[Fikrul Islam] Kewajipan Menerapkan Pemikiran yang Diperlukan untuk Menjalankan Aktiviti Kepartian
Penulis: Ahmad Mahmud
Sebagaimana yang kita sedia maklum, yang dituntut oleh syariat bukanlah semata-mata kewajipan adanya suatu parti, tetapi lebih dari itu, yakni adanya parti yang mampu melaksanakan tugas dakwah ini. Dalil-dalil mengenai kewajipan adanya parti dakwah telah menjelaskan hal itu kepada kita.
Allah Swt. berfirman,
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
“Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan Al-Khayr (Al-lslam), menyuruh kepada kebajikan, dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 104]
Berdasarkan ayat di atas, syariat lslam telah mewajibkan umat Islam untuk mendirikan parti politik yang berideologikan Islam serta mengemban beberapa pemikiran dan hukum-hukum syariat yang diperlukan untuk mencapai tujuannya, iaitu tampil ke permukaan (izhhar), melakukan penyatuan (tamkin), kemudian melakukan transformasi kekuasaan (istikhlaf).
Yang dimaksud tentu bukan sekadar adanya sebuah parti semata, tetapi adanya parti yang dapat merealisasikan tujuannya, iaitu mendakwahkan Islam, memerintahkan kebajikan, dan mencegah kemungkaran. Lebih dari itu, yang dituntut juga bukan sekadar adanya parti yang mendakwahkan Islam, memerintahkan kebajikan, dan mencegah kemungkaran, tetapi parti yang melaksanakan semua itu dalam usaha merealisasikan tujuan Iain, iaitu tampil ke permukaan (izhhar), melakukan penyatuan (tamkin), kemudian melakukan perubahan (dan pengambilalihan) kekuasaan (istikhlaf).
Rasulullah saw. bersabda,
“Tidak halal atas tiga orang yang berada di muka bumi, kecuali mereka mengangkat salah seorang di antara mereka menjadi amir (pemimpin).” (HR Ahmad)
Hadis di atas menunjukkan bahawa setiap kerja kolektif yang dituntut atas umat Islam untuk dilaksanakan mesti segera direalisasikan sampai terlaksana, seperti adanya seorang amir yang wajib ditaati dalam perkara yang kerananya dia dilantik dan adanya parti yang memiliki komitmen terhadap perintah amir. Dengan adanya kerja kolektif ini akan dihasilkan perkara-perkara yang memang dikehendaki sesuai tuntutan syariat.
Kita memahami bahawa Allah SWT. telah membebankan banyak kewajipan atas umat Islam, sekaIigus menyandarkan pelaksanaannya kepada khalifah semata, bukan yang lain. Konsekuensinya, umat Islam wajib mengangkat seorang khalifah untuk menegakkan berbagai kewajipan tersebut.
Kita juga telah memahami bahawa pengangkatan Khalifah dan penegakan kekhalifahan tidak mungkin dapat direalisasikan, kecuali dengan adanya parti Islam. Implikasinya, wajib ada parti Islam yang didirikan dalam rangka mengangkat khalifah dan untuk menegakkan kekhalifahan.
Ketentuan seperti ini didasarkan pada kaedah syariat berikut,
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
“Selama suatu kewajipan tidak dapat direalisasikan dengan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya wajib.”
Dengan demikian, jelaslah bahawa keberadaan parti Islam terkait erat dengan adanya tujuan syariat yang dituntut. Parti yang dimaksud bukanlah parti yang didirikan untuk sekadar mengemban dakwah Islam atau tabligh semata-mata. Tetapi, lebih dari itu, parti lslam yang ada mestilah ditujukan dalam rangka menegakkan lslam di dalam realiti kehidupan umat lslam melalui penegakan Daulah lslamiyah. Daulah Islamiyahlah yang dianggap sebagai metod syarie untuk menerapkan setiap hukum lslam, baik yang bersifat individual mahupun kolektif.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam
#fikrulislam #khilafah #khalifah #partipolitikislam