke negerinya di Yathrib, Rasul saw. mengutus sahabat Mus’ab bin Umair untuk menjadi duta Islam pertama yang akan mendakwahkan Islam di sana.
Tidak lebih dari satu tahun waktu yang diperlukan Mus’ab untuk berdakwah menyiapkan masyarakat di kota Yathrib. Di sana, Islam dengan cepat diterima para tokoh kunci (tokoh utama) yang dikuti kaumnya. Mereka berbondong-bondong menerima dakwah Islam hingga Islam dan kepemimpinan Muhammad pun menjadi opini umum di tengah-tengah masyarakat kota Yathrib. Maka pada musim haji tahun berikutnya, yakni tahun ke-13 bi’tsah, sebanyak 75 tokoh Yathrib, dua di antaranya perempuan, sengaja datang ke Mekah untuk menemui Nabi yang mereka cinta dan rindukan. Lalu pada suatu malam yang dijanjikan, terjadilah baiat Aqabah kedua yang fenomenal itu.
Dengan baiat inilah para tokoh terkemuka Yathrib dari kalangan Aus dan Khazraj, dengan rasmi menyatakan penyerahan kekuasaan mereka kepada Rasulullah saw.. Detik ini sekaligus menjadi tonggak tegaknya negara Islam pertama di kota Yathrib yang kemudiannya disebut sebagai Madinah Al-Munawwarah (Kota Bercahaya).
Setelah itu, gelombang penghijrahan kaum mukmin pun berlaku ke kota Madinah Al-Munawwarah. Sementara baginda Rasul dan sahabatnya Abu Bakar ra. tetap berada di Mekah menunggu-nunggu perintah Allah Swt..
Hingga pada satu malam, saat itu pun tiba. Tatkala, kaum Quraisy tampak sedang berada di puncak kemarahan. Berikutan sampai akhirnya pada pengetahuan mereka bahawa telah terjadi peristiwa sumpah setia penduduk Yathrib kepada musuh mereka. Mereka tahu, telah banyak kaum muslim yang diam-diam pergi berhijrah ke tempat itu.
Mereka khuatir dengan apa yang akan terjadi saat Muhammad bersatu dengan kekuatan Madinah. Tentu ini akan menjadi ancaman politik buat mereka pada masa yang akan datang. Mereka pun akhirnya sepakat untuk membunuh Muhammad dengan melibatkan para pemuda yang mewakili seluruh kabilah yang ada di kota Mekah. Mereka beranggapan bahawa, dengan cara itu mereka boleh menghindar dari tuntutan balas Bani Hasyim dan Bani Muthallib kerana pelakunya bukan hanya satu dua.
Saat Perintah Hijrah itu Tiba
Itulah malam turunnya perintah hijrah bagi Rasulullah. Para ahli sirah menyebutkan, peristiwa hijrah ini terjadi pada Isnin, malam awal bulan Rabiulawal tahun pertama hijrah atau 16 September 622 Masihi. Pada masa itu, Beliau memerintahkan Ali tidur di pembaringannya. Lalu Beliau keluar melewati para algojo Quraisy yang sudah mengepung rapat sekitar rumahnya. Beliau keluar dalam keadaan aman. Konon, Beliau menaburkan pasir ke arah mereka, hingga penglihatan mereka pun buta untuk sementara.
Beliau pun pergi ke rumah Abu Bakar yang sudah dalam keadaan siap siaga. Lalu bersamanya berlari meninggalkan kota Mekah. Sebelumnya, beliau sudah memutuskan untuk menempuh laluan yang berbeza dari yang biasa dilalui penduduk Mekah untuk menuju Madinah.
Kemudian Beliau dan sahabatnya berlari menuju gua yang ada di gunung Tsur yang berjarak 6-7 km di selatan kota Mekah. Padahal, kota Madinah yang menjadi tujuan hijrah ada di sebelah utara kota Mekah. Targetnya adalah untuk mengelabui kafir Quraisy yang pasti akan melakukan pengejaran.
