[Nafsiyah] Stigma Buruk untuk Jalan Kebenaran
Syaitan bukan hanya menghasut manusia untuk berzina, tetapi juga melabel jalan kebenaran sebagai sesuatu yang buruk. Mereka (kalangan jin dan manusia) sangat membenci Nabi dan orang-orang yang berjuang di jalan dakwah, sehingga melabelnya dengan sesuatu yang buruk.
Firman Allah SWT, “Dan pemuka-pemuka dari kaumnya (Syu’aib) yang kafir berkata (kepada sesamanya), ‘Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu’aib, tentu kamu menjadi orang-orang yang rugi.” [TMQ al-A’raaf (7): 90]
Inilah perkataan orang-orang yang membenci jalan keimanan lalu menghasut manusia untuk menjauhi para Nabi dan ajarannya.
Kita akhirnya memahami, bahawa salah satu kesan berada di jalan kebenaran adalah akan mendapatkan stigma dan label-label negatif. Akhirnya, orang awam pun menjauhi para pembawa kebenaran, hanya sedikit sahaja (orang yang diberikan rahmat) yang tidak menjauhi pembawa kebenaran. Oleh kerana itu, sebuah hal yang wajar jika para pengikut kebenaran jumlahnya sedikit.
Orang-orang yang dengki dan hasad pada Islam, melakukan tiga cara untuk menghancurkan peradaban Islam. Pertama, merosak sebuah keluarga dengan mengeluarkan mereka dari jalan kitabullah dan sunnah.
Kedua, merosakkan sistem pendidikan. Pendidikan tidak mendapatkan input kebenaran yang bersumber dari Islam. Akhirnya anak-anak muslim tidak mengenal Rasulullah SAW dan para sahabat.
Ketiga, merosakkan nama para ulama yang berjalan di atas kebenaran. Para ulama dilabel dengan status yang buruk dan dirosak kehormatannya. Islam dirosak oleh para pendengki dan diserang setiap waktu oleh musuh-musuh Islam.
Kemudian syaitan dari kalangan jin dan manusia menyerang ajaran dan simbol Islam dalam rangka untuk menjauhkan umat dari Islam. Contohnya, guru yang melatih seorang pelajar untuk memakai hijab, dilabel dengan stigma pembulian dan bentuk paksaan. Membawa pengaruh buruk di tengah umat.
Syaitan dari kalangan jin dan manusia ini, juga melakukan perbandingan antara muslim dengan pelaku kesyirikan. Contohnya, orang kafir yang tidak mengambil rasuah lebih baik daripada muslim yang mengambil rasuah. Akhirnya, umat Islam yang tidak memahami syariatNya, turut membenarkan hal yang demikian.
Saudaraku, penyeru kebatilan sentiasa menipu umat dengan pemikiran yang datangnya bukan dari agama Islam. Mengatakan Islam moderat sesuatu yang baik untuk diterapkan di tengah-tengah masyarakat yang heterogen. Kemudian menyatakan demokrasi dan hak asasi manusia tidak bertentangan dengan Islam, dan mesti dijunjung tinggi oleh setiap warga negara. Apalagi, mengatakan bahawa jilbab merupakan budaya arab, tidak wajib digunakan oleh setiap muslimah.
Begitu banyak citra buruk yang dilontarkan oleh syaitan dari kalangan jin dan manusia untuk jalan kebenaran. Kita pun hendaklah berwaspada dan berusaha untuk terus mendakwahkan pemikiran Islam di tengah umat. Kita tidak mengharapkan umat Islam makin jauh dari syariatNya. Allah pun telah mengingatkan manusia dalam firmanNya, “Dan jangan kalian campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kalian sembunyikan yang hak itu, sedangkan kalian mengetahui.” [TMQ al Baqarah (2): 42]
Usaha menghentikan label-label buruk pada simbol dan ajaran Islam hendaklah dilakukan oleh setiap muslim. Jangan hanya dilakukan oleh sebahagian kelompok atau sebahagian gerakan Islam kerana hal ini merupakan tanggungjawab bersama sebagai seorang muslim.
Keadaan ini pula yang mewajibkan kita untuk bersatu dalam memperjuangkan Islam agar syaitan dari kalangan jin dan manusia tidak memiliki celah untuk menghancurkan Islam dan memecah belah umat.
Ingatlah Firman-Nya, “Dan berpegang teguhlah kalian pada tali (agama) Allah seraya berjemaah dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan. Lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka. Lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” [TMQ Ali Imran (3): 103].
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/08/12/9932/
#Nafsiyah #kebenaran #pemikiran