Di Gua Tsur inilah Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi selama kurang lebih tiga hari. Keperluan logistik Beliau selama di sana, setiap harinya dipenuhi oleh Asma puteri Abu Bakar dengan bantuan Abdullah putera Abu Bakar yang bertugas menghapuskan jejak kaki Asma dengan kambing-kambing yang digembalakannya berhampiran sana.
Persembunyian ini nyaris diketahui orang kafir. Namun, Allah Swt. menolong Nabi dan sahabatnya dengan mukjizat-Nya yang agung. Seekor labah-labah dan dua ekor burung dengan cepat membuat sarang di pintu gua. Dalam masa yang sama, muncul pula tumbuh-tumbuhan yang menutup pintu gua.
Setelah keadaan aman, Beliau berangkat menuju Madinah bersama dua ekor unta yang sudah disiapkan Abu Bakar. Sebelumnya unta-unta itu dititipkan kepada seorang Arab Badwi bernama Abdullah bin Uraiqith yang diupah Abu Bakar untuk menjadi penunjuk jalan dalam perjalanan hijrah.
Hijrah dengan Laluan Tak Biasa itu Luar Biasa
Atas petunjuk Abdullah bin Uraiqith tersebut, Beliau mengambil jalur ke arah barat menuju Hudaibiyah, arah sebelah timur desa Sarat. Kemudian menuju arah Madinah dan berhenti di sebuah kawasan di al-Jumum dekat wilayah Usfan. Lalu, bergerak ke arah barat dan memutar ke perkampungan Ummul Ma’bad dan berhenti di wilayah Al-Juhfah. Selanjutnya, Beliau menuju Thanniyat al-Murrah, Mulijah Laqaf, Muwijaj Hujaj, Bath Dzi Katsir, hingga tiba di Dzu Salam.
Di sini, Beliau memutar ke arah barat sebelum meneruskan ke arah Madinah dan berhenti di daerah Quba. Di sini Beliau tinggal bersama keluarga Amr bin ‘Auf selama empat hari dan sempat mendirikan Masjid Quba, iaitu Masjid pertama yang didirikan Rasul saw.. Setelah dari Quba, atau sekitar satu kilometer dari Quba di Bathni Wadin, Beliau menerima perintah solat Jumaat. Maka Beliau bersama umat Islam lainnya melaksanakan solat Jumaat pertama.
Untuk memperingati peristiwa itu, dibangunlah masjid di lokasi ini dengan nama Masjid Jumaat. Setelah itu, barulah Rasul saw. menuju kota Madinah. Hingga akhirnya setelah menempuh perjalanan yang tak mudah dan penuh ujian, Beliau bersama Abu Bakar pun tiba dengan selamat. Mereka disambut dengan sambutan yang luar biasa. Kerana kaum mukmin dari kalangan Muhajirin dan Ansar telah lama menanti-nanti kedatangan pemimpin yang dicintainya.
Di Madinah inilah Beliau mulai menggagas asas-asas sebuah negara Islam pertama. Mulai dari membangun masjid sebagai pusat aktiviti politik, mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, menstabilkan ekonomi dan keadaan politik dalam negeri, hingga mempersiapkan kekuatan militer dan aktiviti pengiriman utusan dan surat-surat ke berbagai negara di luar Madinah. Sungguh tak perlu waktu lama bagi Rasulullah menjadikan negara yang dibangunnya sebagai kekuatan politik yang disegani di seantero jazirah. Kerana negara ini tegak di atas asas keimanan dan aturan yang sahih dan didukung masyarakat yang memiliki kesedaran.
Khatimah
Sungguh peristiwa hijrah Rasulullah saw. memberi kita pelajaran, keimanan menuntut kesiapan untuk taat, yakni siap meninggalkan seluruh hukum jahiliah dan siap menerapkan syariat Islam secara kaffah dalam seluruh aspek kehidupan. Hakikat hijrah adalah berpindah dari masyarakat kufur jahiliah menuju sistem Islam. Namun, hijrah juga mengajarkan, sunatullah dalam menjalankan ketaatan adalah akan diuji dengan berbagai rintangan. Bekal takwalah yang akan menuntun kita sampai pada tujuan. Wallahualam.